Followers

Monday, April 18, 2011

Perjalanan Fahima mencari Islam

Wawancara ini diterbitkan pada 13/06/2010
Sumber Pls48


Klip video (youtube)

Keputusan genting yang diambil tidak kurang dalam masa dua tahun telah menentukan dia mempelajari dan mendalami agama suci ini dari beberapa pendakwah.

Mengenali Islam, hukum-hakamnya dan juga mempelajari tentang aqidah serta perundangan malah turut cuba memahami makna-makna Al-Quran. Setiap pertemuannya dengan pendakwa-pendakwah mesti mahu lagi mempelajari tentang Islam bagi membandingkan dengan agama-agama lain.

Kesudahannya, Tali Fahima(gambar pls48) membuat keputusan memeluk Islam.

Asal-usul Tali Fahima:

Berasal dari Yahudi Maghribi. Fahima dilahirkan pada 8 Februari 1976 di bandar kecil Fallujah Palestin " كريات جات ". Pada tahun 2002, Fahima mengikuti perkembangan gerakan penentangan Palestin. Lantas Fahima mengenali Zakaria Zubaidi, komander KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera FATAH) di Jenin yang ditangkap agensi perisikan Israel "SHABAK atau ISA" pada 9 Ogos 2004 selama empat bulan dan dihukum penjara selama tiga tahun atas dakwaan bekerjasama dengan musuh serta memberikan maklumat sulit yang menyalahi undang-undang antarabangsa.

Sekarang, Fahima menetap di kawasan Wadi Arah dan bekerja di bandar Ummu Fahm. Sumber menyatakan, Fahima beralih(memeluk) kepada agama Islam yang suci ini pada hari Isnin, 7 Jun 2010.

Siapa Tali Fahima?

بسم الله الرحمن الرحيم, saya seorang wanita muslim.

Kenapa kamu memilih waktu ini bagi mengumumkan pengislaman kamu? Adakah ia berhubung kait dengan kejadian yang terjadi baru-baru ini?

Ini adalah takdir Allah, namun saya tidak menolak bahawa peristiwa yang terjadi akhir-akhir ini iaitu operasi lanun yang dilakukan tentera Israel turut membuatkan saya terus memeluk agama yang mulia ini, malah saya percaya bahawa hari kiamat telah hampir. Dengan sedemikian, saya telah membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan Allah sebelum tibanya kiamat.

Bilakah kali pertama kamu terfikir mahu memeluk Islam?

Ketikamana saya berada di Jenin, saya hanya melihat kekejaman penjajah dan tidak terlintas dan cenderung ke arah agama Islam. Perkara yang membuatkan saya cenderung kepada agama Islam setelah mana saya melihat seorang laki yang cukup mulia, iaitu Syeikh Raed Salah.

Gambar: Fahima membelakangi skrin komputernya yang memaparkan background desktop gambar Syeikh Raed Salah, ketua Gerakan Islam Palestin dalam garisan 1948.

Tidak ada seorang pun orang Islam yang saya melihat sebelum ini membuatkan saya terkesan dan berfikir kepada agama Islam, sehinggalah saya menemui Syeikh Raed Salah yang tawaddhuk dan istimewa dari yang lain. Keperibadian beliau sentiasa memanggil saya ke arah Islam tanpa dia berucap satu kalimah tentang Islam kepada saya. Maka, sudah tentu saya mengenali agama ini yang mencorak keperibadian mulia sepertimana yang ada pada Syeikh Raed Salah.

Setelah kamu melihat dengan lebih mendalam ke agama Islam, apakah asas yang terdapat dalam agama ini yang menjadikan kamu ingin berada di dalamnya?

Saya mendapati Islam memberikan keperluan dari sudut fitrah kepada saya, setiap persoalan yang selalu sangsi, Islam ada jawapannya. Saya percaya bahawa khilafah Islamiah adalah satu penyelesaian bagi setiap permasalahan yang dilalui manusia pada masa kini.

Boleh gambarkan perasaan anda setelah menjadi wanita muslim?

Saya seperti baru dilahirkan, kegembiraan saya dengan agama ini melebihi dari gembira pada hari perayaan. Dan untuk menyebut tentang perasaan sesuatu yang sukar kerana kalimah-kalimah tidak dapat menggambar perasaan ini. Perasaan dan kebahagian saya dengan memeluk Islam adalah lebih istimewa.

Apakah yang kamu jangka Islam dapat memberikan kepada kamu? Apa pula yang kamu dapat persembahkan kepada Islam?

Gambar(pls48): Fahima ketika di masjid.

Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, Islam memenuhi segala keperluan fitrah saya, dan saya mahu mempelajarinya dengan lebih mendalam bukan sekadar biasa. Jalan hidup saya untuk mengenali Islam masih jauh dan apa yang Allah tentukan ke atas saya dalam Islam, itulah yang saya akan lakukan kerana saya adalah manusia yang kerdil tetapi mestilah bersungguh-sungguh(mujahadah) sehinggalah menemui keredhaanNya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...