Followers

Monday, March 28, 2011

Mari belajar dari alam

Dalam kita belajar dalam mengEsakan Allah, kita selalu saja digalakkan belajar dari alam sekitar kita. Kita juga tahu dan pada yang tidak tahu, alam kita sering sahaja berzikir pada Allah dan kali ini mari kita melihat bagaimana haiwan mengamalkan ayat quran dalam hidup mereka.

Lucu bukan tetapi jika kita melihat pada ayat quran yang berbunyi;

Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.

Saya berasa yang para pembaca cukup faham tentang ayat quran ini terutama yang diboldkan kerana haiwan yang tidak berakal pun mampu untuk melaksanakan ayat ini, mengapa tidak kita?

Saya berharap kita tidak menjadi lebih teruk dari haiwan dipandangan Allah. InsyaAllah sekiranya kita mengamalkan ayat-ayat quran dengan betul.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...