Followers

Friday, April 15, 2011

Cita-cita pemerintah Islam - Kerajaan Saudi Luluskan Kingdom Tower : 1600 Meter ( 5 Gambar)

Dari Tsauban Ra. berkata Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi Rasulullah SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya: “Apakah ‘wahan’ itu, hai Rasulullah?”. Rasulullah menjawab: “Cinta dunia dan takut mati“. (HR. Abu Daud)


Kerajaan Saudi baru sahaja meluluskan pembinaan Kingdom Tower, menara yang bakal menjadi bangunan tertingi didunia. Ianya akan berketinggian 1 batu (1.6 kilometer). Ianya sangatlah tinggi sekiranya anda menggunakan lif, anda memerlukan 12 minit untuk naik dari tingkat bawah ke tingkat atas. Ketika ini menara tertinggi didunia ialah Burj Khalifa yang"hanya" berketinggian 828 meter. Menara Berkembar Petronas pula hanya 452 meter. Kingdom Tower bakal dibini di Jeddah dan menelan belanja sebanyak USD 30 billion. Sebagai perbandingan Burj Khalifa hanya menelan belanjan USD 1.5 billion.




Kingdom Tower akan menempatkan pejabat, pusat membeli belah, hotel, stesen kumbahannya dan janakuasanya sendiri. Ruang dalamannya pula mencapai 3.5 JUTA meter persegi! Kuasa akan dijanakan menggunakan kincir angin dan panel solar yang bakal diterapkan didalam rekaan bangunan. Adrian Smith, jurubina yang bertanggungjawab mereka Burj Khalifa diberikan kepercayaan untuk melaksanakan projek SUPERMEGA ini.

Dimasa yang sama Nakheel Tower juga akan dibini di Dubai. Aku ada bercakap pasal Nakheel tower sebelum ini. Orang Arab banyak duit. Yet another project to show penis siapa lebih tinggi I think.











Laporan asal WIRED dan Skyscraper City
Sumber: http://blogserius.blogspot.com/2011/04/serius-shit-kerjaan-saudi-luluskan.html

2 comments:

TenangSudey said...

wah macam tu ke...

Unknown said...

wahh..lbih krg 171 tingkt semuanya....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...