Followers

Friday, July 22, 2011

APA LAGI ALASAN UNTUK MALAS SOLAT

RASULULLAH saw yang diJAMIN MASUK SYURGA dan TIADA DOSA-DOSAnya... masih LUARBIASA solatnya... BAGAIMANA DENGAN KITA umatnya???... Jadi apa ALASAN anda tidak mahu solat? kenapa mesti MALAS solat?Ini jawabnya!!!

ustaz saya tak boleh kena air..... TAYAMUM!!!...

ustaz saya tak boleh berdiri..... DUDUK!!!

ustaz kaki saya tak boleh lipat..... duduk atas kerusi!!!

ustaz tak boleh duduk atas kerusi, ada bisul..... BARING dan gunakan mulut!!

ustaz tak boleh gerakkan mulut.... solat dengan SYARAT iaitu guna MATA!!!

guna mata pun tak boleh ustaz.... solat guna HATI!!!

kalau masih tak boleh guna hati.... BUNGKUS bawa ke KUBUR!!!

Apa lagi alasan malas solat?

TERLALU KAYA jadi tak perlu solat?

- ada sesiapa disini yang mampu menandingi kekayaan NABI SULAIMAN as?

bagaimana kekayaan Nabi Sulaiman? perkarangan rumahnya dipagari EMAS!!! siapa disini punya rumah pagar emas??kalau tak silap ... zaman nenek moyang kita dulu... paling kaya pun pakai GIGI PALSU EMAS!!... Nabi Sulaiman yang kaya tetap beribadah kepada ALLAH swt...

TERLALU MISKIN, macammana nak solat? -

Demi Allah, dari Adam sampai detik ini... belum ada yang semiskin NABI ISA as...

bagaimana miskinnya Nabi Isa as? Nabi Isa hanya mempunyai 2 harta iaitu buah sisir dan pakaian yang melekat di tubuhnya.... tapi Nabi Isa tetap beribadah kepada ALLAH swt...

SAKIT jadi tak boleh SOLAT?-

ada sesiapa disini yang punya penyakit seperti NABI AYUB as?

bagaimanakah kesakitan yang dialami oleh Nabi Ayub as??seluruh tubuhnya dimakan ulat tetapi Nabi Ayub sentiasa berdoa kepada ALLAH swt "ya ALLAH, jangan sampai hati dan lidahku dimakan ulat... kerana, kalau hati dan lidahku juga dimakan ulat, maka siapa lagi yang akan menyebutmu ya ALLAH!!"... walaupun pipinya dimakan ulat sehingga menampakkan gigi... Nabi Ayub tetap beribadah kepada ALLAH swt...

TERLALU TINGGI PANGKAT??? - bicara tentang pangkat... demi Allah, sampai detik ini, belum ada yang mampu menandingi pangkat RASULULLAH saw... apakah pangkat Baginda??? Baginda ialah AMIRULMUKMININ yang kita gelarkan PRESIDENT di zaman moden ini... President sekarang memerintah sebuah negara... tapi Amirulmukminin memerintah beberapa buah negara di zaman RASULULLAH... Baginda juga ialah PANGLIMA PERANG yang kita panggil JENERAL di zaman ini...

GAGAH PERKASA lagi TAMPAN, jadi tak perlula solat?

- ada sesiapa disini yang mampu menandingi KETAMPANAN NABI YUSUF as?

ALLAH menciptakan kecantikan @ ketampanan sebanyak 100... Nabi Yusuf as sahaja dah diberikan 65 untuk dirinya sendiri... bakinya masih ada 35... 34 dibahagi2kan untuk semua para Nabi... jadi berapa lagi balance??? 1 la!!! dan 1 itula yang dibahagi2kan untuk kita manusia biasa termasukla saya... kita saja pun dah ada yang luarbiasa cantik dan tampan inikan pulak Nabi Yusuf, 65 untuknya seorang... tetapi Nabi Yusuf tetap sujud kepada ALLAH swt...

Jikalau ORANG KAYA yang tak solat.... kita mungkin beranggapan bahawa dia kaya, ada rumah besar, ada kereta mewah, punya jawatan yang tinggi, popular dan handsome lagi... meskipun diakhirat nanti dia tetap akan MISKIN... tapi ada juga sesetengah org... dia dahla miskin, takde keja, takde kereta apatah lagi rumah, tak popular, tak handsome dan TAK SOLAT lagi!!!... tak guna betul jadi manusia!!!

Walau bagaimana pun... Alhamdulillah kerana anda2 yang lain masih solat walaupun ada yang mengerjakan solat jumaat sahaja... tapi, alangkah indahnya jika solat wajib itu kita kerjakan bersama-sama solat jumaat dan solat-solat sunat yang lain...


kerana sesungguhnya... "tiada keselamatan bagi mereka yang tidak solat"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...