Langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan dikatakan menyerupai bentuk salib.
Barangkali ramai peminat tarian poco-poco di negara ini terkejut apabila mengetahui tarian yang berasal dari negara seberang ini adalah haram. Tarian ini sangat popular di negara kita pada masa kini. Ia bukan sahaja dilakukan oleh orang kebanyakan malah oleh golongan atasan dalam pelbagai bentuk majlis keraian. Jabatan kerajaan juga tidak ketinggalan mengadakan tarian poco-poco sebagai menggantikan senaman pagi untuk peserta kursus.
Namun dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang diadakan pada 24 hingga 26 Januari 2011 lalu memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan. Surat berkenaan ditandatangani Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
Asas pengharaman kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat tersebut juga telah mengambil keputusan bahawa pengharaman tersebut akan diwartakan.
Langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan dikatakan menyerupai bentuk salib. Sinar Harian cuba mendapatkan komen atau pendapat daripada tokoh agama berkenaan pengharaman tarian poco-poco ini.

Bekas mufti pertikai fatwa poco-poco
KUALA LUMPUR - Tarian poco-poco tidak sepatutnya diharamkan sekiranya tiada dalil yang jelas dan kukuh mengenai keburukan aktiviti tersebut.
Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, aktiviti tersebut pada asasnya dilakukan untuk tujuan senaman dan menyihatkan tubuh badan serta tidak mempunyai sebarang unsur yang boleh menyimpang daripada ajaran Islam.
"Jika tarian poco-poco dilakukan oleh wanita di kawasan tertutup mengapa kita perlu haramkan? Kalau hendak diikutkan banyak lagi aktiviti lain yang membabitkan wanita di negara ini sebenarnya haram dilakukan mengikut Islam.
"Pada pandangan saya, tarian itu boleh dilakukan dengan syarat ia tidak menyimpang daripada tujuan asal iaitu untuk tujuan bersenam dan kecergasan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Mohd. Asri berkata demikian ketika mengulas isu tarian poco-poco yang diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak selepas mesyuaratnya yang ke-186 pada Januari lalu.
Beliau yang kini pensyarah di Bahagian Pengajian Islam dan Hadis, Universiti Sains Malaysia menjelaskan, tindakan mengharamkan aktiviti tersebut juga menimbulkan kekeliruan.
Kosmo
1 Apr 2011
'Pengharaman bukan dibuat sesuka hati'
Keputusan JFNP haramkan poco-poco selepas kajian dilakukan untuk jaga akidah umat Islam
IPOH: Keputusan untuk mengharamkan tarian poco-poco dilakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak (JFNP) selepas melakukan kajian mendalam mengenai pelbagai aspek tarian itu daripada sudut hukum Islam, bukan dibuat berasaskan logik akal.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata keputusan JFNP itu bukan dibuat sesuka hati tetapi untuk menjaga akidah umat Islam di negeri ini selepas mendapati ia mengandungi unsur agama lain selain berlaku percampuran jelas lelaki dan wanita bukan muhrim.
Justeru, katanya, terserah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau pihak berkuasa agama negeri lain sekiranya merasakan isu itu perlu dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
“Saya tidak akan membawanya (isu itu ke peringkat kebangsaan). Itu tugas JAKIM.
“Kami (JFNP) hanya berbincang mengenai akidah. Dalam Islam, hukum tidak boleh dibuat mengikut logik akal. Mereka yang memberi pandangan (isu ini), jangan buat hukum ikut logik. Ibarat arak, jika diberi nama lain atau diisi dalam bungkusan lain sekali pun, ia tetap arak dan haram untuk orang Islam,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Sehubungan itu, Harussani mengulangi saranannya supaya umat Islam menggunakan budaya tempatan seperti tarian tradisional sebagai satu bentuk senaman bukannya meniru budaya asing yang dibawa ke negara ini tanpa mengetahui asal-usul ia diperkenalkan.
Di KOTA BHARU: Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membuat kajian berhubung tarian senaman poco-poco bagi menentukan kesahihan dari segi hukumnya sebelum membuat sebarang keputusan.
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata oleh kerana isu tarian itu isu nasional, ia perlu dibincangkan pada peringkat pusat supaya dapat diselaraskan di semua negeri.
“Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membincangkan isu ini pada muzakarah peringkat pusat bagi menentukan dari segi hukumnya,” katanya di sini, semalam.
Di KANGAR: Perlis tidak mahu terburu-buru memutuskan pengharaman poco-poco, sebaliknya akan meneliti terlebih dulu kesahihan dakwaan yang mengaitkan tarian itu dengan upacara keagamaan Kristian.
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata selagi tiada bukti sahih mengenai dakwaan berkenaan, maka tiada sebab poco-poco diharamkan, apatah lagi jika motif utamanya sekadar untuk bersenam dan menyihatkan badan.
“Apa pun Perlis akan meneliti laporan mengenai pengharaman poco-poco oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, untuk mendapatkan kepastian termasuk kesahihan sumber yang dirujuk sebelum keputusan itu dibuat.
“Bagi saya, untuk kaitkan poco-poco dengan mana-mana anutan atau upacara keagamaan, sewajarnya pihak terbabit perlu bertanya atau rujuk terlebih dulu kepada agama berkenaan untuk mendapatkan pengesahan.
“Ini penting untuk pastikan kredibiliti sumber yang dirujuk, selain mengelak menimbulkan spekulasi yang kurang sihat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Fatwa Perak yang mengharamkan tarian itu seperti yang diumumkan Harussani, baru-baru ini.
Dalam kenyataannya, Harussani berkata tarian itu diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Berita Harian
2 Apr 2011
Tarian Poco-Poco Secara Asasnya Harus
TARIAN POCO-POCO SECARA ASASNYA HARUS
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)
S.S Mufti Perak, Ybg Tan Sri Harussani telah mengharamkan tarian poco-poco atas asas ia berasal dari agama lain yang berunsur pemujaan ruh dan bercirikan agama Kristian. Pihak beliau mungkin ada alasan yang tersendiri. Namun, dengan menghormati hak Negeri Perak, S.S Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, izinkan saya ingin memberikan pandangan mengenai hal ini. Ini kerana bimbang prinsip asas Islam disalahfahami oleh sesetengah pihak yang lain. Berikut perkara yang perlu difahami oleh kita;
i. Pada asasnya, semua urusan harian (daily life) dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan KECUALI jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut. Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan, atau dimakruhkan.
Justeru itu, Nabi s.a.w tidak mengharamkan banyak budaya Arab yang memberikan faedah kepada insan secara langsung atau tidak langsung, antaranya; nyanyian dan gendang semasa perkahwinan. Dalam hadis al-Bukhari:
Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka Nabi bersabda: “Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”. Hadis menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan hiburan yang menjadi amalan dalam sesuatu masyarakat.
ii. Cumanya, jika ada unsur yang tidak baik, baginda Nabi s.a.w menegur atau menapisnya. Sebab itu apabila baginda Nabi s.a.w mendengar wanita menyanyi dengan lirik
“Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu” (Riwayat al-Bukhari).
Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar.
iii. Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini. Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hariraya, baginda menegaskan:
Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).
Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam. Apatah lagi kita yang hidup dalam masyarakat yang serba rencam dan pelbagai cabaran ini.
iv. Atas asas ini, -pada pandangan saya- tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah. Jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah, atau dicampuri perbuatan yang salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik.

- Gambar Hiasan

v. Jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti tai-chi, chi-kung, kata tae-kwondo dan pelbagai lagi.
vi. Untuk itu, dengan menghormati S.S Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan. Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah, atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan.
Admin : SAhabat yang mempunyai maklumat tambahan mengenai sebab pengharaman boleh kongsi bersama, admin mengharapkan majlis fatwa membuat keputusan dalam soal ini
3 comments:
jika poco2 diharamkan dgn alasan bercampur lelaki perempuan,mengandungi unsur2 agama lain dan sebagainya..
apatah lagi dgn tarian tradisional yg lain..spt zapin dan banyak lagi yg jelas2 bergandingan antara lelaki perempuan..
pendapat peribadi sy.:)
Wallahualam...
setuju gdn komen di ats..
bagaimanapun..
tarian poco2 jelas membentuk salib..
mngkn perlu dilakukan penapisan spt diasingkn lelaki dan perempuan, diubah sedikit bntuk tarian atau sbgnya..
-hanye pendapat peribadi-
Kalau lh poco-poco tu dikatakn memepunyai ciri-ciri salib. Bagaimana pulak dengan tarian boria. Bezanya kedepan, kekanan, kebelakang, kekirai btl tak?
Post a Comment