Followers

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Nasihat Untuk Adik Muhamad Hasyim



Doa kami pohonkan kehadhrat Allah semoga adik sekeluarga dan 8 lagi teman-teman di Mesir yang menjadi mangsa kerakusan dan kedangkalan politik pemimpin Umno sentiasa dirahmati Allah.

Adik Muhamad Hasyim,

Setiap mereka yang ingin memperjuangkan kebenaran pasti akan diuji, kita perlu lalui dengan keyakinan bahawa kita bukanlah orang yang pertama diuji dan ujian untuk kita bukanlah yang paling berat untuk dihadapi. Allah telah memilih adik untuk diuji diawal usia lagi. Tentunya Allah tidak akan menguji seseorang hambanya melainkan Allah akan mengurniakan ganjaran pahala bagi sesiapa yang sabar.

Adik Muhamad Hasyim,

Menuntut dalam ilmu perubatan, apatah lagi di sebuah universiti terkenal di luar negara adalah impian kebanyakkan pelajar, tapi tak semua mampu menjejakinya. Bersyukurlah kerana adik adalah salah seorang yang terpilih dari kelompok yang terpilih. Tentunya ianya bukan dicapai dengan secara percuma tanpa usaha gigih yang luar biasa.

Saya meyakini adik seorang yang memiliki mentaliti, sakhsiah dan ketahanan yang kuat untuk sampai ke sini dan berjaya keluar nanti untuk bergelar doktor. Kriteria inilah yang perlu dipertahankan supaya kita boleh tampil ke dalam masyarakat kelak sebagai insan yang hebat dan mampu menyumbangkan bakti. Jalan di hadapan adik masih terlalu jauh untuk dilalui.

Apa yang adik lalui sekarang adalah sebahagian dari pengalaman mahal yang juga pernah saya lalui sebagai penuntut perubatan di negara orang.

Ketika melangkah meninggalkan tanahair, keluarga dan perjuangan untuk sementara waktu pada September 1993, saya sudah sedia maklumi, negara yang akan dituju, Iraq adalah sebuah negara bergolak yang sedang berhadapan dengan sekatan ekonomi PBB ekoran penaklukan Iraq terhadap Kuwait pada 1991. 

Lantaran itu, saya tidak pernah mengimpikan suasana pembelajaran yang penuh kemewahan dan kemodenan tapi impian saya untuk mengaut dan membawa pulang semaksima mungkin ilmu dari bumi yang pernah menjadi pusat penyebaran ilmu di zaman keagungan Khilafah Abbasiyyah.

Sayunya pandangan Ayahanda ketika saya melangkah menuju Balai Berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang ketika itu menyuntik suatu semangat, walau apa pun yang terjadi, saya tidak akan pulang sehingga saya mampu mempersembahkan kejayaan untuk mereka yang menyayangi dan mendoakan kejayaan saya. Memang semenjak hari itu, saya tidak pernah menjejakkan kaki ke tanah air selama 6 tahun sehinggalah berjaya pulang dengan ijazah pada tahun 1999.

Mustahil ada orang yang tidak ingin kembali menjenguk keluarga terutamanya dimusim cuti panjang, tambahan pula saya bukanlah Imam Syafie yang telah diberikan syarat oleh ibunya ketika pergi merantau untuk menuntut ilmu, “jangan balik wahai anakku selagi kamu tidak menjadi seorang alim!” tetapi ketidak mampuan kewangan menyebabkan saya sentiasa memujuk diri untuk bersabar setiap kali melihat teman-teman senegara pulang untuk bercuti.

Belajar dengan biasiswa FAMA (Father and Mother) tambahan pula ‘FAMA’ saya bukanlah orang berada, sekadar memiliki sebidang tanah dan kudrat empat kerat, tetapi dengan semangat seorang anak desa yang bercita-cita tinggi saya mengambil sikap pergi dulu walaupun ramai yang menentang dan apa nak jadi, jadilah... kepada Allah tempat berserah. Kalau ulat dalam batu boleh hidup, tak kanlah saya yang berakal fikiran tak boleh hidup. Itulah keyakinan saya walaupun bunyinya sedikit angkuh tapi angkuhnya cuma untuk merangsang potensi diri saya sendiri.

Baghdad bukanlah sebagaimana Mesir dengan berbelas ribu anak Malaysia di sana. Di sini bilangan rakyat Malaysia cuma boleh dibilang jari tambahan pula saya satu-satunya anak Malaysia malah satu-satunya pelajar bukan berbangsa Arab di Kuliah Perubatan dan Pergigian, Universiti Baghdad. Pelajar lain kebanyakkannya dari Palestin, Jordan, Yaman, Eriteria, Sudan, Syria, Mauritania di samping pelajar tempatan Iraq.

Bukan mudah menyesuaikan diri di tengah-tengah suasana yang begitu asing seorang diri, manusia-manusia asing, bahasa pertuturan yang sukar difahami, pensyarah-pensyarah yang sukar diajak berkomunikasi kerana masalah bahasa serta keadaan sosio-ekonomi masyarakat yang tertekan ekoran sekatan ekonomi PBB.

Walaupun mempunyai asas bahasa Arab yang agak kukuh bekalan dari Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, nyata ianya sekadar bekalan yang terlalu nipis, bahasa Arab tempatan Iraq terlalu jauh lenggok dan bunyinya daripada Arab standard.

Di bulan-bulan pertama pengajian, saya pastikan dapat hadir ke dewan kuliah pada awal pagi, mengambil tempat di barisan paling hadapan tetapi nyata tidak mencukupi untuk saya memahami pengajian. Pulangnya diwaktu petang dengan rasa kesal dan terbuku di hati. Walaupun dikatakan Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar pengajian tetapi sebenarnya kuliah dan segala medium pengajian tetap menggunakan bahasa Arab, lebih perit lagi Arab Iraq, bukannya standard Arabic. 

Rakan-rakan sekuliah yang lain, penguasaan bahasa Inggeris mereka terlalu minima, tak banyak mereka mampu membantu, malah mereka yang mengharapkan bantuan saya sedangkan saya sendiri hampir-hampir terfikir untuk mengalah dengan keadaan.

Tapi kalau sekali kita rela berada di pihak yang kalah dengan keadaan, kita tidak akan belajar untuk menjadi insan yang cekal dan berjiwa luar biasa. Sekali melangkah tiada lagi istilah undur. Inilah kata-kata perangsang yang selalu dibisikkan untuk diri sendiri.

Berada di dalam lingkungan masyarakat Iraq yang meraikan kehadiran kita sebagai saudara seagama, saya cuba hadir di kalangan mereka sebagai insan dengan berbentengkan akhlak dan keperibadian mulia, akhirnya kita rasa disayangi dan disenangi baik di kuliah atau pun di dalam masyarakat di persekitaran rumah sewa. Pergaulan mesra dengan masyarakat ini menjadikan saya mampu menguasai Bahasa Arab gaya Iraqi dengan begitu cepat sekali malah kata mereka saya telah menjadi ‘lebih Iraq dari Iraq’.

Keterbatasan kewangan pula menyebabkan saya hanya mampu menyewa rumah flat kecil serta uzur yang terletak di kawasan Pasar Adhamiya seorang diri, kawasan penempatan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana tapi masih berpegang dengan nilai agama yang tinggi.

Berulang-alik ke Kuliah dengan jarak kira-kira 5 km setiap hari dengan menaiki mini bas yang dipanggil coaster suatu kenangan menarik. Mini bas milik Kementerian Pengangkutan Iraq ini cuma mengenakan tambang sekitar 5 sen sekali naik, tak kira nak turun di mana pun di sepanjang laluannya. Sangat sesuai untuk golongan berpendapatan rendah seperti anggota tentera dan para buruh kasar. Saya tidak terkecuali termasuk antara mereka yang tidak mampu untuk menggunakan perkhidmatan teksi yang jauh lebih selesa.  Coaster pun kira o.k. yang penting sampai.

Diwaktu awal pagi, sesaknya usah dicerita lagi. Kalau mampu berdiri dengan dua kaki sudah dikira sangat selesa. Kerapnya cuma ada ruang untuk berdiri dengan sebelah kaki sahaja. Bau badan dan pakaian anggota-anggota tentera yang sudah beberapa hari tak mandi ditambah lagi dengan buruh-buruh kasar usah digambarkan lagi. Sangat ‘wangi’!

Jarak perhentian bas dengan kuliah pengajian saya kira-kira 1 km. Menjadi kelaziman saya menapak 2 km setiap hari pergi dan balik. Kata orang Iraq, menaiki ‘Renault 11’. Mulanya saya tak berapa faham kerana yang saya tahu, model kereta ‘Renault 12’. Rupanya Renault 11 adalah istilah untuk 2 batang kaki yang digunakan untuk berjalan. Musim sejuk, menapak dalam kesejukan yang mencengkam, musim panas, menapak di bawah terik panas matahari...

Tapi kita perlu kuat wahai adikku kerana kecemerlangan dan kegemilangan adalah milik bagi mereka yang tabah.

Adik Muhamad Hasyim… kadang-kadang apabila wang belanja dari keluarga lewat diterima, biasa saya melangkah dengan kaki longlai disebabkan perut yang kosong ke kuliah. Di waktu-waktu sukar sebegini, saya tidak malu untuk menerima sekeping roti arab yang dihulurkan oleh hamba-hamba Allah yang mengagihkan sumbangan kebajikan di masjid setiap kali selepas solat. Roti inilah yang dibawa pulang, dicicah dengan air sejuk sebagai teman pengalas perut untuk mentelaah pelajaran. Saya yakin, kalau ada pun kesukaran, Adik Hasyim tidak pernah melalui kesukaran sampai ke tahap ini.

Paling menguji kesabaran apabila musim panas, bekalan elektrik kerap terputus akibat ketidak cukupan bekalan lantaran banyak stesen janakuasa elektrik yang rosak ketika Perang Teluk. Sekatan ekonomi dan sekatan eksport minyak yang dikenakan ke atas Iraq tidak memungkinkan mereka membaik pulih semua kerosakkan yang berlaku. Iraq hanya mempunyai satu Janakuasa Hidroelektrik yang dinamakan Sadd (empangan) Saddam di Mosul yang terletak di bahagian utara Iraq. Lainnya adalah janakuasa menggunakan tenaga minyak.

Penggunaan melampau pendingin udara dimusim panas menyebabkan ketidak cukupan bekalan elektrik dan hasilnya ia perlu dicatu. Bekalan elektrik biasanya terputus (sebenarnya diputuskan) sekitar dua atau tiga kali sehari dengan setiap satu sessi memakan masa dua atau tiga jam. Bayangkan betapa ‘selesanya’ berada di dalam rumah dengan suhu melebihi 45°C tanpa pendingin udara. Panasnya bagaikan berada dalam tempat pembakar bata tanah liat! Perlu dimaklumi, musim panas mula memuncak menjelang bulan Jun, Julai dan Ogos. Jun pula adalah waktu peperiksaan akhir tahun di university.

Kondisi umum di Iraq pun bukannya aman wahai adikku. Kesempitan hidup rakyat lantaran peperangan dan sekatan PBB melonjakkan kadar jenayah dengan mendadak. Ditambah lagi apabila hampir setiap tahun sepanjang tempoh sekatan ekonomi, dengan pelbagai alasan, bumi Iraq sentiasa dihujani bom dan peluru berpandu US, paling tragis, hospital di mana tempat saya sedang menjalani latihan praktikal turut menjadi mangsa pengeboman pada 1998.

Apa yang saya coretkan di sini sekadar sedikit perkongsian ikhlas, secebis catatan pengalaman dengan besar harapan agar Adik  Hasyim dapat meluangkan masa seketika merenunginya.

Saya mengucapkan syabas di atas keberanian adik untuk bersama-sama dengan sekelian ramai ratusan ribu lagi pencinta keadilan di seluruh dunia pada tarikh keramat 9 Julai 2011 lalu walaupun apa yang teman-teman dihadapi di bumi Mesir hanya sekelumit dari apa yang kami hadapi di tanahair. Air kimia, gas pemedih mata, sepak terajang dan maki hamun FRU, dibelasah sehingga patah riot dan luka parah serta pelbagai lagi, tetapi amat menakjubkan kerana sehingga sekarang kita belum pernah mendengar kenyataan dari seorang pun mangsa keganasan polis yang mengeluarkan kenyataan, menyatakan kekesalan kerana turut serta terlibat dalam himpunan BERSIH yang sia-sia kecuali dari Adik Muhamad Hasyim!

Apatah lagi BERSIH yang disertai oleh adik dan teman-teman di Mesir telah diistiharkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai lalu sebagai bukan pertubuhan haram. Lantas adik tidak perlu menyesal kerana yang turut adik ‘perjuangkan’ adalah tuntutan-tuntutan yang bakal menentukan hala tuju negara tercinta di mana adik akan balik berkhidmat sebagai seorang yang menyandang gelaran doktor, suatu posisi terpandang dalam masyarakat. Wahai adikku… ianya bukan suatu kerja sia-sia, kalaulah benar adik berkata begitu sebagaimana yang dilaporkan oleh media.

Dengan mengeluarkan kenyataan sebegini, adik sebenarnya telah merendahkan reputasi dan mentaliti diri adik sendiri  serta menongkah arus gelombang yang sedang melanda negara sekarang. Sebenarnya, bukan setakat saya, malah sekelian pencinta keadilan, semuanya bersimpati dengan kezaliman Umno dalam menafikan hak adik dan 8 lagi teman-teman dalam menggunakan kuasa yang ada di tangan untuk meragut secara kejam wang pinjaman para penuntut ilmu seolah-olah wang tersebut adalah milik mak bapak Umno! Persetankan mereka yang tidak sehaluan dengan Umno! Yang salah, zalim, kejam, menindas dan tamak kuasa adalah Umno wahai adikku. Bukannya BERSIH.

Simpati kami di tanahair bukan setakat dengan luahan kata-kata sahaja. Bukan untuk mengungkit tapi sekadar membangkit, di tengah panas terik mentari kami berdemonstrasi demi membela adik dan teman-teman, mimbar Jumaat dijadikan medan untuk mendedahkan kerakusan tindakan pimpinan Umno ini, kutipan derma dilancarkan di segenap pelusuk negeri serta rombongan pimpinan PAS negeri telah bertentang mata menemui Pengarah Yayasan Terengganu.

Tentunya sumbangan yang kami hulurkan tidak mencapai angka ratusan ribu ringgit sebagaimana yang disalurkan oleh Yayasan Terengganu kepada adik. Tapi kebenaran adalah tetap kebenaran, walaupun adik menafikan ada menerima apa-apa sumbangan dari mana-mana pihak. Sebagai bakal doktor, adik perlu lebih berhati-hati dalam berkata-kata kerana sebaris ungkapan yang keluar dari mulut kita, kesannya besar kepada orang lain dan reputasi adik sendiri.

Saya sangat memahami tekanan yang adik hadapi ekoran penamatan pinjaman ini kerana saya sendiri pernah belajar tanpa sebarang pinjaman dan bantuan kewangan dari mana-mana pihak kecuali FAMA saya yang tercinta. Tapi dengan izin Allah, saya berjaya balik sebagai seorang doktor, menyambung pengajian diperingkat sarjana, pernah berkhidmat sebagai pensyarah universiti dan sekarang memiliki klinik sendiri. Ramai lagi orang lain yang lebih berjaya dari saya, cubalah damping dan korek kisah mereka, semoga ianya boleh menjadi motovasi untuk adik.

Anggaplah saya sebagai seorang abang yang tulus memberikan nasihat. Berpeganglah dengan kebenaran sekalipun ianya pahit. Tekanan dan cabaran jangan sekali-kali dibiarkan mengaburi hakikat. Untuk berjaya kita perlu memiliki ketabahan diri yang luar biasa.  

Apatah lagi kalau adik boleh memahami, BERSIH bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan dan revolusi, tapi tuntutan kita adalah demi mempastikan pilihanraya dilangsungkan di atas padang yang sama rata. Di atas padang yang sama rata itulah, dengan izin Allah Umno/BN adak kita tumbangkan.

Akhirnya selamat berjaya untuk adik dan teman-teman seperjuangan semua. Malah, sekiranya Umno terus berdegil dan menolak untuk mengembalikan pinjaman, ianya dengan izin Allah akan menjadi agenda awal Kerajaan Pas Terengganu pasca PRU 13 nanti.

*** Dr Azman Ibrahim  adalah Pengamal Pergigian Persendirian yang juga Anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu

Tuesday, July 3, 2012

Waktu-Waktu Doa Mustajab


Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu itu.
1. Waktu sepertiga malam yang akhir
Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”.(HR Bukhari dan Muslim)
2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”.(HR Ibnu Majah)
3. Doa selepas solat fardhu
“Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi)
4. Doa di dalam sujud
“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )
5. Sesaat pada hari Jumaat
“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR Bukhari dan Muslim)
6. Ketika Lailatulqadar
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
“Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )
7. Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)
8. Doa antara Azan dan Iqamah
“Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (HR Al-Tirmizi)
9. Ketika Hujan
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)

Kredit : Myibrah 

Tuesday, May 29, 2012

Innalillahi, Gadis Ini Wafat Usai Menghafal Alquran

Innalillahi, Gadis Ini Wafat Usai Menghafal Alquran
REPUBLIKA.CO.ID, Seorang gadis asal Arab Saudi meninggal dunia, setelah berhasil menghafal 30 juz Alquran. Gadis 15 tahun itu itu meninggal sehari sebelum ia mendapatkan penghargaan dari sekolahnya karena berhasil menghafal seluruh isi Alquran.

Sebelum wafat, gadis yang berasal dari Ibukota Riyadh itu mengatakan kepada orang tuanya, bila hafalan 30 juz Alquran adalah mahkota yang ingin diberikan di atas kepala kedua orang tuanya.
Sejatinya, Rabu (9/5) kemarin, ia bakal mendapat penghargaan atas prestasinya tersebut. Tapi, Selasa sore ia dilarikan ke rumah sakit karena demam tinggi dan sekujur tubuhnya mati rasa, sebelum akhirnya dinyatakan meninggal dunia.

“Saya pergi ke rumahnya untuk mengucapkan selamat. Aaya menemukan dia dan seluruh keluarga sedang gembira. Sebab ia memberitahu mereka tentang prestasinya menghafal 30 juz Alquran dengan air mata bercucuran di matanya,” ungkap seorang kerabat gadis tersebut kepada surat kabar Sabq, sura kabar terbitan Saudi.

“(Tapi) ia kemudian dilarikan ke rumah sakit karena demam tinggi. Kepada dokter ia mengaku tubuhnya mati rasa dan kakinya tidak bisa digerakan. Mati rasa itu menjalar ke seluruh tubuhnya, sebelum akhirnya ia meregang nyawa,” kisah kerabat tersebut.

Pihak rumah sakit mengaku, mereka tidak bisa menyelamatkan hidup gadis tersebut, karena mereka tidak bisa mendiagnosa penyakit yang menyerangnya tiba-tiba. Hingga kini, para dokter yang menangani gadis itu masih berusaha mencari penyebabnya kematian Hafidzah tersebut.

Sebelum meninggal, gadis tersebut sempat menitipkan pesan kepada teman-temannya. “Saya berhasil menghafal Alquran. Saya menangis karena bahagia untuk prestasi ini, dan saya ucapkan selamat kepada orang tua saya karena saya berjanji untuk membuat prestasi ini menjadi sebuah mahkota di kepala mereka. Ya Allah, jadikan prestasi ini di dalam hati saya dan jadikan prestasi ini senjata saya dalam hidup.”

Redaktur: Karta Raharja Ucu
Sumber : Republika 

Thursday, July 14, 2011

Berjuang, bukan Ustaz je........

Penulis terjumpa satu artikel khas untuk yang masih tak mahu berjuang dari blog RenCana Siswa. Bacalah semoga mendapat manfaat.

ZAMAN SEKOLAH

1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.
2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan…
3. ‘Parents i’ tak bagi le…
4. Aku takut nanti ganggu akademik.
5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.

ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ

1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak…nantilah lapang-lapang sikit.
2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.
3. Aku tengah ‘tension’ la… awek/ balak aku buat hal pulak…!

ZAMAN HABIS BELAJAR

1. Nantilah… dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.
2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.
3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.
4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

ZAMAN KERJA

1. Sibuklah… tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh…
2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku…
3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.
4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?

ZAMAN KAHWIN

1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan… kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.
2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?
3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.
4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.

ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL

1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la…
2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.

ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH

1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?
2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah… pelan-pelannn…
3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat…tentu nak rekreasi jugak kan?
4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm…

Z
AMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN

1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.
2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah… Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?
3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.
4. Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.
5. Anak-anak aku tu… diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji… Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.

ZAMAN DALAM KUBUR


1. Aduh… hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!
2. Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku….
3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!
4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?
5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia… ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab… habis aku!
6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?
7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?
Aku menyesallllll………!!!

Wassalam

Kisah benar seorang ibu dan karpet kotor

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/41485_100000837172658_2193_n.jpg

Ada seorang ibu suri rumah tangga yang mempunyai 4 orang anak lelaki. Urusan belanja, mencuci, makan, kebersihan & jemuran; mengemas rumah dapat dilakukannya dengan baik. Rumah nampak selalu kemas, bersih & teratur Suami serta anak-anaknya sangat menghargai pengabdiannya itu.

Cuma ada satu masalah, ibu yang pembersih ini sangat tidak suka kalau karpet di rumahnya kotor. Ia boleh berleter dan marah berpanjangan hanya gara-gara melihat jejak kasut di atas karpet, maka suasana tidak enak akan berterusan seharian.

Sedangkan, dengan 4 prang anak lelaki di rumah,keadaan ini mudah serta berulang ulang kali terjadi dan ini begitu menyiksa ibu ini. Atas saranan keluarganya, ia pergi menemui seorang psikologi bernama Virginia Satir, dan menceritakan masalahnya.


Setelah mendengarkan cerita ibu dengan penuh perhatian, Virginia Satir tersenyum & berkata kepada ibu ini :"Ibu tutup mata ibu dan bayangkan apa yang akan saya katakan" Ibu itu kemudian menutup matanya.


"Bayangkan rumah ibu yang rapi dan karpet ibu yang bersih gebu, tak diusik, tanpa kotoran, tanpa jejak kasut, bagaimana perasaan ibu?"

Sambil tetap menutup mata, senyum ibu itu melebar, mukanya yang murung berubah cerah. Ia nampak senang dengan bayangan yang dilihatnya.


Virginia Satir meneruskan; "Itu ertinya tidak ada seorang pun di rumah ibu. Tak ada suami, tak ada anak-anak, tak terdengar gurau senda dan tawa ceria mereka. Rumah ibu sepi dan kosong tanpa orang-orang yang ibu kasihi".

Seketika muka ibu itu berubah muram, senyumnya terus menghilang, nafasnya mengandungi esakan. Perasaannya bimbang. Fikirannya terus cemas membayangkan apa yang sedang terjadi pada suami dan anak-anaknya.


"Sekarang lihat kembali karpet itu, ibu melihat jejak kasut & kotoran bertaburan di sana??ertinya suami dan anak-anak ibu ada di rumah, orang-orang yang ibu cintai ada bersama ibu dan kehadiran mereka mengembirakan hati ibu".


Ibu itu mulai tersenyum kembali, ia merasa lega dengan bayangan tersebut

"Sekarang bukalah mata ibu" Ibu itu membuka matanya


"Bagaimana, apakah karpet kotor masih menjadi masalah buat ibu?" Ibu itu tersenyum dan menggelengkan kepalanya. "Saya tahu maksud anda" ujar ibu ini,

"Jika Kita melihat dengan sudut yang tepat, maka hal yang nampak negatif dapat dilihat secara positif".


Sejak hari itu, ibu ini tidak pernah lagi mengeluh soal karpetnya yang kotor, kerana setiap melihat jejak kasut di sana, ia tahu, keluarga yang dikasihinya ada di rumah.


catatan :


Kisah di atas adalah kisah benar. Virginia Satir adalah seorang psikologi terkenal yang membuka Richard Binder & John Adler untuk menciptakan NLP (Neurolinguistic Programming).

Teknik yang dipakainya di atas disebut Reframing, iaitu bagaimana kita 'membuka ulangan' sudut pandang kita sehingga sesuatu yang tadinya negatif dapat menjadi positif, salah satu caranya dengan mengubah sudut pandangnya.situslakalaka

Wednesday, June 15, 2011

Motivasi: Rahsia Menjadi Pemenang

Anda orang biasa saja? Bukan artis? Bukan ahli perniagaan? Bukan ilmuwan? Bukan orang terkenal? Jangan khuatir, di sini ada tips untuk anda. Tips yang akan membuat anda menarik, menjadi peribadi penuh pesona.

Inilah rahsia-rahsia memiliki peribadi yang boleh mengubah kehidupan anda. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Alang-alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar hitam, alang-alang berjuang biar sampai menang cemerlang!

Selamat mengikuti!


1. Berubahlah dengan waktu dan tempat!
Jangan selalu menuruti perasaan negatif, seperti: merasa bosan, lelah, jenuh, tersiksa dengan tempat atau masa lalu. Tersenyumlah, dan dunia akan tersenyum bersama anda! Menangislah, dan anda akan menangis sendirian! Mutiara kata ini mengisyaratkan agar kita selalu berbahagia dimana pun kita berada dan kapan pun. Jika kita merasa sebagai orang yang paling sedih atau menderita di dunia ini, yakinlah bahwa masih banyak orang lain yang lebih menderita daripada kita.

2. Carilah kenalan, teman, sahabat, berinteraksi sebanyak-banyaknya!
Sering-seringlah merantau, menjelajahi dunia. Semakin sering anda bertemu dan berinteraksi dengan banyak orang, maka kepribadian anda akan semakin matang tanpa anda sadari.

3. Cintailah orang lain seperti mencintai diri sendiri.

Dengan cinta, hidup menjadi indah, persahabatan menjadi langgeng, dan silaturahim tetap terbina. Tentunya cinta yang diberikan secara tulus tanpa balasan, tanpa mengharap balasan kecuali dari Allah semata.

4. Hargailah dan nikmatilah alam.
Dengan menghargai alam, jiwa menjadi tenang. Dengan menikmati alam hati menjadi senang. Temukanlah rahasia sesuatu itu tampak menarik, misalnya: bunga yang mekar, matahari yang bersinar, sawah yang terhampar.

5. Hargailah orang lain.
Misalnya dengan cara membuatnya bahagia, tersenyum, tertawa, memberi pujian yang tulus. Membahagiakan orang lain akan membuatnya membahagiakan kita di saat yang tak terduga, percayalah!

6. Jaga tingkah laku.
Banyaklah mendengarkan dan berfikir daripada berbicara, kecuali bila waktunya untuk berbicara. Dengan menjaga lisan dan perbuatan kita, berarti setengah pertempuran hidup telah kita menangkan.

7. Jangan kekanak-kanakan.
Sikap dewasa menunjukkan keperibadian yang kuat dan mempesona. Betapa banyak orang tua yang bahkan belum dewasa! Salah satu tanda kedewasaan seseorang antara lain adalah dari sikap, tutur kata, dan caranya di dalam mengambil keputusan secara arif dan bijaksana.

8. Merendah diri tapi jangan terlalu merendah diri.
Sudah seharusnyalah kita menerima dan memperbaiki kekurangan kita tanpa pernah merasa mrendah diri atau kecil di depan orang lain. Percayalah, tidak seorang manusia pun yang sempurna di muka bumi ini!

9. Jangan sombong.
Ketahuilah bahwa selalu ada yang lebih daripada kita. Kesombongan menandakan kekosongan.

10. Kembangkan minat pada berbagai hal.
Jangan membatasi diri anda, perluas bakat, minat, kemampuan, pengetahuan, dan keahlian anda. Memiliki satu keahlian atau spesialisasi akan terasa lebih baik dan sempurna jika ditunjang dengan keahlian dalam bidang yang lainnya, sehingga anda akan semakin "bersinar" dan penuh pesona.

11. Selalu baik pada orang lain.
Jangan pernah merasa dendam sekalipun kepada orang lain, bahkan kepada mereka yang pernah menyakiti kita. Cintailah yang di bumi, niscaya yang di langit akan mencintaimu.

12. Selalu belajar.
Semakin sering anda belajar, maka semakin banyak yang anda ketahui. Ilmu ini dapat menjadi lahan amal bagi anda, sehingga anda merasakan nikmatnya berbagi dan indahnya ilmu.

13. Selalu mengikuti informasi dan perkembangan terkini tentang apapun.
Dengan banyak mengetahui hal yang paling baru, maka anda akan tampil semakin percaya diri dan penuh pesona. Semakin banyak hal baru yang anda tahu, maka akan semakin banyak pula yang mencari dan mengejar anda...yakinlah!

14. Selalu tegap, siap, dan sedia.
Posisi atau postur tubuh anda di dalam berkomunikasi dengan orang lain akan mengungkapkan siapa diri anda yang sebenarnya. Oleh kerananya, milikilah perancangan, target, dan strategi (persiapan) yang matang dan semangat yang tak pernah pudar!

15. Selalu tersenyum pada orang lain.
Orang akan lebih senang melihat wajah yang dihiasi senyuman daripada wajah yang selalu disertai ratapan atau keluhan.

16. Senang bekerja sama dengan orang lain.
Inilah yang membuat jaringan (network) kita semakin luas, erat, dan kuat.

17. Senang menolong orang lain.
Dengan gemar menolong orang lain, maka pada hakikatnya kita menolong diri kita sendiri. Semakin banyak orang yang kita tolong, maka akan semakin sering pula kita ditolong oleh Allah dengan cara-Nya yang tak terduga.

18. Terimalah "ketentuan" apa adanya.
Tetaplah tenang dan tabah, ingatlah bahwa "badai pasti berlalu" dan "roda itu berputar". Jangan suka mengeluh, menggerutu, atau bahkan mencaci-maki nasib. Jangan sampai berkata atau menganggap bahwa Allah itu tidak adil! Justeru di sinilah letak keadilan-Nya.

Dengan merenungi dan menerapkan semua hal di atas, maka menjadi peribadi penuh pesona saat ini bukanlah sesuatu hal yang mustahil bagi diri anda. Jika masih belum percaya, cubalah dengan bermula hari ini!

Friday, March 25, 2011

Peng Shulin, Manusia Separuh Badan.

Salam untuk semua, moga ceria2 ('',)
Sesuatu yang kita selalu sebut , tapi jarang kita dapat lihat. Percaya tak ada orang
boleh hidup hanya dengan separuh badan lepas digilis lori ? Pantang Maut
Sebelum Ajal!

Man, with half body...

siapa lelaki ini ? lelaki ini ialah...

Gambar di atas ialah seorang lelaki bernama Peng Shulin. Masa tahun 1995,
dia telah digilis lori hingga badannya terputus dua bahagian. Dengan bantuan
20 orang doctor di bilik bedah, Peng Shulin berjaya meneruskan kehidupan
dengan separuh badannya sahaja.

Sebelum ini, Peng Shulin menghabiskan sisa hidupnya dengan tidur di atas katil
sahaja. Tapi selepas mendapat bantuan daripada China Rehabilitation Research
Centre, Peng Shulin diberikan sebuah telur cawan yang canggih yang dapat
membantu Peng Shulin menjalani kehidupan macam orang normal.

Digilis lori , badan terputus dua bahagian dan masih hidup

dibantu ramai doctor

cawan telur...

misi mengukur

exercise

tekan tubi

ape tu...

Peng Shulin menjalani fisioterapi

fisioterapi
Video The Most Miracle Man In The World, Peng Shulin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...