Followers

There was an error in this gadget

Monday, November 26, 2012

Al-Qaradhawi Menyokong Perintah Presiden Mesir


Al-`Allamah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi – Ketua Kesatuan Ulama Sedunia menyatakan sokongan kepada Presiden Mesir, atas perintah baru yang dikeluarkan.

Al-Qaradhawi menyifatkan pendirian Presiden :
“Pendiriannya adalah seperti seorang pahlawan yang tidak takut kepada orang-orang mahir. Bahkan, dia hanya melakukan tindakan yang dituntut oleh masyarakat dan diperlukan oleh masyarakat.”

Dalam Khutbah Jumaat yang sama di Doha, beliau turut menyatakan pujian yang sama atas pendirian Mesir dalam pencerobohan Israil baru-baru ini di Gaza.

Dalam perintah yang dikeluarkan oleh Presiden Mesir Khamis lalu, perintah menyatakan pemecatan Peguam Negara yang mengikut sistem kerajaan dahulu. Kemudian, perintah tersebut menggantikan Tala`aat Abdullah sebagai Peguam Negara. Begitu juga, perintah menambah dua bulan lagi bagi menyempurnakan Perlembagaan.

Syeikh Al-Qaradhawi berkata bahawa; Perlembagaan yang dibentuk oleh Majlis Perlembagaan di Mesir sekarang ini dipenuhi dengan akta-akta yang menarik, yang tiada pada perlembagaan lain. Di dalamnya akta-akta yang disepakati oleh semua.

Beliau mengkritik perlembagaan lama :

“ (Perlembagaan lama) tidak mengandungi perkara yang menekankan kepentingan iman kepada Allah. Kita ini bukanlah ateis (tiada agama). Kita semua(di mesir) adalah orang Islam atau orang kristien. Kita semua beriman kepada Allah.”

Al-Qaradhawi juga mengkritik mereka yang menolak perlembagaan ini :

“Di sana terdapat manusia yang tidak mahu menerima kebenaran. Bahkan, yang tidak menerima itu adalah hawa nafsu. Hawa nafsu mereka sendiri, atau hawa nafsu dari orang sekeliling mereka.”

Beliau juga menasihati rakyat Mesir :

“Tidak boleh bagi rakyat Mesir untuk saling berlawan antara mereka. Bahkan, hendaklah mereka semua bersatu sepertimana gigi-gigi yang tersusun sama, setiap darinya menyukai antara satu sama lain, dan hormat menghormati sesama mereka.”

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berdoa kepada Allah semoga rakyat Mesir bersatu dalam satu kesatuan.

Seterusnya, khutbah tersebut diteruskan dengan berbicara tentang ayat-ayat Al-quran. Ia dipenuhi dengan isi kandungan yang berbicara tentang pemerintah menurut Al-Quran.
__________
Penterjemah : Syihabudin Ahmad
Rujukan Arab : http://www.iumsonline.net/ar/default.asp?menuID=26&contentID=5247

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...