Followers

Tuesday, April 26, 2011

Kisah azab mayat seorang polis Melayu

Salam,
gambar hiasan
Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.
Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut.
Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.
Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.
Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa.
Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu.
Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri.
Cintai Allah, Cintai Islam.
Moral cerita:
1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.
2. Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata menurut kehendak tuannya. Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan begitu.
Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.
Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak. Fikir-fikirkan.Ummu Abbas-keranacinta
Wassalam



7 comments:

Cikrosecute said...

Salam...

Takutnya...Mesti azab di dalam kubur...

Nauzzubillah...

AL AZRUL said...

doakan agar iman kita sntiasa teguh di sisi Allah SWT... dn doa elakkan dri bnda2 yg dilarang oleh Allah...Insyaallah...

berubah, kerana cintakan Allah SWT...
http://alazrul.blogspot.com/2011/06/mencari-cinta-allah-adalah-satu.html

riz said...

Betul..jangan zaman sekarang tidak kira golongan sama Ada berpendidikan agama @ tidak, sering melakukan kekhilafan. Malah seorg yang bergelar ustaz juga Akan melakukan kekhilafan..berdasarkan pengalaman saya nak kongsi ceti ada seorg ustaz di sebuah sekolah menengah bercouple ngan sorg awek non Muslim dan malah arak menjadi minuman biasa baginya..tetiba tak datang mengajar dan tak lama lpas tu dengar berita jatuh sakit dan kini dia lumpuh tak boleh berjalan lagi...di manakah silapnya adakah Dari titlenya,,? Sudah tentu tidak...moga2 kita sama2 mendapat petunjuk dariNya..

Gemparkzz said...

funny thing is that... tattoo is actually forbidden in Christianity

hafeezhusaini said...

"2. Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata menurut kehendak tuannya. Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan begitu."

statement 2 mcm refer to semua polis.. x adil mcm 2.. cuba ubah sket.. mmg dh cover dgn tulis x smua polis mcm 2 tp ayt inilah tahap polis melayu mcm bwk mksud len.. mcm xpuas ati personal...

Unknown said...

Cerita ni macam tak logik...takkan la dia sorang je yg perasan tattoo tu..yang lain yang mandi kan, kapan kan tu buta ke ape? Ini sebenarnya cerita asal yang remaja di arab yang tak solat tu..selepas tu kuburnya di gali kembali..cerita asal tu siap ada gambar lagi..

Rasa nya cerita ni dah di olah2, smpai kan buat kesimpulan yg tak adil utk semua polis...tak guna kalau tulis cerita utk nk bg keinsafan tp kat dalamnya ada unsur2 fitnah yg pukul rata semua polis itu jahat.

Unknown said...

“Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut!!!!


bkan ye ap yew????
cube pihak berkenaan baca ulasi ayat di atas??
ap yg salah sbenar ye...
jgn salh mate ke mate ye...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...