HUZAIFAH IBNU YAMAN: PENYIMPAN RAHSIA NABI
Huzaifah bin Al-Yaman antara sahabat nabi yang sangat masyhur. Bapanya
bernama “Husail bin Jabir Al-‘Absi Al-yamani”. Beliau merupakan “sohib
As-Sir” atau penjaga rahsia nabi SAW.
Memandangkan beliau
adalah manusia yang disebut sebagai “penjaga rahsia nabi SAW”,
menyebabkan banyak nama-nama para munafiq berada ditangan beliau.
Semuanya ini disebabkan kepercayaan yang diberikan oleh Nabi kepada
beliau.
Pernah suatu hari, Omar bin Al-Khattab bertanya kepada
Huzaifah, apakah nama beliau antara yang tersenarai sebagai orang
munafiq. Lalu dijawab oleh Huzaifah, bahawa Omar bukan dari kalangan
mereka[1].
Disebabkan beliau menyimpan rahsia-rahsia nabi, menyebabkan beliau pernah menyebut;
والله إني لاعلم الناس بكل فتنة هي كائنة فيما بيني وبين الساعة
Maksudnya;
“Demi Allah, sesungguhnya aku adalah manusia yang paling banyak
mengetahui dengan setiap fitnah yang akan berlaku diantaraku dan hari
kiamat”
Beliau diberikan kelebihan oleh Allah, bahawa mempunyai
firasat yang sangat tinggi, sehinggakan beliau mampu menafsirkan wajah
manusia tentang apa yang terkandung dalam hati mereka.
Antara
kehebatan firasat Huzaifah adalah, boleh dikatakan, permukiman Kufah
adalah dibuka oleh Huzaifah. Ini kerana, ramai dari pemukiman Kufah
berasal dari Madyan yang ketika itu ditimpa penyakit yang tidak
diketahui punca.
Bagi memastikan pemindahan itu tidak membawa
penyakit, terlebih dahulu Omar bin Al-Khattab menghantar Huzaifah bin
Al-Yaman untuk menyelidiki keadaan di situ. Huzaifah pergi ke tempat
tersebut bersama seorang kawannya, iaitu salman bin Ziyad.
Sesampai di kufah yang ketika itu adalah padang pasir yang kosong.
Menghirup udara disitu, terus difirasatkan oleh Huzaifah sebagai tempat
yang tidak ada penyakit, menyebabkan disitulah bermulanya permukiman
orang arab Madyan tinggal di Kufah.
Bapa beliau yang bernama
Husail bin Jabir Al-‘Absi Al-Yamani juga beragama islam, beliau syahid
dalam peperangan uhud ekoran tersilap bunuh oleh salah seorang sahabat
nabi kerana menyangka ianya adalah musyrik. Huzaifah merasa sedih dengan
kejadian tersebut.
Berita pembunuhan tersilap itu dikhabarkan
kepada Nabi Muhammad SAW, menyebabkan Nabi SAW dibayar diyat kepada
Huzaifah. Bayaran Diyat itu diterima oleh Huzaifah, tetapi tidak
digunakan untuk kegunaan peribadinya, bahkan dibahagikan kepada kaum
muslimin. Keadaan inilah, menyebabkan baginda SAW bertambah sayang
kepada huzaifah.
Mempunyai ketaatan kepada rasulullah terlalu
tinggi, hatta sanggup menggadaikan nyawa. Pernah berlaku dalam kejadian
peperangan Ahzab (nama lain : Khandak), Nabi SAW melantik beliau menjadi
pencari rahsia kuffar dengan menyelinap masuk bagi menyelidiki dan
mengetahuai rahsia yang wujud dikalangan tentera kuffar. Kerja itu
adalah berat, tetapi diterimanya dengan hati terbuka.
Semasa
sedang menuju secara sembunyi-sembunyi ke tempat kumpulan Kuffar itu,
dengan pertolongan Allah, angin kencang datang menyebabkan api pelita
terpadam.
Dengan terpadamnya api pelita yang mengakibatkan
kegelapan, diambil kesempatan oleh Huzaifah untuk masuk dalam
perkumpulan tentera kuffar.
Abu Sufyan sebagai panglima perang
kuffar bimbang perkumpulan mereka dimasuki musuh, menyebabkan
mengarahkan agar tentera itu memegang tangan kawannya masing-masing,
lalu bertanya nama.
Mendengar arahan itu, huzaifah dengan cepat memegang tangan orang kelilingnya lalu bertanya tentang nama mereka.
Dalam keadaan gelap itu, kedengaran suara Abu Sufyan menyebut bahawa
puak Yahudi Quraizah telah mengkhianati mereka menyebabkan mereka
terpaksa berundur, lebih-lebih lagi dengan kedatangan angin tiupan yang
terlalu kuat sehingga memporak perandakan kekuatan pertahanan mereka.
Huzaifah meninggal dunia di Madyan (sekarang : Lubnan) pada tahun 36
hijriyyah dalam umur yang terlalu tua. Beliau meninggal dunia selepas
mendapat berita pembunuhan terhadap Saidina Osman bin Affan.
Semasa hampir dengan saat meninggal dunia itu, dia meminta agar
sahabat-sahabat menunjukkan kepadanya kain kafan yang digunakan untuk
mengkafankannya. Apabila dibawa kepadanya, dilihat kain itu jenis yang
elok, lalu diminta agar kain yang untuk dikafankannya itu bukan kain
yang jenis mahal.
Semasa saat dia mahu menghembuskan nafasnya yang terakhir, para sahabat terdengar ucapannya seperti berikut;
“selamat datang wahai Maut; kekasih tiba di waktu rindu; hati bahagia tak ada keluh dan sesalku”
Sila lihat video di bawah
1 comment:
👍
Post a Comment