Followers

Thursday, August 16, 2012

Masjid Ini Didirikan Oleh Makhluk Ghaib ?


Dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya.
Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara.
Bangunan Masjid Nando dikategorikan unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid.
Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng dengan rekabentuk lama. Meski demikian, pada setiap sisi dalam bangunan masjid dihiasi dengan tulisan kaligrafi yang juga dibuat dari lumpur.
Menurut mitos masyarakat setempat, Masjid Nando tidak dibangunkan oleh manusia, akan tetapi oleh makhluk halus yang berbadan besar. Keyakinan ini diperkuat jika anda melihat struktur bangunan, bahan yang digunakan
untuk membina masjid , serta adanya bekas tapak kaki besar pada salah satu sisi masjid.

Tuesday, August 14, 2012

Subhanallah, Keajaiban Pergerakan Arah Lawan Jam


Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman? Menggunakan arah jam atau arah lawan jam?
Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.
Lihat semua pergerakan ini:
 Pada struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.
 Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.
 Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
 Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.
 Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.
 Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
 Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.
 Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.
Mengikut artikel “Rahsia Kaabah” yang saya baca di sini, dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam.
 Hukum Tangan Kanan
Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikutarah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.
Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.
Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.
Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya pernah terbaca bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. Wallahu a’lam.
Jika ini benar, maka terbuktilah keajaiban sunnah!
- Allah Maha Besar,Allah Maha Agung -
- Allahuakbar ! -

PENTING : TAKLIMAT DARI PRESIDEN MAJLIS ULAMA ROHINGYA (MUR) TENTANG RUSUHAN KAUM DI ARAKAN, MYANMAr



(Nota:  Sejak meletusnya rusuhan kaum di Arakan (kini dikenali Rakhine State), Myanmar pada 3 Jun 2012 yang lalu Ustaz Mohd. Jaber bin Mohd. Subahan, Presiden, Majlis Ulama Rohingya (MUR) telah menerima banyak undangan daripada jawatankuasa masjid-masjid dan beberapa NGO terkemuka di sekitar Lembah Klang.  Berikut ini adalah intipati penerangan yang disampaikan oleh beliau pada majlis-majlis berkenaan untuk bacaan dan makluman rakyat Malaysia khususnya)
1. LATARBELAKANG
    1.1 Myanmar mempunyai penduduk seramai 57 juta ialah sebuah negara berbilang etnik, agama dan budaya  (terdapat 137 etnik kesemuanya).
    1.2 Masyarakat Rohingya beragama Islam dan agama Islam adalah agama kedua terbesar selepas Buddhist. Malah di tiga buah Bandar (Maungdaw, Buthidaung dan Akyab (Sittwe) di wilayah Rakhine (dahulunya Arakan) penduduk etnik Rakhine lebih kecil berbanding Rohingya.
    1.3 Namun, etnik Rakhine mendapat pengiktirafan warganegara dan disokong pemerintah Myanmar – tidak disisihkan seperti Rohingya.
    1.4 Masyarakat Rakhine dan penganut Buddhist serta pemerintah Myanmar tidak pernah menerima kehadiran Rohingya walaupun Rohingya yang dikenali sebagai Mujahidin turut sama memperjuangkan kemerdekaan pada tahun 1940.
    1.5 Rohingya sudah lama bertapak di bumi Arakan sejak empat kurun dan turut memiliki raja-raja beragama Islam yang jadi pemerintah.
    1.6 Persepsi masyarakat Buddhist dan pemerintah Myanmar bahawa  Rohingya adalah ‘kaum pendatang’ dari keturunan Benggali – dibawa masuk oleh British untuk dijadikan buruh kasar. Kemudian mereka mendakwa kononnya penduduk Benggali menyeberangi sempadan dan memasuki Arakan beramai-ramai secara haram disebabkan kepadatan kependudukan di Bangladesh!
    (Catatan:  The United Nations describes Rohingyas as people who have descended from Arabs, Moors, Turks, Persians, Mughals and Pathans, in all likelihood, given their skin colour, language and lifestyle, the likelihood of them having descended from people who now constitute Bangladesh is fairly high. However, given the history of that part of the country — Chittagong was once part of the Arakan Kingdom — and while British rule in the subcontinent meant that people from Bengal travelled freely into what is now Myanmar and vice versa, such retracing of racial and geographical connection along the new maps of the world is rather futile. Rohingyas, like most other peoples and races of the world, are people who travelled to the Rakhine state hundred years ago for better livelihood and have since settled there…...”
    1.7 Atas premis itulah pemerintah Myanmar sejak1942 dan etnik-etnik yang beragama Buddhist (termasuk Rakhine) menganggap Rohingya sebagai pendatang asing yang tidak sah dan tidak layak mendapat hak warganegara.
    1.8 Pada 1982 pemerintah junta memperkenalkan undang-undang yang dinamakan ‘CITIZENSHIP LAW (1982)’ yang menafikan hak kewarganegaraan terhadap etnik Rohingya – Cuma 135 etnik diiktiraf oleh kerajaan sebagai warganegara.
    1.9 Selama 50 tahun (sejak 1962), khususnya di bawah pemerintahan junta tentera – Rohingya mengalami penyisihan - tidak dilayan dengan adil dan tindakan-tindakan terhadap Rohingya langsung tidak berperikemanusiaan.
    1.10 Rohingya dibenci, dihina dan didiskriminasi dalam pelbagai aspek kehidupan. Bermacam-macam halangan dan kekejaman dilakukan pemerintah terhadap masyarakat Rohingya seperti:-
    -    Pergerakan dari bandar ke bandar disekat
    -    Perkahwinan mesti mendapat kebenaran daripada pihak tentera dan dikenakan bayaran
    -    Aktiviti keagamaan dilarang (dilarang membina masjid,madrasah, menyembelih binatang qurban dan sebagainya)
    -     Cukai dikenakan secara arbitrari
    -     Tangkapan dibuat ikut suka hati
    -     Peras ugut
    -     Dijadikan buruh paksa (tanpa bayaran)
    -     Tanah masyarakat Rohingya dirampas dan penduduk dihalau dari kampung halaman (kemudian diduduki oleh masyarakat Buddhist)
    -     Rohingya tidak dibenar bekerja di pejabat kerajaan
    -     Rohingya tidak dibenar menjadi guru
    -     Rohingya disekat mendapat pendidikan tinggi
    -     Pengajian dan ibadah agama Islam dilarang – contohnya tidak boleh melaungkan azan, penyembelihan binatang korban
    -     Identiti Rohingya dipadamkan dalam buku sejarah - termasuk subjek sejarah yang diajar di sekolah
    1.11 Akibatnya, Rohingya menjadi masyarakat yang tidak bernegara (stateless people) - tidak ada sebarang bentuk dokumentasi pengenalan diri seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan.
    1.12 Tidak tahan dengan kekejaman yang dilakukan lebih 1.5 juta masyarakat Rohingya telah meninggalkan tanah air untuk menjadi masyarakat pelarian di negara-negara jiran (termasuk Saudi Arabia dan negara-negara lain di Timur Tengah, Pakistan, Thailand, Australia dan Malaysia).
    1.13 Pelarian yang paling ramai tinggal di Bangladesh, dianggarkan 1 juta - tinggal di kem-kem pelarian yang disediakan oleh UNHCR – dianggarkan lebih 100,000 ribu  pelarian lagi yang terbiar tidak di bawah jagaan agensi antarabangsa.
    1.14 Di Malaysia, pelarian Rohingya mula tiba pada tahun 1989 dan jumlahnya kini dianggarkan seramai 30,000.
    1.15 Rohingya secara keseluruhannya adalah masyarakat yang paling miskin dan daif – bukan sahaja tidak berilmu malah disekat dari menjalankan aktiviti ekonomi. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa etnik Rohingya adalah golongan minoriti yang paling teruk di tindas di dunia berbanding dengan kaum minoriti di negara-negara lain.

    2. RUSUHAN TERHADAP MASYARAKAT ROHINGYA – SEBAHAGIAN DARI DASAR PEMBERSIHAN ETNIK (ETHNIC CLEANSING)
    2.1       Punca rusuhan kaum ini amat kompleks dan pelbagai – telah berakar umbi dalam dasar diskriminasi dan institusi perkauman  yang dikenakan terhadap masyarakat Rohingya di Arakan oleh pemerintah sejak 1942.
    2.2       Rusuhan yang bermula pada 3 Jun 2012 bukan kali pertama.  Sebelum itu berlaku beberapa rusuhan yang besar terhadap orang Islam -1942, 1962, 1978, 1988, 1994, 2000 dan yang terakhir awal Jun 2012.  Sejak 1942 hingga sekarang beratus-ribu Rohingya telah dibunuh dengan kejam.
    2.3     Pemerintah merahsiakan jumlah korban sebenar dan maklumat tentang keadaan diskriminasi diputarbelitkan serta dikawal rapi oleh media pemerintah. Lazimnya, pihak media dan kerajaan melaporkan bahawa masyarakat Rakhine yang ramai menjadi mangsa, dan melabel Rohingya sebagai pengganas yang melakukan provokasi; walhal keadaan sebenar adalah sebaliknya.
    2.4    Setiap rusuhan dirancang begitu sistematik bertujuan menghapuskan etnik Rohingya dari wilayah Rakhine dan juga mendiskriminasi agama Islam. Bila berlaku rusuhan ramai Rohingya yang dibunuh dan disiksa. Untuk menyelamatkan nyawa mereka rela menjadi pelarian.
    2.5    Jenayah Rakhine ini melibatkan juga polis tempatan (hlooh tien) dan tentera yang kesemuanya terdiri dari masyarakat Buddhist.
    2.6     Malah kerajaan pro-demokrasi yang baru dibentuk (pimpinan Thien Sien) dan Pemenang Anugerah Nobel, Aung San Su Kyi juga tidak berani mengecam tindakan pelampau penganut Buddhist. Mereka takut untuk memberi keadilan kepada masyarakat Rohingya kerana secara realitinya mereka adalah pemimpin kepada rakyat Myanmar yang majoriti beragama Buddhist. Mereka turut mengesahkan dasar-dasar yang diwujudkan oleh pemerintah terdahulu atas kepentingan politik dan keselamatan nasional!
    2.7            Wakil media antarabangsa sentiasa dikawal dan tidak dapat maklumat sebenar. Lazimnya, mereka memetik berita yang dipaparkan melalui saluran television dan surat khabar pemerintah (hanya akhir-akhir ini agensi berita antarabangsa hampir dapat mengesan berita yang berlaku di tempat-tempat kejadian).

    3.    RUSUHAN BULAN JUN 2012

    3.1     Pada 3 Jun sepuluh (10) Muslim Myanmar diserang dan dibunuh oleh 200 pengganas Rakhine dalam sebuah bas yang membawa orang Muslim Myanmar dari satu majlis keagamaan di tempat pemeriksaan tentera di bandar Taungup, selatan Arakan.
    3.2     Mereka dikatakan membalas dendam terhadap satu kes rogol dan bunuh gadis Rakhine yang kononnya dilakukan oleh pemuda Rohingya. Sebenarnya perbuatan itu bukan dilakukan oleh orang Rohingya!
    3.3     Bagi menjustifikasikan juga jenayah itu perbuatan orang Rohingya pihak berkuasa telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada 2 lelaki Rohingya yang tersalah tuduh itu.
    3.4     Puak ekstrimis Rakhine mengganas dan membunuh warga Rohingya di Bandar-bandar Sittwe (Akyab), Buthidaung dan Maungdaw. Kemudian merebak ke kampong-kampong – membunuh, membakar rumah dan merompak harta benda.  Ada juga berita yang menyebut penghuni tidak sempat melarikan diri dan dibakar hidup-hidup. Ramai wanita dan anak gadis Rohingya dirogol dan dibunuh oleh pengganas Rakhine dan anggota polis/ tentera – satu perbuatan kebinatangan yang lazimnya dilakukan oleh manusia yang tidak bertamadun.
    3.5     Mayat mangsa segera dibawa lari ke tempat rahsia untuk dibakar/ditanam bagi mengelakkan perkara sebenar diketahui oleh dunia luar. Angka korban masyarakat Rohingya dilaporkan sedikit berbanding mangsa etnik Rakhine oleh media pemerintah. Media kerajaan juga memaparkan berita masyarakat Rakhine yang ramai terkorban dan terpaksa berlindung di kuil-kuil dan sekolah-sekolah di bawah kawalan ketat polis dan tentera. Manakala Rohingya dituduh sebagai pengganas dan pembunuh.
    3.6     Pelbagai tektik digunakan bagi memburukkan imej Rohingya untuk menaikan kemarahan amat sangat masyarakat Buddhist – mayat mangsa Rohingya yang dibunuh dibotakkan dan dipakaikan ala-sami Buddha untuk meuwar-uwarkan bahawa orang Rohingyalah yang melakukan kekejaman dan membunuh sami-sami.
    3.7     Keganasan pihak Rakhine yang dibantu polis dan tentera  menyebabkan penduduk Rohingya lari sehelai sepinggang ke kampong-kampong di bahagian pendalaman.
    3.8     Beribu-ribu warga Rohingya cuba memasuki sempadan - malangnya disekat oleh pengawal keselamatan Bangladesh yang tidak membenarkan mereka masuk lalu mengusir mereka balik ke Myanmar untuk dimamah oleh pengganas Rakhine.
    3.9     Pihak tentera Myanmar yang dihantar kerajaan pusat untuk mengawal dan menghentikan rusuhan bersifat berat sebelah. Curfews yang diadakan hanya melarang masyarakat Rohingya keluar dari kawasan mereka berlindung. Mereka dikepung oleh tentera dan polis di setiap penjuru termasuk kawalan anggota navy di persisir pantai.
    3.10   Larangan perintah berkurung itu tidak dikenakan kepada masyarakat Rakhine.  Keadaan sedemikian memberi kebebasan kepada pengganas Rakhine membunuh, merompak dan membakar perkampungan Rohingya – yang dibantu secara aktif oleh anggota tentera dan polis tempatan – yang kesemuanya berbangsa Rakhine. Tentera Rakhine juga memasuki kem-kem perlindungan mangsa Rohingya – menangkap dan membawa keluar pemuda-pemuda (termasuk belasan tahun) ke tempat yang tidak diketahui.  Nasib mereka tidak diketahui!
    3.11   Media antarabangsa disekat untuk mendapatkan berita sebenarnya. Pada awal-awal rusuhan, agensi-agensi berita antarabangsa cuma memetik dan mengesahkan apa yang dipaparkan melalui television dan suratkhabar kerajaan (akhir-akhir ini barulah berita berwibawa disiarkan)
    3.12   Sejak meletusnya rusuhan pada 3 Jun dianggarkan 30,000 rumah  masyarakat Rohingya dibakar (termasuk banyak masjid dan madrasah) dan lebih 150,000 kehilangan tempat tinggal di bandar-bandar Akyab ( Sittwe), Maungdaw, Rathedaung dan Kyauktaw.

    4.    KEMASUKAN BANTUAN KEMANUSIAAN
    4.1  Bantuan kemanusiaan yang membawa makanan, air bersih, ubat-ubatan, khemah dan keperluan hidup dari agensi kemanusiaan antarabangtsa (seperti Agensi Makanan PBB, Red Cross dll) sudah mula masuk ke Myanmar.
    4.2   Dari laporan yang diterima, pegawai dan sukarelawan agensi berkenaan tidak dapat mengagihkan terus bantuan kepada mangsa dari masyarakat Rohingya.  Disebaliknya, mereka diiringi oleh pihak tentera yang membawa mereka terus ke kem-kem perlindungan masyarakat Rakhine.

    5.    CARA PENGHANTARAN BANTUAN DENGAN SELAMAT KEPADA MANGSA ROHINGYA
    5.1    Pimpinan MUR menerima panggilan telefon setiap masa dari saudara-mara dan rakan-rakan yang berada di tempat-tempat perlindungan di Arakan memberitahu tentang keadaan penderitaan mereka di sana dan merayu agar kami dapat menyelaraskan bantuan daripada Muslimin dan Muslimat di Malaysia untuk dihantar kepada mereka.
    5.2     Pimpinan MUR tidak putus hubungan dan masih mempunyai networking dengan tokoh aktivis dan sukarelawan Muslim berwibawa yang tinggal di bandar Rangon.  Pihak MUR bersedia membantu menyelaraskan penerimaan sumbangan daripada penderma masyarakat Malaysia dan menghantar terus kepada mereka.
    5.3    Para aktivis dan sukarelawan Muslim yang dimaksudkan itu mempunyai cara-cara dan dayaikhtiar yang tinggi untuk mempastikan bantuan kemanusiaan dari orang ramai (khususnya rakyat Malaysia) sampai kepada mangsa Rohingya yang pada masa ini benar-benar berada dalam kesusahan.
    5.4    Pihak MUR menerima laporan bahawa akhir-akhir ini ramai mangsa Rohingya yang terkorban bukan disebabkan kena bunuh – mereka mati disebabkan kebuluran dan yang sakit tidak menerima bantuan perubatan.

    6.    PENGHAPUSAN ETNIK
    Rusuhan, pengusiran, pelbagai diskriminasi dan sekatan hidup terhadap masyarakat Rohingya seperti yang berlaku sejak 70 tahun yang lalu adalah satu skim kerajaan yang terancang dan sistematik untuk menghalau Rohingya dari bumi Rakhine yang diterajui oleh ‘state terrorists’.

    7.    PENYELESAIAN KONFLIK (satu cadangan)
    7.1 Kerajaan Myanmar sejak dari dahulu tidak adil, tidak ikhlas dan  tidak bersungguh mahu menyelesaikan konflik ini.
    7.2  Pemerintah sentiasa mencetus pelbagai cara bersistematik untuk melaksanakan dasar pembersihan etnik (ethnic cleansing)
    7.3    PBB, ASEAN, European Union (EU)  perlu campur tangan untuk menghentikan pembersihan etnik (Ethnic Cleansing)  dan keganasan agama (Religious Violence) terhadap orang Rohingya.
    7.4   Krisis di Rakhine ini memerlukan keikhlasan, komitmen dan kesungguhan daripada kerajaan baru Myanmar bagi mencari punca sebenar, seterusnya menyelesaikannya segera dan untuk selama-lamanya.
    7.5    Isu utama – Citizenship Law (1982) perlu dimansuhkan – masyarakat Rohingya mesti diiktiraf sebagai warganegara.
    7.6    Aung San Su Kyi perlu mainkan peranan yang lebih jujur dan komited untuk mendapat masyarakat antarabangsa serta bertegas dengan kerajaan di Rangon, sepadan dengan anugerah Hadiah Nobel yang diterimanya yang melambangkan keamanan, kebebasan dan pejuang hak asasi manusia menentang kerajaan Myanmar yang zalim.
    7.7    NGO-NGO Islam diminta mengatur banyak persidangan di peringkat serantau dan antarabangsa untuk membincangkan isu masyarakat pelarian dan pencabulan hak asasi manusia di Myanmar serta  mencari resolusi konflik.
    7.8  NGO-NGO Muslim terkemuka di Malaysia disaran menganjurkan dialog peradaban (civilizational dialogue) antara tokoh-tokoh agamawan dan ilmuan tersohor kedua agama (Islam dan Buddhist - dengan mengundang sama tokoh-tokoh terkemuka agama Buddhist di Myanmar) yang bertujuan untuk mendidik masyarakat Buddhist dan Islam di Myanmar khususnya supaya menghormati satu sama lain serta menghentikan kezaliman seperti mana yang didokong dalam ajaran agama masing-masing.
    7.9     NGO-NGO Muslim di seluruh dunia perlu menggerakkan  kempen serta melobi di peringkat ASEAN, European Union (EU) dan PBB supaya menekan junta Myanmar menghormati Human Rights serta mengiktiraf Rohingya sebagai rakyat Myanmar yang sah.

    dari,
    Presiden Majlis Ulama Rohingya [MUR]

    Monday, August 13, 2012

    Dr Haron Din : Kafir Harbi Tidak Wujud Selagi Tidak Tertegak Negara Islam


    SHAH ALAM 12 OGOS : Tidak wujud istilah penggunaan ‘kafir harbi’ selagimana tidak tertegaknya sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar, tegas Datuk Dr Haron Din.
    Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS ketika dihubungi TVSelangor berkata, polemik itu perlu hentikan segera kerana ia ditakuti boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara.
    Ujar beliau definisi kafir harbi itu merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh umat Islam.
    Beliau juga mengingati agar mana-mana pihak yang mahu mengeluarkan kenyataan dan melabelkan sesuatu golongan itu agar berhati-hati serta berdasarkan hujah yang kukuh dalam menyampaikan pandangan.

    “Kafir harbi ini merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh orang Islam, saya menegaskan istilah kafir harbi ini hanya timbul dengan sendirinya apabila wujud sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar.
    “Dalam konteks ini negara ini masih belum lagi memenuhi ciri-ciri sebuah negara Islam, justeru penggunaan istilah kafir harbi dan sebagainya tidak wujud,” katanya.
    Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik.
    Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.
    Sebelum ini, kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa’amah, dipetik Utusan Malaysia menyatakan bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi.
    TVS

    Terlepas hukuman walaupun mengaku salah merogol gadis bawah umur


    Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan.
    PUTRAJAYA – Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.
    Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman
    Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.
    Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma’ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.
    Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun 2009.
    Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis itu.
    Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 September tahun lepas yang membenarkan rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengikat jaminnya.
    Dia dibenar ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.
    Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara 2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand, April lalu.
    Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012.
    Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin.- Bernama

    Thursday, August 9, 2012

    Amalan-amalan Nabi SAW di 10 Malam Terakhir


    Amalan-amalan Nabi SAW di 10 Malam Terakhir

    Ø£ًلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ
    بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ

    Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

    Sahabat yang dirahmati Allah,
    Dari Abu Hurairah dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.

    Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:

    Pertama : Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman.

    Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah SAW dan melihat bahawa baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.

    Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.

    Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

    Kedua : Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

    Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud : “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

    Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi mereka bersepakat bahawa Rasulullah SAW melebihkan ibadahnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

    Ibadah yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud : “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”

    Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting sehingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.

    Baginda tidak akan melalui ayat-ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah SWT memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat-ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah SWT daripada azab itu.

    Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir bulan Ramadan sehingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata : “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apalagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

    Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasullah SAW  dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Muslim, bermaksud :”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

    Ketiga : Memperbanyak doa.

    Rasulullah SAW bersabda doa adalah otak segala ibadah. Doa juga kunci daripada semua ibadah. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.

    Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

    Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar itu adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Aishah. Doanya berbunyi : “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

    Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: "Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa 1. orang meminum arak, 2. anak yang derhaka kepada ibu bapa, 3. orang yang selalu bertengkar dan 4. mereka yang memutuskan silaturahim.”

    Pentingnya doa pada malam al-Qadar sehingga Syofyan al-Sauri berkata: “Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat.”

    Demikianlah amalan sebaiknya dilakukan pada malam itu.

    Semoga kita termasuk orang yang mendapat keberkatan malam itu hingga selepas Ramadan, seakan-akan anak yang baru lahir dari rahim ibunya, bersih daripada segala dosa.

    Sahabat yang dimuliakan,
    Marilah kita amalkan amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di 10 malam terakhir Ramadan semoga persediaan jiwa kita untuk memperolehi Lailatul Qadar akan dikabulkan oleh Allah SWT dan jadilah kita mukmin yang bersih dari segala kotoran dosa dan maksiat. Ingat pesanan Ibnu Abbas empat golongan doa mereka tidak diterima oleh Allah SWT dimalam Lailatul Qadar.

    Muhasabahlah diri kita, jika kita ada berdosa dengan ibu bapa segeralah minta ampun kepada mereka, jauhilah mereka yang suka bertengkar dan suka timbulkan perbalahan dan perpecahan dan juga hubungkanlah semula ikatan silaturahim jika kita ada memutuskan silaturahim dengan ahli keluarga atau saudara seagama.

    Wednesday, August 8, 2012

    Atlet berpuasa tetap menang emas di Olimpik 2012


    • ShareAtlet warga Britain yang berasal dari Somalia iaitu Mohammad Farah atau lebih dikenali dengan gelaran Mo Farah telah memenangi pingat emas acara larian 10,000 meter di Olimpik London 2012. Mo Farah berkata “Selama Ramadhan, saya berpuasa, meski hal itu bukan sesuatu yang mudah bagi olahr
    Mo Farah, Puasa Berbuah Medali Emas
    Rabu, 08 Agustus 2012
    LONDON – Mo Farah menciptakan sejarah baru saat mampu finis di urutan pertama nomor marathon 10 ribu meter putra. Pelari keturunan Somalia itu meraih medali emas dengan membukukan waktu 27 menit 30,42 detik. Adapun medali perak diraih pelari AS, Galen Rupp dan medali perunggu diperoleh Tariku Bekele dari Ethiopia.

    Sontak puluhan ribu penonton yang memadati Olympic Stadium, London, bersorak-sorai menyambut prestasi atlet tuan rumah tersebut.
    Pasalnya pencapaian Farah itu merupakan prestasi tertinggi Britania Raya di ajang Olimpiade. Dia mengungguli dua atlet Britania Raya sebelumnya, Mike McLeod dan Liz McGolgani yang merebut perak Olimpiade 1984 dan 1988.
    “Selama Ramadhan, saya berpuasa, meski hal itu bukan sesuatu yang mudah bagi olahragawan. Itu cukup menyulitkan saat saya harus berlatih keras,” ujar Farah. “Tapi saya tetap melakukannya. Hal itu berfungsi sebagai kontrol diri.”
    Sumber: Republika
    http://www.harian-metro-online.com/atlet-berpuasa-tetap-menang-emas-di-olimpik-2012
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...