Followers

There was an error in this gadget

Tuesday, April 12, 2011

9 Tokoh Dunia Memilih Islam

Mereka adalah antara yang berjaya di muka bumi ini dan menjadi antara muallaf yang paling popular di dunia. Hayatilah kisah mereka ini agar menjadi panduan kepada kita yang sememangnya kita mengakui Islam itu agama kita, tetapi ada juga di kalangan kita hanya Islam pada nama. Ketahuilah bahawa Islam itu indah.

  1. Muhammad Ali – Legenda tinju dunia
    Muhammad Ali dilahirkan di Louisville Kentucky, AS pada 17 Januari 1942. Nama Kristian beliau ialah Casscius Marcellus Clay dan beliau menukar namanya kepada Muhammad Ali selepas menyertai Nation of Islam yang pernah mendakwa Malcolm X sebagai Nabi di Amerika. Ali kemudian mengubah pendiriannya dan menjadi seorang Ahli Sunnah Wal Jamaah. Baginya, Islam adalah agama yang benar, namun isu beliau memeluk Islam menjadi kontroversi apabila penganjur pertandingan tinju masih menyebut namanya sebagai Casscius Clay. Ali enggan masuk ke gelanggang sehingga beliau dipanggil dengan nama Muhammad Ali.Ketika berusia 18 tahun, beliau beraksi di Sukan Olimpik Rom pada 1960 untuk bertarung bagi kelas light heavyweight. Ali menjadi peninju profesional dan pada tahun 1964, dia menumpaskan Sonny Liston bagi memenangi kejuaraan kelas heavyweight dunia. Dia mempertahankan kejuaraannya sebanyak sembilan kali dalam tempoh empat tahun. Selepas menolak untuk menyertai pasukan tentera AS ke perang Vietnam, gelarannya telah dilucutkan dan tidak bertarung di gelanggang selama tiga setengah tahun. Ali merampas semula gelarannya pada tahun 1974 dengan menumpaskan George Foreman. Dia mempertahankan kejuaraannya sebanyak 10 kali sebelum tewas kepada Leon Spinks, tujuh bulan kemudian. Pada 1 Julai 1975, Muhammad Ali pernah melakukan aksi perlawanan tinju dengan Joe Bugner di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Ali bersara daripada sukan tinju pada 1981 dengan mencatat rekod 56 kali menang dan lima kali kalah. Perkara yang pasti, beliau yang kini berusia 68 tahun ialah seorang legenda tinju dunia. Beliau ialah Muslim pertama menjadi peninju dunia yang terkenal di seluruh dunia. Anaknya, Laila Ali meneruskan kerjaya bapanya dan menjadi peninju wanita Islam pertama.
  2. Yusuf Islam – Janji penyanyi rock kepada Tuhan
    Pada 1979, Cat Stevens yang kini dikenali sebagai Yusuf Islam berdepan dengan maut apabila kakinya mengalami kekejangan sewaktu mandi di pantai. Terhanyut semakin jauh dari pantai, Cat Stevens penyanyi rock yang dianggap sebagai bapa rock n roll berbisik di dalam hati, jika Tuhan menyelamatkannya, dia akan bekerja untuk Tuhan. Sejurus selepas itu, ombak besar datang dengan tiba-tiba dan menghanyutkannya ke tepi pantai. Beliau cedera dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Semasa berada di hospital, adiknya yang baru balik dari Palestin telah menghadiahkan sebuah buku terjemahan al-Quran. Beliau membacanya dan mendapat hidayah untuk memeluk Islam. Cat Stevens kemudiannya memeluk Islam pada 12 Disember 1979 dan memilih nama Yusuf Islam. Beliau kemudian meninggalkan dunia hiburan dengan alasan industri hiburan tidak terlepas daripada menjadikan seseorang itu ego dan riak. Pada tahun 2007, beliau telah menerima AS$1.5 juta royalti daripada kerjayanya sebagai penyanyi sebelum memeluk Islam. Beliau menggunakan wang itu untuk kerja amal dan kebajikan kepada umat Islam di London, antaranya membuka sekolah agama dan menubuhkan sebuah persatuan sekolah Islam di United Kingdom. Beliau kembali ke dunia muzik untuk konsert amal bagi mengutip derma dengan niat untuk membuat kebajikan kepada umat Islam seluruh dunia.
  3. Yvonne Ridley – Terpesona dengan al-Quran
    Yvonne Ridley adalah wartawan British yang lantang menghentam Islam menerusi hak kebebasan wanita. Beliau memasuki Afghanistan secara haram dengan memakai burka selepas permohonan visanya ditolak beberapa kali. Beliau menjadi masyhur setelah diculik pihak Taliban kerana mengesyakinya seorang perisik. Salah seorang anggota Taliban yang menahannya menyuruh beliau memeluk Islam tetapi beliau enggan. Sebaliknya, Yvonne berjanji akan membaca al-Quran setelah dia dibebaskan. Beliau bersikap kurang ajar kepada orang yang menahannya termasuklah meludah ke muka mereka. Walaupun begitu Taliban melayannya dengan baik dan menjaga kehormatannya sebagai seorang perempuan. Sehinggakan beliau diberi kunci bilik tahanan supaya boleh menguncinya dari dalam. Setelah dibebaskan beliau menunaikan janjinya untuk membaca al-Quran oleh kerana kagum dengan sikap puak Taliban yang melayannya dengan baik. Terpesona dengan al-Quran sebagai satu-satunya kitab yang mengangkat status wanita, Yvonne memeluk Islam pada 2002 dan menjadi seorang pengkritik yang disegani.
  4. Daniel Streich – Tidak lagi anti Islam
    Daniel Streich adalah bekas ahli Swiss People’s Parti (SVP) di Switzerland dan seorang tokoh politik yang terkenal. Kemasyhuran beliau mencapai kemuncaknya apabila mula bergiat menentang Islam termasuk melancarkan kempen mengharamkan pembinaan menara masjid di seluruh Switzerland. Daniel Streich juga giat menyemarakkan sentimen anti Islam di Switzerland. Kempen tersebut menyebabkan beliau diberi penghormatan dengan ditawarkan jawatan tinggi dalam tentera Swiss. Beliau membeli banyak buku berkaitan Islam termasuk al-Quran untuk mencari fakta yang boleh digunakan untuk menghentam Islam. Beliau kemudiannya mendapat hidayah dan memeluk Islam pada bulan November 2009.
  5. A R Rahman – Tidak melengahkan solat
    A R Rahman adalah seorang pengubah lagu terkenal dalam industri perfileman di India. Beliau telah memenangi dua Grammy Award dan dua Academy Award. A R Rahman juga tersenarai sebagai salah seorang daripada 100 orang yang paling berpengaruh di dunia oleh Majalah Time. Pada usia 23 tahun, beliau telah memeluk Islam dan menukar namanya daripada Dileep Kumar kepada A R Rahman. Beliau bukan sahaja terkenal sebagai pengubah lagu, beliau juga sangat disegani sebagai seorang yang sentiasa menjaga waktu solatnya. Walaupun diasak dengan kesibukan industri hiburan, beliau akan mengerjakan solat sebaik sahaja masuk waktu tanpa berlengah walaupun sedang bekerja dan tidak mengira di mana beliau berada.
  6. Litvinenko – Ejen perisikan Rusia mati dalam Islam
    Alexander Valterovich Litvinenko adalah pegawai tinggi dalam Badan Perisikan Ketenteraan Rusia (FSB) dan mempunyai hubungan peribadi dengan Presiden Vladimir Putin. Beliau dipecat daripada jawatannya apabila mendedahkan gejala rasuah dalam agensi perisikan tersebut. Pada November 1998, Litvinenko menuduh orang atasannya mengarahkan pembunuhan ahli perniagaan Rusia, Oligarch Boris Berezovsky. Litvinenko kemudiannya ditahan atas tuduhan melangkaui pegawai atasannya pada tahun 1999. Percubaan untuk menyeret Litvinenko ke penjara gagal sebanyak dua kali apabila beliau didapati tidak bersalah oleh mahkamah. Litvinenko melarikan diri ke United Kingdom sebelum percubaan ketiga dilakukan. Semasa di London, beliau menulis dua buah buku berkaitan kekejaman Agensi Perisikan Rusia dan beliau juga menuduh Vladimir Putin mengarahkan pembunuhan Anna Politkovskaya, seorang wartawan yang terlibat dalam pendedahan kegiatan agensi itu yang menjadi pembunuh upahan Presiden Rusia. Pada masa yang sama, beliau berasa tidak berpuas hati dengan agama yang dianutinya iaitu Kristian Ortodok. Beliau kemudian memeluk Islam pada November 2006. Mengikut bapanya, Litvinenko menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam sebelum November 2006. Bagaimanapun, Litvinenko mati selepas 10 hari memeluk Islam. Beliau telah diracun oleh ejen KGB dengan bahan radioaktif yang dikenali sebagai Polonium 210. Kesimpulan daripada siasatan kematian beliau adalah kerana permohonan kerajaan Rusia untuk membawanya pulang gagal.
  7. Min Keller – Mualaf bertaraf ulama
    Mulanya, Nu Ha Min Keller adalah warga Amerika Syarikat beragama Kristian dan memeluk Islam setelah beliau mengkaji dan mendalami Islam. Sebelum memeluk Islam beliau sentiasa dalam pencarian untuk memilih agama ketuhanan yang benar. Setelah memeluk Islam, Min Keller menjadi penterjemah buku-buku Islam dan pakar dalam bidang perundangan Islam. Terjemahan kitab Umdat al-Salik sebuah kitab pegangan mazhab Syafie dalam bidang syariah boleh dianggap paling masyhur. Reliance of the Traveller adalah kitab perundangan Islam dalam bahasa Eropah yang pertama menerima pengiktirafan daripada Universiti Al-Azhar.
  8. Dr. Hofmann – Diplomat berjiwa Islam
    Murad Wilfried Hofmann dilahirkan sebagai seorang Katolik dan memeluk Islam pada tahun 1980. Beliau ialah seorang yang berprofil tinggi dalam kerajaan Jerman. Kemasukannya dalam agama Islam menimbulkan kontroversi memandangkan jawatan yang disandang tidak seiringan dalam doktrin Kristian. Dr. Hofmann bertugas sebagai seorang pegawai tinggi di Jabatan Perkhidmatan Luar Jerman pada 1961 sehingga 1994. Mula bertugas sebagai pakar dalam pertahanan nuklear dan selepas itu menjadi Pengarah Informasi Nato di Brazil. Antara jawatan antarabangsa yang disandangnya ialah Duta Jerman di Algeria dan Maghribi. Beliau sekarang menjadi penaung Pusat Islam di Jerman.
  9. Sharifuddin – Budak ajaib di Afrika
    Lahir di Arusha, Tanzania kepada keluarga Katolik yang berbahasa Swahili, Sharifuddin telah menunjukkan ketokohannya semenjak bayi lagi ketika berusia dua bulan. Sharifuddin enggan disusui oleh ibunya. Lebih menakjubkan pada usia empat bulan, beliau boleh membaca ayat al-Quran. Dilaporkan, perkataan pertama yang keluar daripada mulutnya adalah, “Kamu semua bertaubatlah semoga diterima oleh Tuhan” dalam bahasa Arab. Ibu bapanya yang risau dan menganggap anak mereka telah dirasuk jin menanggil paderi Kristian untuk mendoakan anak mereka supaya pulih seperti bayi yang normal. Berita ini telah sampai kepada seorang jiran yang telah datang dan menterjemahkan kata-kata Sharifuddin dalam bahasa Arab. Sejurus selepas itu, ibu bapanya memeluk Islam. Setelah berusia satu tahun, Sharifuddin boleh bertutur dan memberi ceramah dalam bahasa Arab. Setelah umurnya mencecah lima tahun beliau dibawa serata dunia untuk memberi ceramah agama. Pada usia sebegitu muda, beliau boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Itali, Perancis, Arab dan Swahili dengan baik. Salah seorang peminatnya yang setia ialah Presiden Libya, Muamar Gaddafi.

Kredit: Islam Pilihanku

Janganlah sesekali menjadi seperti Geert Wilders, yang hanya tahu menghina Islamsahaja. Semoga perkongsian ini dapat membantu kita sedikit sebanyak untuk mengetahui atau mendalami apa itu Islam di mata kita. Paling penting sekali, mengetahui bahawa keindahan Islam yang tiada tandingannya.

3 comments:

wawa said...

blh mintak izin letak kat blog saya TT..

layarminda2 said...

boleh je share apa yang manfaat, jika rasa tidak manfaat jangan share, syukran atas sokongan

sabihatul shahira said...

assalamualaikum...mohon copy,nak letak kat blog..terima kasih

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...