Followers

Saturday, April 23, 2011

Jodoh : Jangan mencari terlalu Sempurna


Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamuLEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIToleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulaiMENYAYANGIMU hendaklah kamuMENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPANbukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akanTERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawaKEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU...MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cubaMEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYAapabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akanMENYESAL.....

~renungan bersama~sekadar bahan untuk dikongsi bersama

3 comments:

MuZaKKiR said...

ini seperti bercinta sebelum berkahwin je...
mana boleh pakai kalau bercinta selepas berkahwin

layarminda2 said...

admin melihat ia boleh diaplikasi semasa khawin dan dan bertunang. Mungkin ayat terakhir nampak bersesuai dengan sebelum berkahwin "Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYAapabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akanMENYESAL." Namun admin suka membawa pembaca ayat nie juga sesuai dengan mereka yang bertunang. dan mungkin mereka yang telah berkahwin dan untuk mengelak dari cerai talak tiga dan menjadi hak orang lain selepas tue. Apa-apa pun sebaiknya apa yang kita buat untuk mendapat redhaNya

Fatin Aqilah said...

mohon share ? :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...