Followers

Monday, June 4, 2012

Solat Gerhana


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betul kamu hanya menyembah kepada Allah." (Fussilat: 37)

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi kerana kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari) 

Nabi saw bersabda, "Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (matahari dan bulan mengalami gerhana), bersegeralah solat." (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Kitab al-Jumu’ah)

Solat sunat gerhana lebih utama dilakukan secara berjamaah di masjidnamun boleh juga dilakukan secara bersendirian di rumah.

Waktu solat ialah apabila ternyata gerhana telah berlaku dan berakhir apabila hilang gerhana.

Cara solat gerhana berbeza sedikit daripada solat biasa. Setiap rakaat, dua kali berdiri baca fatihah dan dua kali rukuk.




Beberapa link berkaitan panduan solat gerhana :

Tatacata solat gerhana 

Fenomena gerhana 


Kredit : Tazkirah 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...