Followers

Tuesday, August 7, 2012

“Mempergunakan al-Quran” untuk kepentingan parti?



Salam mahabbah buat pengunjung dan sahabat-sahabat semua. Pernah dengar nama 
tokoh ini. Syeikh Abdul Karim Banjar. Beliau merupakan salah seorang syaikh besar 
yang mengajar di Makkah dan merupakan guru kepada Syeikhuna Tuan Guru Haji Salleh 
Bin Musa Sik dan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.


Kali ini, bukanlah niat 
saya untuk 
memperkenalkan keperibadian 
beliau Cuma ingin berkongsi 
kisah menarik beliau saat 
beliau rahimullah 
menceritkan pengalaman 
beliau ketika membuat lawatan 
ke Malaysia.


Ikutilah kisah selanjutnya:

Syeikh pada ketika itu baru

 pulang dari lawatannya 
ke Malaysia. Beliau 
menceritakan bagaimana 
seronoknya berjumpa dengan pemimpin Malaysia. Maka seorang jemaah pun 
bertanya:"Jumpa Perdana Menteri ke?" Jawab beliau: "Tidak, saya berjumpa dengan Menteri
 Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang alim." Tuan Guru Nik Aziz berkata 
kepada beliau: "Saya sangat bertuah dapat berjumpa dengan seorang alim yang mengajar 
di Masjidil Haram." Jawab al-Syeikh: "Tuan memang bertuah, kerana saya cuma mengajar,
 akan tetapi Tuan mengajar dan mengamalkannya."

Timbul satu soalan dari para

 jemaah: Benar ke Tuan Guru
 Nik Aziz ini seorang ulama’? 
Dengar kata beliau
 “mempergunakan al-Quran 
untuk kepentingan parti?" 
Jawab al-Syeikh 
seolah-olah terperanjat: 
"Habis, mahu guna apa, kalau
 tidak menggunakan al-Quran?
 Apa kalian mahu guna Bible??
 Kalau orang Kristian 
boleh menggunakan Bible, 
kenapa orang Islam tidak 
nakan al-Quran? Bukankah
 al-Quran itu perlu 
digunakan?" Maka, orang 
bertanya itu pun angguk-
angguk tanda faham.


Lagi kisah menarik sila ke 
Blog Kamin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...