Followers

Wednesday, November 28, 2012

Pengolakan Di Mesir - Apa Yang perlu Anda Tahu

KRONOLOGI PERGOLAKAN DI MESIR TERBARU]

22 November 2012 | Khamis :

Dr Morsi telah membuat 6 keputusan besar yang menakutkan saki baki rejim Mubarak dan sekular serta anti Islam :

1) Memutuskan semua kes-kes mahkamah berkaitan pembunuhan penunjuk perasaan dibicarakan semula.

2) Semua keputusan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Presiden adalah muktamad dan automatik terlaksana serta tidak boleh dibantah di mana-mana mahkamah.

3) Apabila terdapat anasir yang mengancam Revolusi 25 Januari atau kehidupan rakyat atau kesatuan negara atau keselamatan tanahair atau merosakkan institusi negara dari meneruskan tanggungjawabnya, maka Presiden perlu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi berhadapan ancaman ini berdasarkan lunas undang-undang.

4) Melanjutkan tempoh bagi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dari 6 bulan kepada 8 bulan dan tidak boleh mana-mana pihak membubarkan Dewan Senat atau Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan.

5) Presiden berhak melantik Peguam Negara dari kalangan anggota badan kehakiman selama 4 tahun yang dikira bermula dari tarikh perkhidmatannya dan meletakkan syarat umurnya tidak kurang 40 tahun dan ia berkuatkuasa kepada Peguam Negara yang baru.

6) Mursi melantik Tala'at Ibrahim Muhammad Abdullah sebagai Peguam Negara yang baru menggantikan Abdul Majid Mahmoud selama 4 tahun.

#Jika diamati, keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh Dr Morsi adalah bertujuan untuk mengeluarkan semua saki baki fulul (pro rejim Mubarak) daripada 'membuat kacau' sekaligus menjaga revolusi 25 Januari.


23 November 2012 | Jumaat:

- Berlaku Dua perhimpunan utama di Kaherah selepas Solat Jumaat iaitu antara penyokong dan pembangkang keputusan Presiden Mursi. Kumpulan rakyat yang menyokong keputusan Mursi telah berhimpun di hadapan Istana Ittihadiyah dan Kumpulan rakyat pembangkang Mursi pula berhimpun di dataran Tahrir.

- Jumlah mereka yang berhimpun yang menyokong keputusan Dr Mursi jauh lebih ramai berbanding mereka yang membangkang.

- Dr Morsi menjelaskan sebab beliau menggunakan kuasa istimewa Presiden Republik adalah bertujuan untuk menyekat ancaman-ancaman dan perancangan jahat fulul saki baki rejim Mubarak.

- Dalam masa yang sama, pembangkang Morsi terus menerus menggelar Dr Morsi sebagai "Diktator" , "bayangan Mubarak" dan lain-lain gelaran melalui lidah-lidah akhbar mereka.

- Antara laungan yang kedengaran dari pembangkang Dr Morsi ialah "Jatuh, jatuh kerajaan Mursyid" (Mursyid merujuk kepada Syeikh Badi', Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin)

- Pejabat-pejabat rasmi Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dan Pejabat Ikhwan Muslimin mula menjadi sasaran. Pejabat FJP Cawangan Iskandariah diserang dan dibakar oleh kumpulan Pejuang Kebebasan Arab Mesir yang anti Islam dan anti Ikhwan Muslimin. (sebahagian besar ahli dan petugas Ikhwan Iskandariah ketika itu menghadiri himpunan di kediaman Mursi di Istana Ittihadiyah, Kaherah)

- Dr.Mohammad Mahsub (Menteri Undang-undang Mesir) mengulas mengenai tindakan kumpulan yang menentang keputusan Dr Mursi sekalipun keputusan tersebut membawa kebaikan kepada negara dan rakyat. Kumpulan penentang ini masih menganggap diri mereka pembangkang kerana berada di bawah rejim Mubarak terlalu lama.

katanya lagi "Rakyat Mesir hidup terlalu lama dalam kezaliman, lebih 30 tahun. Waktu itu mereka adalah pembangkang kepada kerajaan. Hari ini, mereka terus menganggap diri mereka pembangkang kepada kerajaan Mursi sedangkan Mursi telah memberikan peluang kepada semua lapisan masyarakat dan parti politik..Dalam Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan, dalam Parlimen."


24 November 2012 | Sabtu :

- Siri-siri serangan ke atas pejabat FJP terus berlaku.

- Pejabat Ikhwan Muslimin di 'Ain Syams diserang dengan molotov oleh pihak yang tidak diketahui yang menyebabkan kebakaran pada pejabat tersebut. Penduduk tempatan berusaha memadamkan kebakaran.

- Pejabat FJP di Jalan Jisr Suez, Alfu Maskan kira-kira 500 meter dari pejabat Ikhwan yang dibakar sebelum itu turut diserang.

- PORT SAID, beberapa orang pemuda dari Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) menyerang pejabat FJP wilayah.

- Di Damanhur, wilayah Buhaira para penyokong Mursi berjaya memberkas 5 orang kumpulan samseng upahan membawa senjata tajam dan molotov cuba menyerang Pejabat Ikhwan Muslimin wilayah

- Abul 'Izz Hariri, seorang Ahli Parlimen Mesir dari Parti Sosialis Rakyat, berhaluan kiri telah ditangkap sewaktu membayar upah kepada kumpulan samseng bagi membakar pejabat dan markaz Ikhwan Muslimin di Iskandariah.
Beliau antara 13 calon yang bertanding Presiden Mesir pada pusingan pertama semasa Pilihanraya Presiden yang lalu.

- Peguam Negara yang baru, Tala'at Ibrahim memulakan tugas hari pertama hari ini, Sabtu dengan pertemuan dengan anggota Jabatan Pendakwaraya Negara. Beliau berjanji akan kembali membicarakan Mubarak serta orang kanannya terdekat di "mahkamah revolusi".

Selepas pelantikan Peguam Negara baru Khamis lalu, kerajaan Mesir menyenaraikan nama-nama kroni Mubarak serta bekas-bekas menteri dalam senarai mereka yang dilarang ke luar negara.

- sekumpulan pemuda dipercayai dari Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) dan gerakan kebangsaan menyerang pejabat Ikhwan Aswan. Mereka memecahkan pintu pagar besi bangunan dan mengoyak poster dan iklan yang ditampal sambil melaungkan cercaan kepada Ikhwan dan parti FJP.

- Pusat Operasi laman web Ikhwanonline diserang dan dibakar menyebabkan kemusnahan kepada pintu masuk pejabat

- Kelab Hakim wilayah Iskandariah memutuskan untuk menggantung kerja di semua kompleks hakim di Iskandariah sebagai protes keputusan Mursi.

- Kelab Hakim Mesir sekarang mengadakan Mesyuarat Khas Tergempar bagi membincangkan keputusan Presiden Mursi Khamis lepas.

- Puluhan anggota parti aliran sekular/liberal dan gerakan kebangsaan meneruskan perkampungan di Tahrir meminta Mursi menarik balik keputusan yang dibuatnya Khamis lalu.


25 November 2012 |Ahad :


- GAGAL! Walaupun Kelab Hakim Mesir mengumumkan untuk menggantung kerja di seluruh kompleks mahkamah di Mesir sebagai bantahan keputusan Presiden Dr.Mursi, hakikat yang berlaku pada hari ini agak berbeza.

- Keputusan yang diumumkan oleh Presiden Kelab Hakim Mesir, Ahmed Az-Zindi (yang terkenal dengan orang Mubarak) semalam yang mengugut jika Mursi meneruskan keputusannya, seluruh hakim dan peguam akan memulakan mogok seakan-akan tiada sambutan dengan, para hakim dan kakitangan pendakwaraya di wilayah-wilayah menjalankan tugasan seperti biasa hari ini.

- Ratusan peguam berhimpun di hadapan Kompleks Mahkamah Iskandariah menolak keputusan Kelab Hakim wilayah tersebut.

- Mereka turut mengecam Az-Zindi yang bagi mereka adalah 'tali barut' kepada Mubarak dan bekas Peguam Negara, Abdul Majid Mahmoud. Turut dikecam pendirian Presiden Kelab Peguam Mesir, Samih 'Asyur yang turut menyokong pendirian Az-Zindi.

- Islam Mas'oud berumur 15 tahun, telah dibunuh oleh samseng yang dibayar ketika mempertahankan markaz Ikhwan Muslimin di Damanhur. Terdapat lebih 60 kecederaan. Selama dua hari berturut-turut ketika serangan berlaku, tiada langsung kawalan daripada pihak keselamatan.

- Puluhan ribu rakyat Mesir keluar ke jalan-jalan raya selepas Isyak bagi menyokong keputusan yang dibuat oleh Presiden mereka, Dr.Mursi, Khamis lepas.

- lebih 10,000 rakyat keluar berhimpun di Iskandariah di halaman Masjid Qaid Ibrahim dan mengecam tindakan kumpulan samseng yang membakar Pejabat FJP Iskandariah (Jumaat lalu), yang terletak dekat masjid tersebut


26 November 2012 | Isnin :


- Pemimpin beraliran sekular Mesir, Dr.Mohammad Barad'ie semalam meminta Amerika masuk campur bagi menghalang Presiden Dr.Mursi meneruskan keputusannya Khamis lalu

- Dr.Mohammad Barad'ie antara pengasas Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) yang kini pemuda mereka menggunakan kekerasan dan membakar pejabat Ikhwan di seluruh negara.

- Pejabat Utama Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) di Jalan Al-Bahr, bandar Tanta hari ini pula diserang dengan batu oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali antara 40 hingga 50 orang.

- Pakatan kumpulan Islam (Gabungan Ikhwan Muslimin, parti FJP, Parti Nur, Jamaah Islamiyah dan Gerakan Salafiyah) yang bercadang mengadakan himpunan menyokong Mursi esok di hadapan Universiti Kaherah memutuskan untuk menangguhkan himpunan kepada satu tarikh yang belum ditentukan setelah melihat situasi politik semasa yang melanda negara.

- Gabungan kebangsaan Mesir bersama-sama parti-parti politik beraliran sekular dan liberal tetap meneruskan himpunan di dataran Tahrir.Mereka telah berkampung di Tahrir sejak Jumaat lepas dan bilangan penyokong mereka dijangka bertambah.


27 November 2012 | Selasa :


- Hamdin Sobahi berkata, parti-parti sealiran dengannya akan berkampung dan meneruskan tekanan serta protes sehingga Mursi 'kembali berundur' dengan membatalkan keputusan yang dibuatnya Khamis, 22 November lepas.

- Malam, berlaku pertempuran yang dahsyat antara pemuda Ikhwan Muslimin dengan kumpulan samseng di bandar Mahalah Kubra, wilayah Gharbiyah.

- Dilaporkan Seramai 200 pemuda Ikhwan Muslimin Muhafazah Gharbiyah mengalami kecederaan, dan dikatakan 4 daripada mereka mengalami kecedaraan yang kritikal.

- Serangan dilakukan oleh samseng upahan fulul Parti Watan dan dari sebahagian golongan kiri revolusi Mesir yang diketuai oleh Hamdy Fakhrani. Serangan dilakukan ke atas Markaz Ikhwan Muslimin dan Markaz FJP bandar Mahalla.

- Mangsa kecederaan kritikal dipindahkan ke Hospital Universiti Tanta, Hospital Mahalla Am, dan beberapa hospital swasta di bandar Mahalla.

- Dengan ketiadaan pasukan polis, pemuda pemuda Ikhwan Muslimin seakan menjadi perisai perisai hidup mempertaruhkan nyawa mereka untuk menjaga keselamatan ibu pejabat Ikhwan Muslimin dan FJP.


#Teruskan berdoa untuk kesejahteraan Mesir dan kepimpinan Dr Morsi dalam menegakkan Islam di bumi nil ini. Ini adalah perjuangan antara Islam dan Kuffar! antara Haq dan Bathil! Perjuangan ini tidak mudah, anak-anak fir'aun masih ramai berkeliaran membuat onar.

Mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang!


Sumber :
Abdul Malik
R.N.N
Ikhwan Online
Page FJParty
Page "Ikhwan Muslimin" Tarbiyah Jihad dan Dakwah
Page Ikhwan Muslimin
Page Ikatan Ikhwan Muslimin Sedunia

VIA IKRAM Mesir 2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...