Followers

There was an error in this gadget

Wednesday, May 4, 2011

10 Haiwan Yang Paling Sukar Ditemui Di dunia - Ciptaan Allah

Makhluk-makhluk ini berada di tempat-tempat tersembunyi seperti lautan dan gua yang dalam Haiwan – haiwan berikut ini mungkin bukan yang paling comel, tetapi mereka adalah jenis haiwan yang paling sulit ditemui di bumi.


solenodon 10 Haiwan Yang Paling Sukar Ditemui Di DuniaSolendon

Solendon adalah mamalia kecil yang berasal dari Cuba . Makhluk ini sangat mirip dengan tikus, ia memiliki muncung panjang dan ekor bersisik. Namun, Solenodon memiliki muncung yang fleksibel berbanding tikus kasturi.

Ciri khas lain dari haiwan ini adalah bahawa haiwan ini sangat beracun. Solenodon adalah satu-satunya mamalia yang dapat menyuntik mangsanya dengan bisa. Jadi yang terbaik adalah berundur jika anda terserempak makhluk ini, kerana mereka suka menggigit manusia.

.




Kakapo 10 Haiwan Yang Paling Sukar Ditemui Di DuniaKakapo

Kakapo adalah satu-satunya kakatua yang tak boleh terbang di planet ini, sedangkan keluarga mereka yang lain melakukan perjalanan yang jauh melalui udara. Spesies ini memilih untuk berjalan kaki atau naik dari tempat satu ke tempat yang lain, untuk bergerak. Burung ini mampu mencapai berat sehingga 8kg

.

.







Olm

Olm 10 Haiwan Yang Paling Sukar Ditemui Di Dunia

Olm adalah amfibia yang berasal dari Eropah, terutama di kawasan Itali. Makhluk ini memiliki tubuh panjang berwarna putih, dengan empat kaki kecil. Sekilas pandang, ia kelihatan sangat mirip dengan ular kecil.

Haiwan ini menghabiskan hidupnya di gua-gua bawah tanah. Makhluk ini mempunyai mata yang tidak berkembang dan benar-benar buta. Walaupun Olm tidak dapat melihat bukan bererti ia tak berdaya. Olm mempunyai pendengaran dan deria bau yang sangat tajam.


Bumblebee

Bumblebee Bat 10 Haiwan Yang Paling Sukar Ditemui Di Dunia

Kelawar Bumblebee dapat ditemui di gua-gua batu kapur, Tenggara Thailand dan Burma. Bumblebee dewasa panjangnya hanya satu inci dari kepala ke ekor. Kelawar ini membesar dengan memiliki ciri lain yang membezakannya dengan kelawar lain, iaitu muncungnya yang menyerupai muncung khinzir.


Ichthyophis Kohtaoensis

Ichthyophis Kohtaoensis 560x373 10 Haiwan Yang Paling Sukar Ditemui Di Dunia

Ichthyophis Kohtaoensis adalah amfibia yang ditemui di Kamboja, Laos dan Thailand. Makhluk ini memiliki tubuh seperti ular dengan ekor runcing.

Reptila ini memiliki tubuh kelabu gelap dengan perut kuning. Salah satu ciri yang membuat reptilia ini unik adalah ia memiliki dua otot yang mengawal rahang.



Frilled Shark

frilled shark 10 Haiwan Yang Paling Sukar Ditemui Di Dunia

Sehingga abad ke-19 para saintis menganggap bahawa haiwan ini sudah mati bersama dinosaur. Namun, ini terbukti tidak benar, kerana beberapa nelayan pernah menangkapnya dan juga terdapat beberapa penemuan bangkai makhluk ini.

Yu ini terlihat mirip dengan belut, ia memiliki tubuh memanjang. Haiwan ini memiliki kepala berbentuk segitiga dengan tubuh panjang.


Monito Del Monte

monito del monte 10 Haiwan Yang Paling Sukar Ditemui Di Dunia

Monito Del Monte adalah istilah Sepanyol untuk “monyet kecil”. Tapi nama ini tidak benar. Monito Del Monte sebenarnya adalah marsupial yang hidup di Chili dan Argentina.

Spesies mamalia ini dianggap pupus lebih dari 11 juta tahun yang lalu. Namun, penjelajah modern menemui makhluk ini di era modern.

Marsupial kecil ini memiliki tubuh tikus dengan bulu coklat dan besar, telinga runcing dan ekor panjang. Ciri – ciri yang membezakan haiwan ini adalah matanya yang besar dan ia hidup di pohon-pohon di hutan hujan. Ekor panjang membantu ia untuk berayun dari cabang ke cabang.



Addax

Addax 10 Haiwan Yang Paling Sukar Ditemui Di Dunia

Jenis Kijang ini sangat jarang ditemui di gurun Sahara. Spesies ini memiliki gigi persegi seperti lembu. Juga, tanduk spesies ini sangat panjang dan melengkung



Dugong

Dugong 533x400 10 Haiwan Yang Paling Sukar Ditemui Di Dunia

Dugong adalah haiwan laut besar yang sangat menyerupai Manatee. Sementara makhluk-makhluk sejenis yang berada dalam keluarga yang sama disebut Sirenia, mereka berbeza dari Manatee.

Dugong dapat ditemui di perairan utara Australia dan wilayah Indo-Pasifik. Mamalia ini memiliki tubuh panjang dengan dayung seperti sirip ke arah kepala.

Ekor haiwan ini mirip dengan ekor lumba-lumba. Makhluk ini memiliki mulut yang terkeluar dan berada dalam posisi menegak dengan kepala terbalik ke bawah, sehingga mudah untuk memakan rumput di dasar laut.



Saola

saola 10 Haiwan Yang Paling Sukar Ditemui Di Dunia

Saola setakat ini merupakan mamalia yang paling jarang ditemui di Bumi. Makhluk ini adalah berasal Vietnam dan Laos. Haiwan ini membesar dengan tinggi sekitar 3 meter. Sekilas pandang terlihat mirip dengan kambing.

Mamalia ini memiliki ekor kecil dan telinga panjang. Namun, haiwan ini memiliki ciri yang sangat berbeza dengan kambing. Ia memiliki bintik-bintik putih dan garis-garis pada wajahnya



Sumber: 10 Haiwan Yang Paling Sukar Ditemui Di Dunia | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/10-haiwan-yang-paling-sukar-ditemui-di-dunia/#ixzz1LReBlyyz

1 comment:

Hideossle said...

subhanallah..kuasa Allah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...