Followers

Monday, November 26, 2012

Kenali Khaled Meshaal , Hero Hamas



KHALED Meshaal 56,mula menerajui  kepimpinan gerakan Hamas selepas pemimpin terdahulu Abdul Aziz al-Rantissi terbunuh pada 2004.

Beliau dilahirkan pada 28 Mei  1956 di Silwad,sebuah kampung di utara Ramallah dan berpindah ke Jordan pada 1967.

Pemegang  Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Fizik dari Universiti Kuwait ini mula menyertai  gerakan Ikhwanul Muslimin pada 1971.

Selepas Gerakan Pembela Islam  atau Hamas diasakan oleh Sheikh Ahmad Yassin pada 1987,Meshaal dilantik untuk memimpin cawangan  gerakan  itu  di Kuwait  sebelum beliau  berpindah ke Jordan pada 1991.

Pada 25 september  1997,Mossad pernah merancang untuk membunuh beliau,namun ia berjaya digagalkan selepas Meshaal diberikan penawar racun.

Pada Ogos 1999,Raja Abdullah mengusir Hamas dari negara itu selepas mendakwa gerakan  tersebut menggunakan negara itu untuk kegiatan militan.

Susulan daripada insiden tersebut,Meshaal tinggal sementara di Qatar sebelum berpindah ke Damsyik pada 2001,sekali gus mengetuai biro politik Hamas di Syria.

Sepanjang beliau memegang  pucuk pimpinan Hamas,Meshaal pernah terlibat dengan rundingan perjanjian pertukaran tahanan yang membebaskan 1,027 tahanan Palestin dan askar Israel,Gilad Shalit pada tahun lalu.
Pada 19 Jun 2008,hasil persetujuan beliau bersama Israel dan Mesir sebagai Negara pengantaran,satu gencatan senjata berjaya dikuatkuasakan.

Pemimpin Hamas yang menyokong kebangkitan kumpulan pemberontak di Syria  tersebut juga pernah menduduki tangga ke-18 dalam ’50 lelaki paling berpengaruhi di dunia’yang dipaparkan dalam majalah Britain,New Statesman pada 2010.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...