Followers

Wednesday, September 7, 2011

Ustazah Pilihan : Akhirat atau Duniawi Semata ? - Pandangan Anda?

KUALA LUMPUR: Saluran televisyen Astro Oasis memperkenalkan program realiti terbaru berjudul Ustazah Pilihan yang bakal bersiaran pada 1 Oktober depan.

Program tersebut akan memaparkan pencarian muslimah sejati merangkumi segala aspek kehidupan seperti pendidik, pembimbing dan pemimpin kaum wanita dalam masyarakat.

“Idea menerbitkan program ini adalah rentetan daripada kejayaan program Imam Muda yang ditayangkan di saluran ini. Menjadi tanggungjawab kami untuk memberi pelung kepada kaum wanita untuk mengembangkan bakat mereka.

“Bagaimanapun dakwah yang akan ditampilkan bersesuaian dengan situasi semasa tetapi masih berpaksikan hukum syarak yang semestinya menjadi suatu kelainan selain mampu menarik perhatian masyarakat,” ujarnya pada sidang media Majlis Pelancaran Ustazah Pilihan, di sini, Isnin.

Majlis tersebut turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Menerusi konsep Ustazah Pilihan ini, sebanyak 10 Muslimah akan dipilih menerusi siri pencarian di beberapa buah negeri.

Macam mana nak cakap eh.Entry ni masuk draft dulu,so nak mukaddimah susah sket..haha..

Satu persoalan,ape motif sebenar program ni ? copp,aku bukan nak mengkritik secara terangan tanpa program ini sendiri belom dijalankan lagi,cume nak cuba merungkai persoalan persoalan tentang ustazah pilihan

Memang,kejayaan Imam muda dapat menarik minat anak anak muda dalam bidang dakwah,tak kira lah dari aspek peserta mahupon penonton sendiri,secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat menarik ‘orang muda’ dalam bidang dakwah.Alhamdulillah

Tapi ini tak bermakna ia relevan untuk buat program ‘ustazah pilihan’..Aku tidak nampak langsung program ni sesuai untuk kite semua

Mungkin la,tak nak kasi diskriminasi,ye la,imam muda ade,kenape program ustazah takde plak ? tak kan pompuan tak leh berdakwah ?

Pemikiran moden akan cakap macam tu,tapi tidak dari aspek islam sendiri

Bukan aku cakap islam tidak membenarkan perempuan untuk berdakwah,tidak,tapi tengok keadaan masyarakat serta kesesuaian.

Sebenarnye bende macam ni tak perlu ilmu agama yang tinggi lah..Fikir logik,kalau ustazah ustazah tersebut masuk tv,konon untuk berdakwah,dan ditonton pula oleh jutaan lelaki,macam mana tu ?

Tak kan la kalau tak masuk rancangan tu tak boleh berdakwah ? tipu la..Banyak lagi cara lain.

Seperti yang kite tahu,wanita cantik dan beriman itu tidak dipandang dan tidak memandang..Memang,mungkin nanti mereka boleh jawab,kene pakai purdah.

Tapi korang kene ingat,nafsu lelaki ni macam mana..Ni jujur aku cakap,jangan ingat kite tutup full tu,lelaki takde nafsu ok..still ada,cume berpurdah,tutup aurat semua,kite da bertindak,kite da berusaha tutup ape yang patot..sangat tipu kalau cakap laki takde nafsu kalau perempuan da tutup full pon..hell no

Just imagine lah eh,dengan pemikiran masyarakat kite yang penuh dengan zina,maksiat merata rata,tak mustahil rancangan ini juga akan dibanjiri maksiat.nauzubillah..

Bukan aku berfikiran negative,cume berwaspada..bimbang,mereka yang masuk dalam rancangan tu,akan berubah.Dunia ya ukhti,dunia,kecantikan,boleh ubah kamu dari seorang perhiasan islam kepada pelacur dunia..

Bukan tak pernah ada kes,ustazah buang tudung sebab nak masuk rancangan menyanyi,3-4 tahun lepas,korang dah lupe ke ?

Bukan ape,orang luar mungkin akan cakap ” bagusnya,da la cantik,baik plak tu ”

Orang yang penuh dengan nafsu dialog macam mana pula ? aku malas nak taip lah..pikir sendiri la.Aku tertarik dengan dialog di bawah :

Aku petik salah satu pandangan :

Bak kata Dr Yusuf Qardawi, niat yang baik TIDAK akan menghalalkan yang haram! Fahamilah!

Adakah wanita itu untuk di pertontonkan? Itu ke yang Rasulullah ajar?

Sesungguhnya wanita itu BUKAN untuk di pertontonkan! Sedangkan Nabi bersabda, solat di rumah itu lebih baik bagi kamu(wanita) berbanding di masjid. FAHAMILAH!

Pandangan ustaz azhar idrus :

Mereka cakap,rancangan ini hanya akan ditonton oleh muslimah sahaja..astro,jangan jadi bodoh,boleh ? macam mane kau nak prevent sang jantan dari tengok rancangan tu ?

Mane pergi ulama ?

Hadis ke-30 Akhir Zaman-Islam Nama Sahaja
Daripada Ali bin Abi Talib berkata:telah bersabda Rasulallah SAW; Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal drpd al-Quran itu kecuali hanya tulisannya.

Masjid² mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat² makhluk yg ada di bawah kolong(naugan) langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepda mereka fitnah itu akan kembali”-H.R al Baihaqi

Bagi aku,senang..siapa yang masuk rancangan itu,sudah pasti die keliru mengenai ”apa itu wanita solehah ”

Ibarat kau belajar kelas agama,ilmu agama penuh di dada,tapi kau berkelakuan lebih dari seorang jahil.

Sungguh,bile sang jahil berbuat dosa,die akan di pandang hina

Namun lagi hina bila seorang pencinta ilmu berbuat dosa sedangkan die mengetahui kebenaran..

About the author

woot woot wrote 263 articles on this blog.

founder wootmedia.my network,seorang pelajar jurusan aircraft engineering..berusaha menjadikan web/blog sebagai medan dakwah.seorang manusia yang tidak sempurna..tolong tegur beliau kalau ade buat salah yer :)

    5 comments:

    ♥ Ummu ♥ said...

    Boleh saya tanya admin, kenapa sangat beria mahu mencari kesalahan rancangan ini?

    Rancangan ini belum mula pun...

    'niat tidak menghalalkan yg haram?'
    Bagaimana pula rancangan ini menyiarkan perkara yang haram sedangkan ada Ustazah yang aktif berdakwah di kaca tv seperti Ustazah Bahiyah?

    iffah said...

    assalamualaikum ummu,
    pd pndangan saya, admin bkn nk highlight what's wrong with the program tp lebih kpd utk kita ponder the pros & the cons.
    sbg Muslim, tgjwb kita utk berdakwah mmg ada, x kiralah approach yg mcm mana yg nk digunakan asalkan bersesuaian dgn tmpt & golongan yg nk didakwah.
    Tp bg kaum wanita tetap ada limitnya. Perlu diingatkn Islam tidak bersifat bias terhadap wanita sebaliknya sgt2 menjaga keperibadian & kesopanan seorg wanita.
    Tgjwb berdakwah spt yg dipikul oleh ustazah2/penceramah2 tv adalah dituntut dgn syarat tidak berlebih-lebihan dlm tindakan, pemakaian etc.
    Tujuan sbnar program adalah baik-tujuannya adalah utk berdakwah mcm jugak program imam muda. Tp pendekatan reality show yg digunakan tidak sesuai sbb ianya spt mempertontonkan kaum wanita itu sendiri. Cuba ummu refer semula pd komen Ustaz Azhar Idrus, fahami maksudnya.
    Saya sekadar memberi pendapat. And Allah knows best.

    layarminda2 said...

    maaf admin bukan ingin menghukum, admin buat masa ini TiDAK BERSETUJU dengan rancangan ini, mungkin tidak tahu secara detil program ini. Yang pastinya sahabat yang menyokong pasti ada justifikasinya, harap sahabat boleh berkongsi, berdasarkan perbincangan admin dengan rakan-rakan yg pelbagai bidang termasuk pengajian Islam kami sepakat tidak bersetuju. Harap sahabat yang bersetuju atau tidak boleh kongsi untuk sama-sama mencari PENCERAHAN, ini bukan soal individu, ini juga berkaitan soal hukum, krisis nilai dan kerangka yang lebih besar membentuk masyarakat

    ♥ Ummu ♥ said...

    Quote : "Mereka cakap,rancangan ini hanya akan ditonton oleh muslimah sahaja..astro,jangan jadi bodoh,boleh ? macam mane kau nak prevent sang jantan dari tengok rancangan tu ? "

    Jikalau muslimah tu sudah berpakaian menutup aurat sesempurna yang boleh, adakah masih salah perempuan jika lelaki masih memandang dengan nafsu?? Inilah yang orang selalu 'salahkan' perempuan..

    Bukankah arahan Allah supaya lower your gaze (tundukkan pandangan) juga untuk kaum ADAM peduli dan ambil berat?. Allah itu maha adil. (tetapi sekarang ramai lelaki tak ada pun rasa bersalah memandang perempuan sesuka hati, sebaliknya mengambil keputusan menyalahkan perempuan 100%)

    Saya hormati pendirian saudara dan saudari,saya faham kenapa admin tidak bersetuju..
    Saya tahu program ini ada keburukan dan ada juga kebaikan.

    Cuma kalau boleh jangan la ambil ayat sheikh yusuf qhardawi dan letak untuk 'back-up' pendirian saudara, sebabnya saya tak faham apa yg haram di sini?

    Just another point to ponder, adakah dengan menaikkan isu ini dan membincangkan secara terbuka dengan orang ramai (bukan dengan orang2 alim), akan merapatkan perpaduan umat Islam di Malaysia? Bagaimana jikalau membincangkan isu ini menyebabkan orang jelek dan jauh dari Islam, tidakkah kita rasa bersalah?..

    Moga Allah ampuni dosa kita semua..

    wallahualam..

    sigauser said...

    admin bukan menyekat program yg mempunyai niat yg murni ini...TETAPI ADA PRO dan KONTRA..BAIK dan BURUK

    kepada kaum hawa yg tak bersetuju dgn pendapat admin masih belom paham n jelas dgn huraian admin SEBENARNYA KORANG SEMUA TIDAK PERNAH DiBERI PELUANG OLEH ALLAH UNTUK MEMILIKI dan MERASAI NALURI SEBAGAI SEORANG LELAKI DARI ANAK ADAM...!

    saya seorang lelaki...dan saya tahu naluri lelaki..keinginan seorang lelaki..pandangan 'mata' seorang lelaki...nafsu lelaki..

    bagi saya printscreen dr facebook ustaz azhar tentang ISU ini sudah memadai sebagai rujukan ORANG ALIM seperti dakwaan saudari

    "adakah dengan menaikkan isu ini dan membincangkan secara terbuka dengan orang ramai (bukan dengan orang2 alim)"

    TAHUKAH anda seorang muslimah mudah masuk syurga apabila beliau dengan taat Allah, rasul dan suaminya. tidak perlu digilap dirinya menjadi pendakwah yg terbaik setanding muslimin kerana apabila ia mengundang kemurkaan suami, telah menjadi fitnah ke atas drinya, tetap tidak masuk syurga Allah

    apa beza ustazah pilihan dgn imam muda?
    PERSAMAANNYA islam disyiarkan tetapi bezanya ustazah pilihan adalah BUKAN dari JALAN YANG BERHEMAH (tidak kena cara)
    dan igtlah...mencegah lebih baik dr mengubati...

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...