Hukum Minum Berdiri
Islam
telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan
bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan
adab-adab ketika minum.
Permasalahan berkaitan minum berdiri ini telah
menyebabkan ulama berbeza pendapat mengenai hukum minum berdiri itu.
Hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat
oleh muslim iaitu:
Terjemahan: dari anas, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri.
Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab
minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771. Hadis ini
menjelaskan larangan yang berbentuk tegahan minum secara berdiri. Namun
ulama telah berselisih pendapat mengenai larangan minum berdiri ini. Ibn
qym berpendapat hukum minum berdiri ini adalah haram dan hanya
dibenarkan sekiranya terdapat halangan yang menghalangnya minum secara
duduk
Namun beberapa fuqaha seperti imam malik berpendapat laranagn ini telah dimansukhkan dengan hadis Ibn Abbas iaitu:
Terjemahan: dari Ibn Abbas berkata, aku memberi air zam-zam kepada
Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri( riwayat muslim).
Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab
minuman, bab minum air zam-zam berdiri, hadis ke 3776. Hadis ini
menunjukkan rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Imam
malik telah memansukhkan hadis yang pertama tadi dengan hadis ini yang
menunjukkan minum berdiri bukan haram. Perkataan nabi melarang minum
berdiri itu, menurut zahirnya larangan minum sambil berdiri itu. Tetapi
hadis ibnu abbas menunjukkan bolehnya minum berdiri. Al-Mazuri berkata,
orang-orang yang berselisih pendapat dalam masalah ini ialah jumhur yang
berpendapat boleh minum berdiri dan pendapat yang lain berpendapat
makruh.
Hadis dari anas merupakan hadis sunnah qauliyah manakala hadis dari
Ibn Abbas merupakan hadis sunnah fi’liyyah. Apabila kedua-dua hadis ini
bertembung, maka yang menjadi dasar hukum ialah hadis sunnah qauliyah,
manakala hadis sunnah fi’liyyah berperanan menafsirkan maksud sebenar
yang terkandung dalam hadis sunnah qauliyah tersebut. Ini bererti
tegahan pada hadis anas tadi bukan membawa maksud haram, tetapi makruh.
Nawawi berkata yang sebenarnya, larangan yang di maksudkan itu adalah
untuk kebersihan dan perbuatan nabi minum berdiri itu menjelaskan
bolehnya minum berdiri dan tidak haram.
Berdasarkan pada hadis yang menegah minum berdiri itu, dapat di lihat
mengapa rasulullah saw menegah kita minum berdiri. Di antara sebab di
larang minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak
Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi
kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di
dinding perut dgn tenang. Adapun minum berdiri menyebab cecair akan
jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau
perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut
akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga
dgn makanan.
Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri
ototnya menjadi tegang (strain) dan pada masa yang sama sisitem imbangan
pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan
terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan
dan berdiri tegak. Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan
sistem otot dlm satu masa yg menyebabkan manusia tidak mampu mendapat
kerehatan anggota. Kerehatan otot adalah syarat yg terpenting ketika
makan dan minum dan wujud ketika mana duduk. Apabila duduk maka sistem
saraf dan sistem otot dlm keadaan tenang dan sensation (rasa) akan
menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambahnya kemampuan
(ability) untuk menerima makanan dan minuman dan akan menyerap
(assimilation) makanan dengan cara yang betul. Namun demikian diharuskan
berdiri ditempat yg tak sesuai duduk sprti tempat yg terlampau sesak.
Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri,ini berdasarkan kepada
hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum air zam-zam berdiri.
Persoalannya di sini, mengapa rasulullah minum air zam-zam dalam
keadaan berdiri. Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida
yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium
dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi
saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh
meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan
mengurangkan pedih ulu hati. Jadi inilah sebab rasulullah minum air
zam-zam berdiri supaya air tersebut cepat dapat meneutralkan asid yang
terhasil dalam perut.
Keajaiban Air Zam-Zam
Selain
itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan
makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium
menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah
yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang
meminumnya dan memberi ketahanan anbodi kepada orang yang meminumnya. Di
sini saya tunjukkan perbandingan unsur-unsur yang terdapat di dalam air
zam-zam dengan air mineral:
PERBANDINGAN UNSUR KIMIA:
Antara air ZAM ZAM ( Mg/l ) ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,dan air MINERAL
* Klorida (cl) 159,75 ,………………………………………………..Mineral : 30
* Sulfat (SO24) 140 ,………………………………………………..Mineral : 27
* Nitrat (NO3) – ,…………………………………………………….Mineral : 15
* Nitrit (NO2) 0,045 ,………………………………………………..Mineral : -
* Bikarbonat (HCO3) 398,22,…………………………………………Mineral : 32
* Flour (F) – ,………………………………………………………..Mineral : 0,7
* Besi (Fe) tak terdeteksi …………………………………………..Mineral : 0
* Mangan (Mn) 0,014…………………………………………………Mineral : -
* Natrium (Na) 318,0 ,……………………………………………….Mineral : 20
* Kalium (Ca) 182,2 …………………………………………………Mineral : 3
* Zat Padat Terlarut (TDS) 858 ,…………………………………….Mineral : 170
* Magnesium (Mg) 6,86………………………………………………Mineral : 5
* Zat Organik 2,79-………………………………………………….Mineral : -
* Jumlah Mikro Organisme (TPK) 38 kolom/ml -…………………….Mineral : -
* PH 7,3……………………………………………………………..Mineral : 7,2
Jadual di atas kita dapat lihat perbezaan yang sangat ketara di
antara unsur-unsur yang terdapat dalam air zam-zam dengan unsur yang
terdapat dalam air mineral, air zam-zam mempunyai kualiti yang sangat
tinggi dan tidak dapat di tandingi oleh mana-mana air.
Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri
satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini
yang mana kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada orang bukan
Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari
Universiti Malaya).
Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun.
Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa “slide”
ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian.
Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut,
perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul
air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi
samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk
dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu
berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa
molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air
yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk
molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian
(bersegi-segi) ,bersinar- sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna
yang menarik melebihi 12 warna.
MasyaAllah, cantiknya. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara
kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”. Hadirin semua senyap, dan
kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa
itu adalah sampel air zam-zam”. Profesor berkenaan memanggil Pensyarah
tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak
berkata air itu adalah air zam-zam.
“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab
Pensyarah. Profesor berkata ”Saya tak tahu samada betul atau tidak air
zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat
mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu
mereka membuat “experiment” bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat
menpengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki
membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang
”volunteer” bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca.
Bila ditunjukkan diskrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah
seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yang buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat
dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan
berkilau-kilau. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang
ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molekul air berupa
seperti sel-sel barah.Subhanallah. …. daripada ceramah yang Ustaz
sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini
adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :
“
Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika
hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air
itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”
Ahli sains Jepun mengakui setitik air zam-zam memiliki khasiat lebih
dari seribu titik dari air biasa.Walaupun telah diolah dengan pelbagai
cara dan dengan peralatan yang canggih tetapi tetap tidak dapat
menandingi khasiat yang terdapat pada air zam-zam. Air zam-zam adalah
berkhasiat, berkat, bersih dan Penawar paling mujarab anugerah Allah
S.W.T
Telaga
Zamzam ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di
Makkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam. Telaga
zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di
Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air
zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.
Telaga
zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter.
Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter. Ujian
mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam
menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan
kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9
meter selepas 11 minit.
Selain
itu diantara kelebihan air zam-zam ialah apabila peminumnya berniat
menjadikannya sebagai penawar nescaya allah akan menyembuhkannya atau
dengan niat untuk mendapatkan pertolongan nescaya allah akan menolong.
Oleh sebab inilah rasulullah telah mengajarkan beberapa kaedah dan doa
apabila hendak minum air zam-zam ini supaya mendapat keberkatan dari
allah.
Air zam-zam juga mempunyai kelebihan dimana mata airnya tidak pernah
kering, walaupun berjuta-juta umat manusia meminumnya setiap hari
terutamanya pada musim haji, bahkan pada masa kini dengan peralatan
canggih orang yang berada di masjid nabawi yang jaraknya 450km dari
mekah dapat meminum air zam-zam setiap saat dan ianya tidak pernah
berkurang apatah lagi kering. Ini menunjukkan keistimewaan yang terdapat
pada air zam-zam.
Di bawah ini (kanan) saya tunjukkan bukti hasil kajian Dr Emoto. Ini merupakan molekul yang di hasilkan oleh air zam-zam.
Cuba
teliti gambar ini,jelas menunjukkan molekul air zam-zam ini berkilau
sperti Kristal dan sangat menarik. Ini menunjukkan keistimewaan dan
kelebihan yang terdapat pada air zam-zam ini. Molekul ini sangat menarik
dan bercahaya.
Selain itu menurut Dr Emoto bahawa, kata-kata atau ucapan juga dapat
mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Molekul air berubah
mengikut apa yang diucapkan oleh manusia. Profesor Jepun ini telah
mengkaji struktur air yang diucapkan dengan beberapa perkataan seperti
‘arigato-khozaimas’, ‘Thank You’, ‘I am sorry’, ‘Go to the hell!’, lirik
lagu Linkin Park, dan beberapa lagi termasuk alunan surah Yaasin.
Selepas air didedahkan dengan perkataan yang dipilih, strukturnya
dianalisa menggunakan mikroskop. Hasilnya air yang dianalisis
menunjukkan struktur yang amat menarik. Perkataan yang sopan
menghasilkan struktur air yang cantik, sejuk mata memandang dan lebih
teratur. Sebaliknya imej air yang kotor dan menjijikkan terhasil apabila
terdedah kepada perkataan biadab. Di sini saya akan menunjukkan
beberapa hasil gambar molekul yang telah di kaji.
Ini diantara bukti kajian yang dilakukan oleh Dr Emoto:
Gambar diatas kita dapat melihat perbezaan yang ketara kedua-dua
molekul air tersebut, air yang diucapkan dengan perkataan yang baik
menghasilkan struktur yang cantik dan menarik tetapi sebaliknya berlaku
kepada air yang diucapkan dengan perkataan biadap.
Bebarapa contoh air mineral , air paip dan air yang telah di tapis di
uji dengan alat water Electrolysis tester bagi menguji tahap
kebersihannya.
Setelah di uji, di dapati air-air tersebut masih terdapat kekotoron yang tidak nampak (sebelum di uji).
Tetapi setelah di uji beginilah hasilnya.Hatta, air yang sudah di
tapis dengan penapis berjenama pun tidak berkesan.( masih terdapat
kekotoran )
Apabila di uji kepada air zam-zam ini, subahanallah, tidak sampai 5 saat,water Electrolysis tester meletup dan fiusnya terbakar.
Ini menunjukkan air zam-zam tidak lagi dapat di pertikaikan kesuciannya.
Jadi inilah hikmah kita di tuntut membaca bismillah dan doa ketika
hendak makan atau minum, supaya kita mendapat keberkatan dari allah.
Molekul-molekul air ini akan mempengaruhi apa yang kita ucapkan.
Jadi kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah hendaklah kita duduk
kita hendak makan atau minum kerana ia membawa lebih banyak kebaikkan
kepada manusia. Tetapi minum berdiri bukanlah membawa maksud haram Cuma
makruh mengikut beberapa pendapat dan mengikut jumhur ianya di bolehkan.
Selain itu,kita hendaklah membaca bismillah dan doa semasa hendak makan
atau minum supaya mendapat keberkatan dari Allah.
Dapat juga di simpulkan di sini bahawa air zam-zam itu mempunyai
banyak keberkatan dan kelebihan padanya, dan ianya merupakan air yang
paling mulia, padanya mempunyai banyak khasiat dan keberkatan dari
allah. Jadilah kita haruslah mengikut apa yang telah di anjurkan oleh
Rasulullah ketika hendak minum air zam-zam supaya kita memperoleh
barakah daripadanya.
Kredit : http://darululumonline.wordpress.com/2011/03/14/hukum-minum-berdiri-dan-keajaiban-air-zam-zam/