Followers

Friday, May 6, 2011

FACEBOOK RANGSANG SEKS REMAJA.

Fenomena ini semakin hebat di negara kita dengan statistik dikeluarkan 77Agency Limited, agensi yang menghimpunkan data pengguna Facebook seluruh dunia merekodkan 10.27 juta rakyat Malaysia mempunyai akaun Facebook, iaitu lebih satu pertiga daripada penduduk Malaysia.

Daripada 10.27 juta pemilik akaun Facebook di negara ini, 5.5 juta daripadanya lelaki yang menunjukkan meskipun penduduk wanita lebih ramai, lelaki lebih suka menghabiskan masa dengan laman sosial sebegitu, mungkin untuk tujuan baik iaitu mengembangkan perniagaan tetapi tidak dapat dinafikan peranannya turut menyuntik gaya hidup negatif.

Lebih mengejutkan apabila statistik menunjukkan 2.7 juta penggunanya berumur di bawah 13 tahun iaitu peringkat pendidikan rendah. Pendek kata, lebih 20 peratus pengguna Facebook ialah kanak-kanak!

Untuk diperhalusi, 11,800 pengguna Facebook di negara ini menunjukkan minat terhadap hubungan seks dan daripada jumlah itu lebih 2,000 daripadanya berusia bawah 13 tahun. Kenapa mereka semuda ini berminat dengan hubungan seks dan apa yang mempengaruhi mereka?

Beliau berkata, ancaman besar yang dimaksudkan ialah keakraban itu akhirnya menyebabkan remaja atau kanak-kanak berkongsi sesuatu yang boleh merangsang minda negatif seperti hubungan seks.

“Gaya bahasa terbuka dan tidak ada tapisan dan perkongsian gambar seksi menarik perhatian ramai mengenali mereka. Sekarang di Facebook, orang tidak kisah menelanjangkan maruah dengan berkongsi gambar seksi semata-mata untuk meraih perhatian.

“Senario itu menambahkan populariti mereka dan tentu sesuatu yang tidak sihat. Gejala sebegini menjadi trend kanak-kanak dan remaja. Paling membimbangkan, jaringan tanpa had ini menjadi ruang orang menabur fitnah mengenai politik dan apa saja yang dikongsi seluruh dunia.

Apa yang dilihat dan dilayari saban hari melekat dalam minda, malah trend semasa pengguna Facebook tidak segan silu berkongsi gambar seksi semakin mudah diakses pengguna muda.

“Percaya atau tidak ada yang gelisah jika tidak dapat membuka Facebook dalam sehari. Ia kini bukan setakat sumber maklumat dan hiburan tetapi juga ejen pembentukan karakter. Mangsanya ialah kanak-kanak. Jika bangga menelanjangkan diri (bergambar seksi), mereka juga tidak kisah menjual diri.

“Di Facebook tiada lagi rahsia. Inilah yang dinamakan hidup yang telanjang. Saya juga selalu berdepan kes suami isteri bercerai kerana Facebook.

Berdasarkan statistik itu juga menunjukkan golongan usia antara 20 hingga 30 tahun adalah pengguna Facebook paling ramai iaitu lebih 4.6 juta orang manakala terdapat hampir 345 ribu pengguna yang melebihi usia 50 tahun.

Seramai 67,700 pengguna Facebook di negara ini menunjukkan minat terhadap peluang perniagaan dan 211,200 daripada mereka mahu mencari kenalan.

WOW! Peranan facebook di malaysia memang ada pro-cons bagi rakyat malaysia. Fakta menarik yang aku nampak kat atas ialah ;

1. Facebookers lelaki lebih ramai dari facebookers perempuan.

2. 2.7 pengguna facebookers ialah berusia 13 tahun ke bawah. Errr.. ada ke sedara mara aku termasuk sekali?

3. 2,000 facebookers remaja bawah 13 tahun cenderung ke arah seks. Kecik-kecik lagi dah nak tahu pasal seks. Herm.. ada orang islam tak?

4. Isu upload gambar seksi. Yang neh memang ramai buat begitu. Terlalu seksi. Tak kisah lah islam ke bukan islam ke tapi aksi seksi tue memang seksi habis macam nak menjual tubuh pun ada. Adoii.. aku rasa kalau mak bapak dorang tengok pun mak bapak dorang pengsan.

5. Facebook dan politik dah jadi macam darah daging. Memang facebook digunakan untuk berpolitik pun bagi parti pembangkang sebab media arus perdana tak layan perjuangan kami. Tapi bn menggunakan facebook untuk tabur fitnah dan aibkan pemimpin.

6. Yang bercerai pasal facebook pun ada? Hehehe.. macam2 lah dorang neh. Kalau dah gitu laki-bini usah main facebook lah.

Sozcyili : Facebook dan aku bagai aur dengan tebing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...