Followers

Monday, September 17, 2012

Sabra-Shatila terus merintih


Apakah Sabra dan Shatila?
shatila camp 289x300 Sabra Shatila terus merintih....Sabra dan Shatila adalah 2 daripada kem pelarian Palestin di Beirut, Lubnan yang telah didirikan selepas berlakunya peristiwa Nakbah Palestin pada 1948. Kira-kira 3,000 orang pelarian terkorban dalam tempoh 48 jam semasa tragedi hitam tersebut yang berlaku pada 16-18hb September 1982 yang didalangi oleh Zionis dan Phalangist Lubnan. 
Bagaimanakah latar belakang Sabra-Shatila?
ariel muda2 300x235 Sabra Shatila terus merintih....
Pada tanggal 11 September 1982, Menteri Pertahanan Israel Ariel Sharon, arkitek kepada penjajahan Israel ke atas Lubnan telah mengumumkan bahawa terdapat lebih daripada 2000 orang pengganas masih berada di kem-kem pelarian Palestin di sekitar Beirut, Ibu Negara Lubnan.
sabra and shatila time 1982 cover 227x300 Sabra Shatila terus merintih....Bagaikan agenda drama yang kemas dirancang, Presiden Lubnan Bashir Gemayel, telah dibunuh apabila ibu pejabatnya telah diletupkan dengan bom oleh sekumpulan bersenjata pada 14hb September. Beliau merupakan Ketua Parti Phalangist Lubnan yang merupakan sekutu kuat rejim ZionisIsrael. 4 hari kemudiannya, Rabu 15hb September 1982, tentera Israel telah menguasai Beirut Barat dengan mengelilingi serta mengunci mati laluan ke kem Sabra dan Shatila yang padat diduduki oleh pelarian Palestin dan orang awam Lubnan.
Pada sebelah petangnya, kem-kem pelarian ini telah dikepung sepenuhnya oleh kereta kebal dan tenteraIsraelyang menjaga setiap laluan keluar masuk kem-kem ini untuk rangka memantau setiap orang yang keluar atau masuk ke kem. Laluan ini telah ditutup sepenuhnya pada lewat petang.
Keesokannya Khamis 16hb September, Ariel Sharon dan Ketua Turus Tentera Israel telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Unit Militia Phalangist Lubnan, mengundang mereka masuk ke kem pelarian Sabra dan kem Shatila untuk membersihkan ‘sarang pengganas’. Mesyuarat tersebut telah berakhir pada jam 3 petang.
Bagaimanakah tragedi ini dilakukan?
Menjelang lewat petang 16hb September 1982, lebih kurang 150 orang unit pertama Militia Phalangist Lubnan yang merupakan sekutu rapat rejim Zionis Israel telah masuk ke kem pelarian tersebut dengan bersenjatakan senapang, pisau dan kapak. Mereka terus membunuh orang-orang awam terutamanya di kalangan pelarian ini dengan mengelar leher mereka, membunuh dengan kapak serta menembak dengan senapang mereka. Ramai dari kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan pelarian yang tidak berdosa ini telah dirogol bergilir-gilir terlebih dahulu. Pada malam yang sama, pasukan tenteraIsraelmenerangkan kawasan kem dengan cahaya api yang membakar menyebabkan kawasan tersebut terang benderang seumpama stadium bola sepak, menurut saksi yang terselamat dari insiden tersebut.
sabra1 300x191 Sabra Shatila terus merintih....Dalam masa beberapa jam pertama itu sahaja mereka telah merogol, membunuh dan mencederakan ramai orang-orang awam yang kebanyakannya adalah pelarian Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua yang telah dikepung di dalam kem-kem tersebut.
Pada jam 11.00 malam, satu laporan telah sampai ke ibu pejabat tentera Israel di Beirut Timur yang mengatakan sekurang-kurangnya 300 orang telah dibunuh dalam tempoh 5 jam pertama. Di antara 36 hingga 48 jam kemudiannya, Militia Phalangist telah membunuh kebanyakan penduduk yang menghuni kem pelarian tersebut sementara tentera Israel mengawal laluan keluar kem dan terus memberikan sokongan yang maksimum terhadap pembunuhan ini.
Jumaat 17 September, laluan ke kem Sabra dan kem Shatila masih ditutup namun ada beberapa pemerhati bebas berjaya melepasi sekatan ketat tenteraIsrael. Di kalangan mereka adalah seorang wartawan dan seorang pegawai diplomat dari Norway, Gunnar Flakstad yang menyaksikan operasi pembersihan yang dijalankan oleh Militia Phalangist yang sedang membuang mayat-mayat dari rumah yang musnah dihancurkan.
Militia Phalangist tidak keluar dari kem pada jam 5 pagi Sabtu 18hb September sebagaimana yang diarahkan. Mereka terus melakukan pembunuhan sehinggalah mereka meninggalkan kem Sabra dan kem Shatila pada jam 8.00 pagi 18hb September 1982.Parawartawan asing hanya dibenarkan masuk ke dalam kem pada hari Sabtu, jam 9.00 pagi 18hb September yang menyaksikan ratusan mayat masih bergelimpangan di sekitar kawasan kem dan banyak di kalangan mayat ini yang telah dikelar-kelar anggota badannya.
Apakah di antara testimoni pelarian Palestin yang sempat menyelamatkan diri ?shatila 1 mayat yg bergelimpangan Sabra Shatila terus merintih....
  • Tentera-tentera tersebut pergi dari satu rumah ke satu rumah dan memberikan amaran akan meletupkan rumah sekiranya mereka tidak keluar dari persembunyian.”
  • ”Ada saksi yang terselamat mendengar bahawa tentera Phalangist memberitahu satu sama lain supaya menggunakan kapak sahaja kerana bunyi senapang akan menyebabkan orang ramai sedar dan akan melarikan diri.”
  • “Mereka membunuh abang ipar saya di depan mata kepala saya sendiri, saya melihat mereka menembak kepada orang ramai. Mereka membunuh kesemuannya dan saya terus melarikan diri”
Tidak diketahui jumlah yang terbunuh secara tepat kerana sumber rasmi dari Israel mengumumkan bahawa ‘hanya’ 700 orang awam terbunuh. Sumber rasmi dari Lubnan pula menjangkakan kira-kira 1900 orang awam terbunuh. Manakala sumber berita Palestin pula mengatakan bahawa di antara 3000-3500 orang pelarian Palestin telah dibunuh, 1000-1500 telah hilang dan kira-kira 1000 orang yang lain telah melarikan diri.
Siapakan arkitek tragedi Sabra dan Shatila ini?  Ariel Sharon 260x300 Sabra Shatila terus merintih....Tidak lain dan tidak bukan adalah Ariel Sharon yang merupakan bekas Perdana Menteri Israel. Beliaulah pemimpin pengganas yahudi yang pernah berkata,
Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang palestin dari Gaza dan Tebing barat ke Jordan.”
»       (New York Times, 17hb Mei 1982)
Orang Arab yang baik adalah orang Arab yang telah mati
»       (Ha’aretz, 25hb Februari 1983).
“ Saya merasa sedikit kesal terhadap tragedi tersebut tetapi kenapa perlu saya memohon maaf atau merasa bertanggungjawab terhadapnya
»        (“The Accused” BBC- Panorama, 17/6/2001 ).
Bagaimana Sabra-Shatila hari ini?
Kini hampir tiga dekad telah berlalunya tragedi hitam Sabra dan Shatila (16-18hb September 1982) .
sabra shatila sesak 300x225 Sabra Shatila terus merintih....
kependudukan yang sesak, padat yang memeritkan mata memandang…

Kem Shatila yang keluasannya cuma sekangkang kera ini yang padat merupakan satu daripada 12 kem pelarian Palestin yang masih kekal di Lubnan. Ianya dihuni oleh lebih 12 ribu orang pelarian Palestin sejak tahun 1949 lagi. Kem ini merupakan penempatan pelarian yang paling sempit dan daif jika dibandingkan dengan keseluruhan 12  kem-kem pelarian Palestin di Lubnan. Jumlah pelarian Palestin di Lubnan semakin meningkat dan kini telah melebihi 500 ribu orang pelarian.
sanra shatila elektrik 300x225 Sabra Shatila terus merintih....
bersimpang-siur : bekalan air dan elektrik yang amat terhad…
Rata-rata mereka hidup dengan penuh kepayahan dan keperitan. Bekalan air dan elektrik adalah dalam keadaan yang sangat minimum di penempatan yang sempit lagi dhaif ini. 80 peratus dari kalangan mereka adalah miskin dan saban hari terpaksa mengikat perut kelaparan. Hanya 14 peratus di kalangan anak-anak pelarian ini berjaya menamatkan persekolahan menengah mereka dan majoriti yang dewasa pula adalah penganggur kerana mereka dinafikan daripada memiliki hak-hak asasi mereka untuk bekerja di dalam 72 bidang pekerjaan di Lubnan. Betapa mereka telah terus dizalimi untuk sekian lamanya.
Sabra shatila solo 225x300 Sabra Shatila terus merintih....
Perjuangan dan ikon jihad adalah tajuk penting yang semakin dibicarakan masyarakat.
Adakah kebangkitan terkini di Timur Tengah bakal memberikan sinaran mentari baru buatmu wahai Sabra dan Shatila? 
penulis bersama anak pelarian di kem shatila1 225x300 Sabra Shatila terus merintih....
Penulis bersama anak-anak pelarian di Kem Shatila

Saturday, September 15, 2012

AS tahan lelaki disyaki terbit filem hina Nabi


Nakoula Basseley Nakoula
Seorang lelaki disyaki menghasilkan filem Innocense of Muslims dibawa keluar dari rumahnya oleh pihak berkuasa AS, semalam. – Foto ihsan
[DIKEMAS KINI] LOS ANGELES - Seorang lelaki yang disyaki menghasilkan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan dan protes mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam.
Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula, pernah disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak boleh akses kepada Internet.
Nakoula, 55, dilaporkan telah menafikan terbabit dalam pembikinan filem tersebut, yang dinamakanInnocense of Muslims.

Protes ekoran tayangan filem itu merebak ke banyak negara Timur Tengah dan Mesir. Semalam, protes juga diadakan di Malaysia. Hari ini, protes merebak ke Australia.
Nakoula ditahan sejurus selepas tengah malam tadi.
Wakil media menunggu kemunculan lelaki itu selama 48 jam di hadapan rumahnya di selatan California.
Dia muncul dengan mengenakan skarf, kot dan cermin mata bagi mengelakkan wajahnya dirakam oleh media.
Berdasarkan rekod hartanah, rumah dia ditahan ada miliknya.
Jurucakap Jabatan Sherif Los Angeles, Steve Whitmore mengesahkan bahawa Nakoula dibawa ke stesen sherif Cerritos untuk disoal siasat oleh pegawai-pegawai pemantauan persekutuan bagi menentukan sama ada dia telah melanggar syarat hukuman dipantau selama lima tahun yang dikenakan.
Whitmore menambah, Nakoula telah bersetuju untuk ditemu siasat oleh pihak berkuasa sebelum tiba di rumahnya.
Oleh itu katanya, keputusan dibuat Nakoula adalah secara sukarela.
"Lelaki itu memberi kerjasama," katanya lagi.
Nakoula ada memberitahu Associated Press bahawa dia bukan pengarah filem itu tetapi hanya pengurus logistik.
Pengarah filem itu dikatakan menggunakan nama Sam Bassiel.
Laporan terdahulu menunjukkan Nakoula menggunakan sekurang-kurangnya lapan nama yang lain.
-Sinar online

LayarMinda : Kenapa mukanya di tutup ? 

Gambar - Sekitar Bantahan Video Hina Rasulullah s.a.w di Malaysia

1. Masjid Rusila Terengganu



2. Di Bintulu Sarawak



3. Di Penang 



4.Di Penang 2




5. Masjid Sepanggar Sabah





6. 1. Masjid Rusila Terengganu 2


5. Masjid Sepanggar Sabah 2



6.  Di Bintulu Sarawak 2



7. Di Masjid Amaniah, batu Caves




Google enggan padam video hina Rasulullah


SAN FRANCISCO – Syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab.
Dalam satu kenyataan, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.
Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.
Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara.
Difahamkan, di bawah prosedur Google, pengguna Youtube boleh melaporkan kandungan tidak senonoh atau tidak sesuai kepada kumpulan pemerhati syarikat itu di seluruh dunia.
Sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil dan video tersebut telah ditonton lebih 122,000 pengguna.
Sementara itu, Ketua Pengarah di Kementerian Komunikasi di Afghanistan mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menyekat akses video yang mempersendakan sifat Rasulullah tersebut.
“Tindakan itu diambil selepas Presiden Hamid Karzai mengutuk filem tersebut yang dianggap biadab dan menghina Islam. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan tunjuk perasaan ganas merebak ke negara ini,” kata Aimal Marjan.
Afghanistan menjadi negara pertama menyekat akses video itu kerana khuatir insiden protes ganas awal tahun lalu akan berulang. Februari lalu, sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan yang akhirnya bertukar ganas sebagai membantah tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) membakar al-Quran di penjara Bagram, utara Kabul. – Reuters

Innocence of Muslims’ berniat jahat, provokasi


KUALA LUMPUR: Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) mengutuk keras sebarang usaha untuk menjejaskan kesucian Islam yang sengaja dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi sebuah filem berjudul Innocence of Muslims.
Presidennya, Dr Aminurrasyid Yatiban berkata, menurut satu sumber, filem yang diarahkan oleh Bacile (seorang Yahudi Israel) itu menelan belanja sebanyak USD5 juta dibiayai oleh 100 Yahudi.
Katanya, kandungan filem yang jelas berniat jahat itu sengaja menimbulkan provokasi seperti menyebutkan Islam is a cancer, period dan sebagainya.
”Perkara ini jelas mencemarkan kesucian Islam dan dakwaan yang sangat tidak betul serta menimbulkan provokasi melampau terhadap umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, ujarnya Ilmam menyeru semua umat Islam agar mempunyai sensitiviti yang tinggi dengan mengambil berat sebarang usaha yang boleh menyelewengkan ajaran Islam yang suci dan murni.
Hdaily

Tuesday, September 11, 2012

KISAH BENAR : Kekejam Tentera Basyar



Lelaki dalam gambar ini menceritakan : "Tentera rejim Basyar telah menculik anak gadis saya dan memberitahu jika mahu anak saya dipulangkan dalam keadaan selamat saya perlu membayar wang tebusan sebanyak 100 000 pound Syria.

Dan jika mahu dipulangkan dalam keadaan sudah mengandung saya hanya perlu membayar 50 000 pound. Maka saya terpaksa menjual semua harta yang saya miliki untuk menyelamatkan anak saya tersebut.." 

Nasib anak gadisnya masih belum diketahui sehingga sekarang. Lihatlah wahai dunia, betapa zalim dan tidak perikemanusiaannya Syiah terhadap Sunni di Syria.

Sumber : FB Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

Takungan 3,000 tahun ditemui di Baitulmuqaddis



RUANG dalam takungan kuno berusia 3,000 tahun yang ditemui di Baitulmuqaddis.


BAITULMUQADDIS - Beberapa pakar arkeologi menemui sebuah takungan air kuno di sini yang digunakan oleh jemaah semasa ke kota suci bangsa Yahudi, Temple Mount atau dikenali sebagai Haram Ash-Sharif oleh orang Islam.
Akhbar MailOnline melaporkan bahawa takungan yang dinamakan cistern itu boleh menyimpan sebanyak 250 kubik meter air.
Tempat simpanan air itu dipercayai dibina pada era Tempat Ibadat Pertama sekitar 3,000 tahun dahulu.
Menurut kitab Bangsa Yahudi, Tempat Ibadat Pertama dibina oleh Nabi Sulaiman pada kurun ke-10 sebelum masihi (S.M.) sebelum dimusnahkan 400 tahun kemudian.
"Penemuan ini menjelaskan bahawa sumber air pada era Tempat Ibadat Pertama bukan sahaja bergantung kepada mata air tempatan tetapi juga takungan awam," kata ketua ahli arkeologi Pihak Berkuasa Alam Semulajadi dan Taman Israel, Tvika Tsuk.
Menurutnya, tapak Tempat Ibadat Pertama yang dibina oleh Nabi Sulaiman kini berada di bawah Dome of the Rock atau Masjid Kubah Emas di sini. - Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...