Followers

Friday, September 9, 2011

[Bergambar] Jam Di Mekah Adalah Menara Jam Tertinggi Di Dunia

Pada malam itu, mata seluruh umat Islam yang berada di kota suci Mekah terutamanya di sekitar Masjidil Haram, tertumpu pada jam gergasi yang sayup berada di puncak Menara Hotel Jam Diraja Mekah di Kompleks Abraj Al Bait.

Mereka menjadi sebahagian saksi sejarah apabila jam yang berukuran diameter 43 meter itu buat pertama kali secara rasmi mula berdetik tepat tengah malam 1 Ramadan 1431 Hijrah.

“Jam kota suci Mekah mula berdetik dengan titah dari Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, satu minit selepas pukul 12 tengah malam ini, iaitu hari pertama bermulanya bulan yang suci iaitu bulan Ramadan,” lapor Agensi Berita Saudi, SPA.

Saat jam itu mula berdetik, detik itulah menjadikan jam tersebut dan kedudukannya yang begitu hampir dengan Masjidil Haram, sebagai penjaga masa bagi waktu rasmi dunia Islam. Atau lebih tepat bermulalah apa yang dipanggil sebagai Waktu Standard Arab (AST), iaitu tiga jam terkemudian dari waktu Greenwich Mean Time (GMT).

Sesetengah menyifatkan AST sebagai satu alternatif yang ideal selain GMT.

Apabila puncaknya siap sepenuhnya, yang turut dihiaskan dengan replika bulan sabit sebagai simbol agama Islam, keseluruhan puncak menara jam itu akan berada kedudukan setinggi 600 meter. Ini menjadikan ia struktur bangunan kedua tertinggi di dunia. Iaitu 59 meter lebih tinggi dari Menara 101 tingkat di Taipei Taiwan. Ia bagaimanapun 251 meter lebih rendah dari Burj Khalifa, Dubai setinggi 828 meter - tertinggi di dunia.

Namun fakta yang lebih menarik, Menara Jam Diraja Mekah itu merupakan menara jam yang tertinggi dunia. Ia mengalahkan bangunan menara-menara jam terkenal lain dari seluruh dunia. Seperti Menara Jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara Jam The Big Ben di London, Menara Jam Rajabai di Mumbai India dan Menara Jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.

Menara Jam Diraja Mekah merupakan menara tengah yang dibina dalam Kompleks Abraj Al Bait yang mudah dilihat tanpa mengira sudut iaitu sehingga sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang dengan kalimah Allah terpampang jelas pada keempat-empat permukaannya.

Setiap empat muka jam di puncak Menara Jam Diraja Mekah itu tidak sahaja menjadi satu mercu tanda yang hebat kepada dunia Islam itu amnya namun ia bakal mempunyai fungsi yang pelbagai.

Namun yang uniknya setiap kali masuknya waktu-waktu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, akan terpancar dari jam tersebut satu cahaya lampu yang boleh dilihat sehingga sejauh 28 kilometer (dengan tidak melupakan peranan bilal masjid untuk tetap mengalunkan azan).

Ia adalah cahaya daripada dua juta lampu LED yang menghiasi muka jam tersebut dengan 21,000 darinya terdiri daripada cahaya yang berwarna hijau dan putih, yang selamanya menjadi lambang warna agama Islam yang suci.

Keindahan jam itu menjadi bualan kerana sebanyak 90 juta kaca mozek keemasan digunakan untuk menghiasi keempat-empat permukaan dengan mengambil motif atau corak flora dan fauna.

Selain jam itu sendiri, bangunan Menara Jam Diraja Mekah sangat istimewa kepada umat Islam apabila ia menempatkan dua institusi penting yang pastinya menjadi satu kunjungan wajib oleh umat ke kota suci itu.

Ia ialah Lunar Observation Centre yang selain untuk tujuan pencerapan, ia juga berfungsi untuk melihat anak bulan bagi menetapkan tarikh permulaan Ramadan dan dua perayaan besar, Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Sebuah Muzium Islam juga ditempatkan di bangunan menara itu antara lain bagi memelihara warisan khazanah Islam untuk dijadikan tatapan generasi akan datang.

Bolehkan pelawat menaiki Menara ini? Terdapat dua lif yang akan membawa para pelawat sehingga ke sebuah balkoni atau anjung tinjau iaitu dengan kedudukan lima meter ke bawah kedudukan jam.

Tentunya ia satu pengalaman yang sangat menarik apabila berada di balkoni tersebut yang antara lain bangunan Kaabah yang tidak sekadar menjadi kiblat kepada umat Islam sehinggalah kita melepaskan kerinduan dengan mengucapkan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang makamnya sayup-sayup pada penglihatan mata. -SITI AINIZA KAMSARI
















Pendapat Umar Al-Khattab Tentang Wanita



“Wanita ada tiga jenis. Pertama, wanita yang lemah lembut, iffah (menjaga kesuciannya), muslimah, penyayang dan selalu membantu suami. Jarang kita boleh mendapatkan wanita seperti ini. Kemudian, yang kedua, iaitu yang hanya menjadi tempat mengandung anak, tidak lebih daripada itu. Ketiga ialah wanita yang seperti belenggu, Allah kalungkan kepada oarang yang Dia kehendaki dan mencabutnya jika Dia menghendaki.”

- Abdurahman Asy Syarqawi, Umar The Conqueror, 2011. Yamani Angle Sdn. Bhd., Selangor, ms 476.





Asal : http://webblog.myjodoh.net/2011/07/11/pendapat-umar-al-khattab-tentang-wanita/

Formula Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran

Bukan setakat memohon untuk dikurniakan jodoh, peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat. Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita.

Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”

Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.

Menurut An-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata , “Doa itu termasuk ibadah,” lalu beliau membaca ayat 55 dari surah Ghafir seperti di atas.[1] Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda, “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa.” [2]

Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,

laila.jpg
Kemudian mengatakan, fighrli.jpg atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]

7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]

9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]

Wallahu’alam.

Nota Kaki
======
[1] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3294. bertaraf hassan sahih.
[2] http://haidith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3292.
[3]http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #196.
[4]http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #1077.
[5]http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #3522.
[6]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #738.
[7]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4908.
[8]http://hadith.al-islam.com, Sahih Bukhari #1086.
[9] Fadhilat Al-Quran (terjemahan Madrasah Miftahul ‘Ulum), Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya, Era Ilmu Sdn. Bhd., 2005, ms 87, hadith riwayat Darimi.
[10]http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4916.
[11]http://hadith.al-islam.com; Sahih Muslim #1406.

Thursday, September 8, 2011

CCTV PALING CANGGIH TETAPI PERCUMA

y Ustaz Mohammad Zaini Yahaya

CCTV adalah singkatan daripada closed circuit television iaitu sistem televisyen litar tertutup. Ia adalah satu sistem untuk menjaga keamanan. Sebenarnya CCTV tidak dapat mencegah salah laku dan jenayah secara terus dengan diri sendirinya. Kaitannya dengan penjagaan keamanan hanya boleh dilihat dari beberapa sudut, antaranya:
1. Untuk membantu penyiasatan jika berlaku jenayah.
2. Untuk dijadikan bukti.
3. Untuk menimbulkan rasa gerun kepada pesalah.
Keberkesanan CCTV dalam mencapai matlamat pertama dan kedua tidaklah mudah sebagaimana yang dijangkakan. Pesalah atau penjenayah boleh mengelak daripada dikenali hanya dengan memakai topeng atau topi keledar. Hal ini menyebabkan penyiasatan menggunakan CCTV sering kali menghadapi jalan buntu. Mungkin dalam kes lalu lintas, CCTV banyak membantu kerana kenderaan menggunakan nombor pendaftaran yang mudah dikesan. Namun pemantauan selama 24 jam tidak mampu dilakukan oleh manusia kecualilah setiap CCTV itu dipantau oleh dua orang manusia secara bergilir-gilir. Hal ini kebiasannya tidak berlaku kerana melibatkan pembaziran kos yang ketara. Kebiasaannya beberapa CCTV itu dipantau sekaligus oleh beberapa orang manusia. Paparan yang dilihat oleh pemantau juga dilakukan secara rotation antara CCTV-CCTV yang disambungkannya. Oleh itu kemungkinan pesalah akan terlepas daripada kawalan manusia amatlah tinggi. Kecualilah jika berlaku kes-kes jenayah yang mendesak supaya rakaman CCTV dimainkan semula. Jika begitu keadaannya, banyak kes-kes kecil yang diabaikan. Justeru bolehlah dikatakan walaupun CCTV beroperasi 24 jam, sebenarnya pemantauannya tidaklah sampai 24 jam.
Untuk mencapai matlamat yang ketiga iaitu menimbulkan rasa gerun kepada pesalah juga terlalu sukar, kecuali dalam kes-kes lalu lintas sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini. Kebiasaan pesalah terlepas dan sukar dikesan identitinya menyebabkan ia tidak digeruni melainkan oleh orang awam yang bukan penjenayah.
Itulah kelebihan dan kekurangan CCTV. Belum lagi dilihat kepada kos yang perlu dikeluarkan untuk membeli dan menyelenggarakannya serta tahap ketahanannya.
Sedarkah kita bahawa di sana ada satu sistem yang menyerupai CCTV tetapi berjuta kali lebih canggih daripadanya. Tiada manusia yang akan terlepas daripada rakaman dan pengesanan kesalahan. Malah ia digunakan bukan sekadar untuk mencari kesalahan manusia malah juga digunakan untuk mencari kebaikan. Sistem yang amat ampuh ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran al-Karim menerusi firman-Nya:
Ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada berdekatannya malaikat pengawas yang selalu hadir.
(Surah Qaf: 17-18)
Itulah dua malaikat yang sentiasa mencatatkan amalan manusia siang dan malam tanpa terlelap walau sesaat. Sistem ini dijamin kualitinya oleh Allah SWT. Memadai dengan dua malaikat tersebut menimbulkan rasa gerun di dalam hati manusia jika dia benar-benar beriman kepada perkara-perkara ghaib. Manusia yang beriman yakin dengan tugas dua malaikat ini yang sedang berada berhampiran mereka sekarang ini. Mereka sedar segala catatan amalan tersebut akan diadili secara terperinci di hadapan Allah SWT.
Ingatlah kegerunan yang terdapat dalam hati manusia itu bukan boleh diciptakan oleh manusia. Ciptalah alat secanggih mana dan guballah undang-undang seketat mana pun tetapi selagi ia tidak dapat menimbulkan kegerunan dalam diri manusia pasti alat dan undang-undang tersebut akan gagal.
Lihatlah pada hari ini! Jenayah menjadi-jadi. Mencuri, merompak, merogol dan membunuh tak kira kecil atau besar sehingga bayi yang masih bertali pusat . . . entah apalah kesudahannya masyarakat kita. Pelbagai cara dan pendekatan telah diambil namun tidak kelihatan ia akan berakhir . . .
Hanya dengan kembali kepada hidayah Allah SWT sahaja dapat menyelesaikannya. Kembalilah kepada hukum dan undang-undang Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT lah yang mampu menimbulkan rasa kegerunan dalam hati manusia. Bukankah Allah SWT Maha Bijaksana dalam menentukan hukuman kepada manusia? Firman Allah SWT yang bermaksud:
Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(al-Maidah: 38)
Artikel ini hanya sekadar membuat analogi antara dua sistem yang berbeza. Satu sistem keamanan (security) lahiriah dan satu lagi batiniah. Ia tidak menafikan kepentingan CCTV dn sumbangannya dalam menjamin keselamatan dan keamanan. Namun, analogi ini dibuat untuk menimbulkan kesedaran dalam diri kita betapa canggihnya sistem keamanan Allah SWT dan betapa lemahnya sistem manusia. Justeru, kita mesti tunduk dan patuh kepada segala peraturan dan hukum-hukum Allah SWT. Apatahlagi hukum-hukum yang didatangkan dengan jelas di dalam al-Quran sebagaimana ayat 38 daripada surah al-Maidah yang lalu.
bhttp://islamamatindah.blogspot.com/2011/09/cctv-paling-canggih-tetapi-percuma.html?spref=fb

Wednesday, September 7, 2011

makcik hajjah sitt al-wuzara yang sebenarnya (final)?

-Tubelawak.blogspot.com

segala informasi disini diambil dari laman facebook gaysec dan 'pendedahan eksklusif siapa sebenarnya MHSAW'.. kepada yang tidak mengetahui mengenai MHSAW (makcik hajjah sitt al wuzara) ini, dia ini adalah rakyat malaysia yang telah murtad dan bukan itu saja, dia juga telah menghina dan mencaci kaw-kaw agama Islam.. berikut adalah cerita yang tubelawak rumuskan sepanjang sebulan mengikuti #opsramadhan bersama gaysec dan group pendedahan..

pada mulanya, pihak gaysec telah tersalah target.. pada ketika ini ramai menyangka pihak gaysec tidak bersikap profesional dan hanya sekadar 'script kiddies' pada masa yang sama telah membuat fitnah melulu ke atas arlene tan.. anda sebenarnya telah tersalah.. disebabkan propaganda ini, pihak gaysec telah mengumpul bukti yang cukup untuk membongkar rahsia makcik hajjah serta kuncu-kuncunya dan juga group-group murtad lain di malaysia..


kemudian apabila makcik hajjah berseronok kerana pihak gaysec telah tersalah target.. dia telah menulis surat cinta kepada gaysec.. hal ini juga telah mengantoi-kan dirinya kerana ada diantara rakan mereka (kuncu murtad) telah berkongsi rahsia makcik hajjah melalui email.. inilah rupa makcik seperti yang dikongsikan oleh kuncu-kuncu mereka sendiri

adlin abdul jalil 2011

kalau diperhatikan pada surat cinta untuk gaysec itu, memang sama warna kuku dia kan.. lagipun inilah rahsia yang telah dipecahkan oleh kuncu-kuncunya sendiri.. apa lagi bukti yang anda mahu? jadi siapakah gadis didalam gambar ini? berbalik kepada entry panas yang ditulis oleh 1peluru.. makcik hajjah ini sebenar-benarnya adalah adlin binti abdul jalil.. seorang rakyat malaysia beragama islam yang telah murtad juga telah menghina islam tahap kronik..

info adlin sepenuhnya

jadi sekarang ni, pihak gaysec dan group pendedahan telah menjalankan tugas mereka dengan baik.. terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.. bagaimana dengan kita? mari kita sign e-petition ni beramai-ramai untuk menunjukkan sokongan kita agar mereka-mereka ini (murtadin) dibawa ke muka pengadilan dan diberi tindakan undang-undang..


** sekiranya benar adlin abdul jalil bukanlah makcik hajjah sitt alwuzara kenapa sehingga sekarang masih belum ada laporan polis dari empunya badan ataupun wakil empunya badan?

checkmate!!


rujukan 1 : gaysec.net
rujukan 2 : group pendedahan eksklusif

Ustazah Pilihan : Akhirat atau Duniawi Semata ? - Pandangan Anda?

KUALA LUMPUR: Saluran televisyen Astro Oasis memperkenalkan program realiti terbaru berjudul Ustazah Pilihan yang bakal bersiaran pada 1 Oktober depan.

Program tersebut akan memaparkan pencarian muslimah sejati merangkumi segala aspek kehidupan seperti pendidik, pembimbing dan pemimpin kaum wanita dalam masyarakat.

“Idea menerbitkan program ini adalah rentetan daripada kejayaan program Imam Muda yang ditayangkan di saluran ini. Menjadi tanggungjawab kami untuk memberi pelung kepada kaum wanita untuk mengembangkan bakat mereka.

“Bagaimanapun dakwah yang akan ditampilkan bersesuaian dengan situasi semasa tetapi masih berpaksikan hukum syarak yang semestinya menjadi suatu kelainan selain mampu menarik perhatian masyarakat,” ujarnya pada sidang media Majlis Pelancaran Ustazah Pilihan, di sini, Isnin.

Majlis tersebut turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Menerusi konsep Ustazah Pilihan ini, sebanyak 10 Muslimah akan dipilih menerusi siri pencarian di beberapa buah negeri.

Macam mana nak cakap eh.Entry ni masuk draft dulu,so nak mukaddimah susah sket..haha..

Satu persoalan,ape motif sebenar program ni ? copp,aku bukan nak mengkritik secara terangan tanpa program ini sendiri belom dijalankan lagi,cume nak cuba merungkai persoalan persoalan tentang ustazah pilihan

Memang,kejayaan Imam muda dapat menarik minat anak anak muda dalam bidang dakwah,tak kira lah dari aspek peserta mahupon penonton sendiri,secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat menarik ‘orang muda’ dalam bidang dakwah.Alhamdulillah

Tapi ini tak bermakna ia relevan untuk buat program ‘ustazah pilihan’..Aku tidak nampak langsung program ni sesuai untuk kite semua

Mungkin la,tak nak kasi diskriminasi,ye la,imam muda ade,kenape program ustazah takde plak ? tak kan pompuan tak leh berdakwah ?

Pemikiran moden akan cakap macam tu,tapi tidak dari aspek islam sendiri

Bukan aku cakap islam tidak membenarkan perempuan untuk berdakwah,tidak,tapi tengok keadaan masyarakat serta kesesuaian.

Sebenarnye bende macam ni tak perlu ilmu agama yang tinggi lah..Fikir logik,kalau ustazah ustazah tersebut masuk tv,konon untuk berdakwah,dan ditonton pula oleh jutaan lelaki,macam mana tu ?

Tak kan la kalau tak masuk rancangan tu tak boleh berdakwah ? tipu la..Banyak lagi cara lain.

Seperti yang kite tahu,wanita cantik dan beriman itu tidak dipandang dan tidak memandang..Memang,mungkin nanti mereka boleh jawab,kene pakai purdah.

Tapi korang kene ingat,nafsu lelaki ni macam mana..Ni jujur aku cakap,jangan ingat kite tutup full tu,lelaki takde nafsu ok..still ada,cume berpurdah,tutup aurat semua,kite da bertindak,kite da berusaha tutup ape yang patot..sangat tipu kalau cakap laki takde nafsu kalau perempuan da tutup full pon..hell no

Just imagine lah eh,dengan pemikiran masyarakat kite yang penuh dengan zina,maksiat merata rata,tak mustahil rancangan ini juga akan dibanjiri maksiat.nauzubillah..

Bukan aku berfikiran negative,cume berwaspada..bimbang,mereka yang masuk dalam rancangan tu,akan berubah.Dunia ya ukhti,dunia,kecantikan,boleh ubah kamu dari seorang perhiasan islam kepada pelacur dunia..

Bukan tak pernah ada kes,ustazah buang tudung sebab nak masuk rancangan menyanyi,3-4 tahun lepas,korang dah lupe ke ?

Bukan ape,orang luar mungkin akan cakap ” bagusnya,da la cantik,baik plak tu ”

Orang yang penuh dengan nafsu dialog macam mana pula ? aku malas nak taip lah..pikir sendiri la.Aku tertarik dengan dialog di bawah :

Aku petik salah satu pandangan :

Bak kata Dr Yusuf Qardawi, niat yang baik TIDAK akan menghalalkan yang haram! Fahamilah!

Adakah wanita itu untuk di pertontonkan? Itu ke yang Rasulullah ajar?

Sesungguhnya wanita itu BUKAN untuk di pertontonkan! Sedangkan Nabi bersabda, solat di rumah itu lebih baik bagi kamu(wanita) berbanding di masjid. FAHAMILAH!

Pandangan ustaz azhar idrus :

Mereka cakap,rancangan ini hanya akan ditonton oleh muslimah sahaja..astro,jangan jadi bodoh,boleh ? macam mane kau nak prevent sang jantan dari tengok rancangan tu ?

Mane pergi ulama ?

Hadis ke-30 Akhir Zaman-Islam Nama Sahaja
Daripada Ali bin Abi Talib berkata:telah bersabda Rasulallah SAW; Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal drpd al-Quran itu kecuali hanya tulisannya.

Masjid² mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat² makhluk yg ada di bawah kolong(naugan) langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepda mereka fitnah itu akan kembali”-H.R al Baihaqi

Bagi aku,senang..siapa yang masuk rancangan itu,sudah pasti die keliru mengenai ”apa itu wanita solehah ”

Ibarat kau belajar kelas agama,ilmu agama penuh di dada,tapi kau berkelakuan lebih dari seorang jahil.

Sungguh,bile sang jahil berbuat dosa,die akan di pandang hina

Namun lagi hina bila seorang pencinta ilmu berbuat dosa sedangkan die mengetahui kebenaran..

About the author

woot woot wrote 263 articles on this blog.

founder wootmedia.my network,seorang pelajar jurusan aircraft engineering..berusaha menjadikan web/blog sebagai medan dakwah.seorang manusia yang tidak sempurna..tolong tegur beliau kalau ade buat salah yer :)

    Tuesday, September 6, 2011

    Bintang-bintang sukan terkenal muslim yang teguh berpegang kepada agama

    Ketika ayat-ayat Alquran sudah melekat kuat dalam hati seseorang, tidak seorang pun yang dapat mengubah keyakinan tersebut. Walaupun hal itu harus mengorbankan karier, kemasyuran, dan sebagainya.

    Untuk menjadi bintang terkenal dunia, khususnya di bidang sukan, seseorang yang sudah mendapat hidayah Allah swt, tidak harus melepas jati diri sebagai Muslim yang taat.
    Bila iman sudah melekat ke dalam lubuk hati seorang Muslim, maka banyaknya wang, harta, kemasyuran dan berbagai tawaran dunia yang menggiurkan tidaklah sebanding nilainya dengan jati diri sebagai Muslim taat.

    Paling tidak, inilah yang dirasakan oleh beberapa bintang terkenal Muslim di dunia sukan :
    1. Sari Al-Shoq, pemain team basket wanita Swis kenamaan berumur 19 tahun yang berasal dari Iraq ini, lebih memilih meninggalkan dunia basket yang sangat ia cintai daripada menanggalkan tudungnya.
    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhA8OkPAIEbeiYUx8VL3TqENUJMzuRu7CHkJBMq_iiXgRPVIewJGPhyphenhyphentP4fRwYoRN-w_i1AV60did0HG9ySwxm4oD17TBWkJURX00WUMmnORG-8HLsbwQcl3UPTHPOUZ4VeH9rpTfo4WOP7/s1600/bintang_top1.jpg
    2. Marwan Al-Shemakh. Penyerang kelab Bordeaux Perancis berasal dari Maghribi ini terkenal dengan akhlaknya yang mulia. Dia menolak terbang ke Palestin di mana Yahudi mendirikan Negara Israel di sana untuk bermain dengan kelab Mukaby Heifa dalam pertandingan kelab Eropah.

    Ia lebih memilih berehat daripada bermain satu padang dengan musuh Allah, Rasul-Nya dan kaum Muslimin. Ini adalah sikap mulia yang perlu dicontohi oleh para pemimpin dan tokoh umat Islam hari ini.

    Baro’ (berlepas diri) dari musuh-musuh Allah itu sebahagian dari akidah Islam. Mungkin begitu yang tersirat dalam hatinya.
    http://images.icnetwork.co.uk/upl/nejournal/dec2009/4/3/marouane-chamakh-87996454.jpg
    3. Amir Khan memenangkan pertarungan melawan rasis. Hatinya sangat terluka semasa mendengar teriakan berbau rasisme yang dilontarkan para penonton semasa dia bertanding di atas ring kerana ia berkulit coklat dan beragama Islam.
    Sebagai seorang petinju Muslim, teriakan jahiliyah itu tidak ia balas dengan jahiliyah juga. Namun ia buktikan dengan professionalisme di atas gelangang.
    Iapun berhasil mengalahkan dan menjatuhkannya lawannya seorang Yahudi ultra rasialis berasal dari Amerika, Dmitry Salita.
    Terhinalah seorang Yahudi di hadapan ribuan penyokongnya sendiri. Lalu, Amir Khanpun berhak menyandang gelaran juara tinju dunia 2009.
    http://2.bp.blogspot.com/-emEmkP9PcKw/Ta6wIEUvQNI/AAAAAAAAAuA/EAoE5zK61OA/s1600/Amir-Khan-boxing.jpg
    4. Para pemain Muslim kelab Cartel Bebel menolak bertanding dengan kelab Paris Foot Gay yang semua pemainnya adalah para gay. Mereka sedia berangkan pulang dari Prancis.
    Malah mereka menulis surat protes sambil menjelaskan bahawa akidah dan keyakinan mereka lebih penting dari pertandingan sepak bola. Mampukah para pemain Muslim di negeri ini bersikap seperti itu?
    5. Lain lagi dengan Kanuti. Sebagaimana kebiasaannya, ia tetap berpuasa walaupun sedang bertanding sekalipun. Padahal fatwa boleh berbuka di bulan puasa bagi Muslim yang profesion sukan dan digantikan pada bulan yang lain semasa mereka berehat .
    Namun, Fredrik Omar Kanuti ini tetap sahaja berpuasa di bulan Ramadhan tahun lalu. Semasa di tanya kenapa, dengan mudah ia menjawabnya : Puasa memberi saya kekuatan lahir dan batin.
    Sebagai seorang penyerang di salah sebuah kelab Sepanyol ternama, tentulah ia berlimpah wang kerana bayaran yang sangat mahal. Namun, jati diri sebagai Muslim tidak pernah ia tinggalkan, seperti berpuasa Ramadhan, berdoa’a sebelum bermain dan ucapan syukur setelah menjaringkan gol, berzikir semasa bermain, solat di awal waktu di manapun ia berada dan sebagainya.

    Selamat berjuang wahai generasi generasi Islam. Semoga mereka semua menjadi teladan para pemimpin dunia Islam dan generasi mudanya….(eramuslim.com)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...