Mungkin ramai yang sedang menunggu apakah rahsia Mikraj yang boleh menumbangkan teori Einstein. Sori…aku tak tau. Konspirasi ini adalah rekaan…dan aku belajar dari media Umno. When you failed..blame the Jews.Bukan orang-orang terpelajar saja yang akan terpengaruh..malah Tok-Tok Imam pun akan buat khutbah menyalahkan Yahudi.
Idea untuk menulis konspirasi ini lahir setelah membaca satu survey yang dibuat di Amerika tentang sejauh mana pelajar-pelajar Amerika memahami sejarah. Pada masa dulu, sesiapa yang hendak mempelajari sejarah, terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli buku. Bukan senang nak dapatkan buku terutama kalau seseorang itu tinggal dikawasan pedalaman.
Kajian yang dilakukan di Amerika keatas seramai 2500 orang mendapati 71% daripada rakyat Amerika gagal dalam ujian sejarah. Lebih teruk..kegagalan ini begitu tinggi dikalangan mereka yang berumur 30 tahun kebawah..sedangkan kumpulan inilah yang mempunyai akses kepada pelbagai sumber maklumat. Boleh baca kat sini..atau sini. Tak cukup boleh google lagi.
Sekarang, semua maklumat berada dihujung jari. Cuma Google. Begitu mudah untuk mendapat maklumat…tetapi maklumat-maklumat ini juga boleh disalahgunakan atau dimanipulasi untuk membentuk pemikiran. Dan berapa ramai pula yang mempercayai apa saja yang disogokkan tanpa mengkaji apakah maklumat tersebut betul atau tidak.
Ini yang berlaku semasa Perhimpunan BERSIH 2.0.
Orang-orang pro-BN mempercayai apa saja yang ditulis dalam Utusan, TV3, ataupun blog-blog pro-BN. Manakala orang Pakatan mempercayai apa saja yang ditulis dalam blog-blog pro-Pakatan.
Banyak pembohongan berlaku semasa Bersih 2.0. Baik dari pro-Pakatan ataupun pro-BN. Malah polis juga banyak menipu. Tapi berapa ramai yang cuba berusaha dengan fikiran terbuka untuk mengetahui yang mana satu betul?
Apabila aku menyiarkan Konspirasi Yahudi 1, ia menarik minat. bila aku siarkan Konspirasi 2, ia semakin popular. Bila aku siarkan konspirasi 3, ia menjadi top hits.Bila aku siarkan konspirasi 4, baru ada orang yang sedar tentang percanggahan fakta.
Tak susah untuk menipu. Hanya perlukan 50% fakta dan 50% auta.
Cuba bandingkan berita The Star dan Mstar hari ini dibawah tajuk yang sama dan perhatikan perbezaannya. Satu bahasa Melayu..untuk orang Melayu dan satu lagi Bahasa Inggeris untuk pembaca bahasa Inggeris. Satu berita yang sama..tetapi penyampaian yang berbeza untuk dua kumpulan pembaca yang berbeza. Bagaimana pula dengan Utusan dan TV3?
Konspirasi Yahudi menakluk Malaysia hanyalah rekaan. sesiapa yang menghantar email dan sms bertanya aku…aku bagi tau terus-terang ianya adalah fiksyen. Aku mahu mencari sesuatu…bagaimanakah orang Melayu berfikir?
Dalam posting yang aku buat, aku sertakan pautan. dan sesiapa yang meneliti pautan tersebut akan mendapati bahawa apa yang aku tulis hanyalah separuh betul. Kemudian aku bubuh tajuk sensasi dan ini hasilnya.
Dibelakang laman yang hangpa baca ini adalah dashboard yang menyediakan statistik berapa jumlah pelawat, berapa ramai yang baca setiap posting.
Kalau aku tulis cerita betul…tak berapa popular. tapi kalau ditambah dengan sensasi, walaupun ianya separuh betul, ia akan menjadi hits.Dan dibawah pula ialah posting yang mereka baca.
Lebih 80% daripada pelayar yang melawat Malaysiatimes membaca posting yang berkaitan konspirasi Yahudi. Tetapi berapa ramai yang mahu menilai tulisan aku itu sama ada betul atau tidak? Tak susah…cuma klik pada link yang aku bagi…dan hangpa boleh tau sama ada ianya betul atau tidak. Tetapi jumlah yang mahu menilai ini cukup sikit. Tengok berapa ramai yang membuat klik pada link dan bandingkan dengan jumlah pelawat.
Hanya 8% yang membuat klik pada pautan yang diberikan!! Adakah ini bermakna lebih 90% yang lainnya hanya membaca dan kemudian terus membuat keputusan? Ada yang mempertikaikan tentang orang Tabligh…ada yang mengeluarkan pelbagai teori..macam-macam.
Hanya dua komen yang positif. Satu dari Chor…
Persoalan utama posting ini: adakah pemikiran kita selama ini dibina atas kajian sendiri atau dibentuk oleh manusia lain dan diterima bulat2.
Dan satu lagi dari kgpadangbalang..
bang mat, kenapa ambik wiki tu separuh-separuh?
bendera asal tu ada 11 jalur je dan bukan terus 14.
para 4 di bawah tajuk Sejarah:
Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
See…kesilapan aku ialah menyiarkan artikel tentang Bendera Malaysia dan disitu aku terperangkap. Tapi kalau aku teruskan dengan Konspirasi Yahudi...aku percaya aku boleh memperdayakan lebih ramai lagi pembaca.
Minggu lepas dan minggu sebelumnya, semasa aku diminta untuk menyampaikan taklimat tentang pilihanraya, ada orang tanya aku.
Adakah video seks Anwar itu betul?
Bagi penyokong Anwar sudah tentu mengatakan video ini palsu. Bagi penyokong BN..sudah pasti mengatakan benar. Tapi ini bukan kumpulan sasaran Umno untuk menang pilihanraya. Penyokong Anwar akan tetap menyokong Anwar walau apapun yang Umno sogok. Penyokong Umno akan tetap menyokong Umno walaupun direndam dalam Clorox. Sasarannya ialah pengundi atas pagar. Dan kalau Umno berjaya mencipta persepsi…itu sudah cukup. Kebenaran adalah persepsi. Berapa ramai pengundi diluar bandar yang ada akses internet? Tapi mereka ini semestinya membaca Utusan dan menonton TV3.
Satu soalan lagi…Benarkah peserta BERSIH melakukan keganasan? .
Kumpulan sasaran Umno ialah pengundi luarbandar yang tak ada akses internet dan hanya mendapat maklumat melalui Utusan dan TV3, dan kalau melihat tentang laporan yang dibuat…memang betul BERSIH melakukan keganasan. Apa yang perlu dilakukan oleh media Umno termasuk polis ialah menyiarkan berita 50% fakta dan 50% auta. . hanya 8% yang akan berfikir dan berusaha mencari kebenaran, manakala 92% lagi akan menerima bulat-bulat.
Now you know, pasai apa orang Melayu cukup senang ditipu?
Satu masa dulu, ramai orang Melayu tertipu dengan Skim Cepat Kaya. tak susah untuk menipu Melayu…letakan seseorang yang berpengaruh sebagai Ahli Lembaga Pengarah…cukup untuk meyakinkan orang Melayu bahawa Skim itu akan memberikan pulangan yang lumayan.
Bila terperangkap…taktik tersebut diubah. Kali ini dengan menyediakan produk-produk yang di iktiraf oleh artis-artis. Banyak produk mengambil artis sebagai duta produk.
Kemudian berlaku revolusi Tongkat Ali. Apa saja yang berkaitan dengan Tongkat Ali, Melayu akan terima.
Lepas tu berlaku satu lagi perubahan untuk menguasai orang Melayu. Bila artis dah tak laku, depa bubuh tokoh-tokoh ugama.Apa saja produk perlu diendorsekan oleh tokoh ugama. Dari kismis sampai Shaklee.
Bila tokoh ugama pun tak laku…sekarang depa jual ugama. Sampaikan ada pakej tahlil untuk mendoakan orang yang dah mati dengan bayaran tertentu sempena bulan Ramadan ini.
Media can be used and abused. Religion can be used and abused. Unfortunately…people can also be used and abused.
Sekarang ini, parti-parti politik sedang menyediakan beratus ribu risalah dan manifesto. Bila tiba pilihanraya, maka akan berlakulah lambakan maklumat. Bagaimana hangpa nak buat keputusan?
Tak perlu salahkan Yahudi. Yahudi sudah ada dikalangan orang-orang Melayu sendiri.
Sumber : http://www.malaysiatimes.my/2011/07/31/konspirasi-yahudi-menakluk-malaysia-akhir/
No comments:
Post a Comment