Followers

Wednesday, November 28, 2012

BM-Premium A IP BM-Premium B IP BM-Premium C IP BM-Premium D IP | Print | Pejuang Syria tembak jatuh helikopter tentera

Terjemahan Mohamad Yahya, 28 Nov 2012



(Helikopter tentera Syria ditembak jatuh oleh pemberontak)


SYRIA: Pejuang Syria berkata mereka telah menembak jatuh sebuah helikopter tentera dengan peluru berpandu darat ke udara untuk kali pertama ketika ia membedil pangkalan yang dikepung di barat laut negara.

Tembakan tersebut dilancarkan di pangkalan strategik Suleiman Sheikh, 25km barat dari Aleppo, garison terakhir kerajaan antara bandar kedua Syria dan sempadan Turki.

Ia adalah kali pertama laporan tentang pejuang menembak jatuh helikopter dengan peluru berpandu darat ke udara.

Video klip yang diberikan oleh aktivis di YouTube menunjukkan pejuang Syria menjerit: "Kami menembaknya, Allah Maha Besar!," ketika sebuah helikopter menjunam ke tanah dalam bola api.

Sementara itu, di Damsyik, pejuang menentang tentera kerajaan dalam kejiranan Kfar Souseh, di pinggir ibu negara.

Pertempuran juga telah dilaporkan di kawasan kejiranan Bab Amr di bandar Homs, kawasan yang telah ditakluki oleh tentera kerajaan Februari lalu.

Selasa lalu, jet kerajaan melepaskan bom tong gas - silinder yang penuh dengan bahan letupan dan petrol - di Abu Hilal, 2km ke barat dari bandar Idlib, lapor aktivis Tareq Abdelhaq.

Abdelhaq berkata sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan 50 lagi cedera. Mangsa adalah orang awam, menurut aktivis, yang menyatakan bahawa pejuang berada di kawasan tersebut.

Pejuang telah menawan sekurang-kurangnya lima bangunan tentera dan tentera udara dalam tempoh 10 hari lepas, menambahkan tekanan ke atas tentera Presiden Bashar al-Assad di wilayah utara Aleppo dan Idlib dan rantau minyak timur Deir al-Zor.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...