Followers

Share it

Tuesday, August 9, 2011

Doa Nabi Kepada Anas Bin Malik - Doa Baik di Amalkan Ketika Solat Dhuha




Syukur kepada Allah. Aku masih berdaya menaip di sini. Kali ni merupakan perkongsian satu video dengan anda semua. Lama betul aku tak kongsi video dengan anda. Video ni menerangkan tentang satu doa daripada Rasulullah S.A.W kepada Anas bin Malik ( khadam nabi ). Sangat berkat doa yang dipinta oleh kekasih Allah ini. Boleh la cuba salin doa tu dan amalkan. Seperti yang Uztaz Zahazan cakap dalam video tu, boleh dapat 2 in 1 . Dapat doa dan dapat mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Jom tengok video ni!! Alah, sekejap je, rasss~





Doa khusus Nabi SAW kepada Anas B Malik :

Allahumma , aksir maalahu, wa waladahu, wa wassiqlahu fiddarihi, wa bariklahu fi ma a'toitahu, wa ahsin a'malahu, warghfirlahu.
Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya, luaskanlah rumahnya, berkatilah dia pada semua kurniaanmu kepadanya, perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.

Mengikut catatan (ceramah), Anas memang kaya, mempunyai ramai anak ( 120 orang ), umur ketika wafat 104 tahun dan meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW

Untuk lebih info tentang Anas Bin Malik boleh pergi ke sini..


Walahua'lam

Muhammad Iqbal

Baling, Kedah

1 comment:

Yuuki Taiyou said...

Mohon teks doa dalam bahasa Arab. Terima kasih.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...