saya berkerja di putrajaya dah 2tahun, menyewa di bangi... kampung asal saya di pengkalan chepa kota bharu. saya acap balik ke kb. sekerap seminggu sekali kerana isteri saya menetap disana... saya keliru apabila saya ingin melakukan jamak dan qasar ni. tolong uraikan untuk saya..
segala usaha tuan mejelaskan kekeliruan saya saya ucapkan ribuan terima kasih. Salam
-------
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Difahami daripada soalan saudara, bahawa saudara mempunyai dua tempat tinggal, iaitu satu di Kelantan bersama dengan isteri, dan satu lagi di Putrajaya sebagai tempat bekerja.
Dan saudara dikira menetap (iqamah) di kedua-dua tempat tersebut. Maka tidak harus mengambil rukhsah qasar dan jamak solat di kedua-dua tempat itu. Tetapi dalam perjalanan antara dua tempat itu, masih boleh qasar dan jamak kerana musafir.
Rujukan:
- Fatwa Lajnah Daemah (8/148)
Sumber : koleksi soaljawab jamak dan qasar
No comments:
Post a Comment