Followers

Thursday, April 7, 2011

Telur Tiruan Dari China | Cara Membuat Bergambar



PEGAWAI penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang memeriksa telur ayam di Pasar Pulau Tikus hari ini berikutan pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung penjualan telur ayam tiruan di pasar itu semalam. Sebanyak 270 butir telur ayam dari tiga gerai di pasar berkenan disita dalam pemeriksaan itu. - Foto BERNAMA
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Salam semua, kecoh juga kebelakangan ini khabarnya telur ayam tiruan pun sudah ada di pasaran yang khabarnya buatan dari China. Orang China ni sebenarnya memang kreatif, apapun mampu di tirunya. Tapi bila kena dengan barangan makanan ni, dah tentu merbahaya kerana pembuatannya menggunakan bahan-bahan kimia tertentu yang memungkinkan di hinggapi penyakit merbahaya di kemudian hari.



Kelihatan isi telurnya bila di pecahkan saling tak tumpah yang asli.Cuma puteh telur agak cair dan lebih berkilat dari yang asli.



Telur yang di rebus mudah pecah dan kurang anjal tidak seperti telur asli yang agak anjal isinya.



Antara bahan kimia yang di gunakan untuk menghasilkan telur tiruan ialah karbonat,resin,alum dan pelbagai lagi.



Telur kuning yang menggunakan kalsium klorida di buat menggunakan acuan khas.



Dituang dan di biarkan kering sedikit sebelum melalui proses seterusnya.


Direndam dalam cecair parafin wax untuk membentuk selaput luar telur kuning.



Proses membuat kulit telur tiruan juga menggunakan bahan kimia tertentu.



Walau bagaimana pun telur tiruan agak mudah pecah berbanding yang telur asli.



Ermmm..nampak saling tak ubah seperti telur goreng asli.




Cara mengenal telur tiruan:

  1. Telur tiruan kelihatan agak cerah dan licin berbanding telur ayam yang asli.
  2. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  3. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  4. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  5. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  6. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  7. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  8. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  9. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

NOTA KAKI:Jadi langkah pencegahan segera perlu di lakukan sebelum ianya sudah merebak di pasaran dan kita sendiri sudah tidak mampu mengenalpasti yang mana satu betul yang mana satu tiruan.Khabarnya orang di China sana sendiri sudah tidak mampu lagi untuk mengenalpasti langsung telur palsu di pasaran dan sudah bertahun makan telur yang palsu ini. Fikir-fikirkanlah...Wassalam.



12 comments:

wetotla said...

memang menakutkan.. memang kene lebih berhati-hati lepas nie dan check setiap kali beli kalau beli dari pemborong :(

MUHAMMAD HANAFI said...

mcm2 dunia nie...

Kak Zaharah Haron said...

seriously..mmg x tau mana yg betul. Klu yg selalu jual kat satu Pasaraya ternama ni mmg amat rapuh kulitnya.. terantuk sikit pon pecah..ni kira ori ke tidak?? skg every wkend mereka buat offer murah2. Sungguh menakutkan esp bg pengusaha kek spt sya..

layarminda2 said...

Cara mengenal telur tiruan:

Telur tiruan kelihatan agak cerah dan licin berbanding telur ayam yang asli.
Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

MONAT © 2012 said...

ada kesan sampingan tak telur tiruan ni? -.-" thanks for the info~ rasa2nya kita di malaysia ni dah ada tak yg termakan?

KaKTuS BeRDuRi said...

bagus info nih..saya nk mnx izin share utk blog sy bley??

bara4ever said...

bagaimana kalau makan di luar ? sungguh membimbangkan,,,lebih2 lagi sesiapa yang gemar makan kek.....

faizallg said...

sedap x rasanya, macam sedap je.

Unknown said...

sungguh menakutkan! terimakasih layarminda atas maklumat bgmana cara mengenal telur tiruan tu..

eli kondo said...

hanya pendapat saya sahaja :
mungkin banyak yg melihat dari segi KONTRA..tp bagi saya PRO nya disini ialah dalam banyak2 negara di dunia..TELUR TIRUAN hanya terhasil di CHINA..tidak hairan lah CHINA akan menjadi satu kuasa besar ekonomi dunia masa akan datang.
KALAU telur tiruan ni lebih baik, berkhasiat dan selamat dari yang original, saya pun nak beli...
TIRUAN tidak semestinya TIDAK BERKUALITI.

Ismail Kitan said...

Ada betulnya juga pendapat eli kondo 2..tapi pendapat saya...walau bagaimana baik pun kualiti telur tiruan yang di hasilkan...yang asli tetap yang terbaik kerana ia adalah ciptaan Allah yang pastinya yang terbaik..apa pandangan anda sekalian...!!!??

eli kondo said...

yea..itu sudah semestinya Ismail Kitan. Ciptaan Tuhan sudah semestinya terbaik mala tiada tolok bandingan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...