Memang cemburu melihat rumahtangga da'ie itu. Rumahtangga yang penuh dengan mawaddah dan rahmah.
Sejuk hati melihat mereka. Hidup penuh kesungguhan. Penuh semangat dan disiplin. Penuh mujahadah kesuburan kehidupan mereka hingga membuatkan kita teruja untuk berada dalam suasana itu.
Itulah qudwah yang ditunjukan oleh seorang syuyukh (seorang yang senior didalam dakwah) itu dalam membina team dakwahnya.
Teringat aku akan katanya, bila aku bertanya apakah ramuan pembinaan rumahtangganya. Dia hanya memetik ayat dari surah Maryam iaitu ayat 5 dan 6:
dan sesungguhnya aku khuatir terhadap kerabatku sepeninggalanku, sedang isteriku seorang yang mandul, maka anugerahkanlah dari sisi Engkau seorang Putera yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah dia, ya Tuhanku seorang yang diredhai ...
"Ana tiada ramuan apa apa akhi, cuma sebuah cita-cita! Cita-cita untuk mewariskan tahta dakwah ini dan tugasnya sekali. Sepertimana doa Nabi Zakaria yang berhajat pada anak yang punya darah dakwah untuk meneruskan tugasnya. Itu saja cita-cita ana." Berkaca matanya penuh kesungguhan menceritakan niatnya.
"Tak guna kita katakan jalan dakwah ini panjang kalau kita tak plan untuk menyediakan pewarisnya. Mungkin kita boleh bina anak usrah kita tapi tak kan sama dengan anak-anak sendiri. Anak usrah akan lari, akan hilang bila mereka tidak tahan diuji ditengah masyarakat nanti dan kita tidak dapat menjamin untuk senantiasa dapat memantau mereka. Tapi anak sendiri insyallah, kita boleh acu mereka dengan acuan kita kerana mereka hidup bersama kita siang dan malam. Disinilah kelebihannya!" Dia menyambung dengan kekuatan hujahnya.
"Anta boleh jamin tak anak usrah bimbingan anta akan menjadi? Bolehkah anta akan memberi sepenuh perhatian dengan mereka? Setakat ini berapa ramai yang istiqamah? Berapa ramai yang bersama anta dari dulu sampai sekarang? Atau pun banyak yang telah hilang! Inilah realiti akhi! Nak lahirkan sorang mutarabbi yang istiqamah pun susah! Apa lagi nak lahirkan seorang murabbi! Justeru itu kita kena ada plan A dan plan B dalam menyediakan pewaris. Plan A adalah mutarabbi kita dan plan B adalah anak-anak dari zuriat kita." Ternganga aku dengan caranya menyusun planning tarbiyahnya.
"Apa yang penting anta kahwin dulu!" Dia mentertawakan aku.
"Ana akan sambung lagi bila anta dah kahwin! Tak guna ana cerita kat anta panjang panjang tapi anta tak boleh nak buat." Dia menyambung ketawa kecilnya. Aku turut tersenyum sambil meenganggukkan kepala tanda setuju.
Memang hakikat perjalanan dakwah ini panjang. Pertarungannya juga amat sengit dan lama. Perjuangannya bersilih ganti dari satu generasi ke satu generasi. Memang sepatutnya yang telah mempunyai keluarga akan memikirkan hal ini. Takut apa yang diperjuangkan tidak dapat diwarisi oleh darah daging sendiri.
Kebatilan terus mewariskan generasi mereka dan darah daging mereka. kalau seorang pemuzik, pasti ada antara anak mereka yang mewariskan karier mereka. Kalau pemain bola, pasti akan terwarisnya seorang dari beberapa anak mereka. Dan inilah yang mereka bina.
Tapi ....para duat?
Ada. Bukan tak ada. Tapi tak ramai.
Ramai yang mampu berumah tangga. Tapi tak mampu nak bentuk rumahtangga.
Ada yang mampu menjadi murabbi diluar rumah tapi tak mampu menjadi murabbi didalam rumah.
Ada murabbi yang boleh bentuk orang lain tapi tak mampu bentuk anak dan isterinya.
Kenapa ya?
Mungkin aku tahu masalahnya...
Masalahnya sebab kita tak boleh jadi qudwah di dalam rumah sendiri.
Diantara pengalaman aku, aku pernah melihat seorang akh ini hebat diluar dan memang 'tabik spring' melihat perwatakan dan himmahnya namun dia gagal mengekalkan qudwah itu dirumahnya.
Di rumah, dia pemarah, tidak sabar, moody, malas. Solat jamaah tak jaga. Qiam tak jaga. Quran pun jarang jarang dibaca. Lambat bangun subuh dan berbagai lagi kelemahannya...
Hanya Isteri dan anak anak saja yang tahu! Macam mana nak bina generasi. Bolehkan seorang isteri menghormati suami yang begini? Nak gerak untuk solat subuh pun kena spray dengan air!
Memang duat itu letih. Balik lewat malam dan sentiasa sibuk tapi itu bukan alasan untuk mereka untuk bersikap sambil lewa bila didalam rumah.
Tarbiyah dzatiyah ini bukannya bermusim tapi setiap saat dan tika. Kita perlu ada jiwa mujahadah. Sentiasa berjihad dan berjihad.
Ini yang tak mampu dibuat oleh sang suami kecuali dia punya cita-cita yang besar untuk keluarganya!
Boleh kah semua ikhwah jadi suami? Jawapannya pasti boleh. kalau sekadar nak jadi suami ala tentera yang hanya mengeluarkan arahan dan suruhan saja! Tapi untuk jadi suami yang Rabbani harus mempunyai 'shampoo dan conditioner" nya. Pandai menyuci dan melembutkanya! Yakni menyuci mazmumah isi rumahtangga dan melembutkan jiwa jiwa didalamnya barulah mudah untuk membentuknya dan semua itu adalah bertitik tolak dari suami yang sentiasa memberi perhatian terhadap syaksiyahnya sebagai seorang suami dan perlaksanaan tarbiyah islamiyah yang bersungguh terhadap seluruh anggota keluarganya!
Isteri sahaja yang tahu kelemahan suami dan suami saja yang tahu kelemahan isterinya. Justeru itu, Peliharalah syaksiyah dan aib masing-masing. Bantu membantulah untuk berubah agar syaksiyah dan aib buruk kita dapat kita sucikan sebelum dibau dan dilihat oleh anak-anak pulak atau lebih malang diketahui oleh mutarabbi kita diluar sana kerana aset seorang da'i itu adalah syaksiyahnya!
Memang sebelum kahwin masing-masing melihat diri pasangannya hebat-hebat tapi selepas kahwin ada juga yang menyesal!
"kalau ana tahu suami ana macam tu," ?????
"Kalau ana tahulah isteri ana macam tu," ????
Kawan-kawan,
Jangan anggap ikhwah dan akhawat didalam jamaah ini kumpulan-kumpulan malaikat diatas arasy!
Kita semua manusia biasa yang berada didalam sebuah enjin yang dinamakan tarbiyah. Ada prosesnya cepat dan ada prosesnya lambat. bagi yang cepat prosesnya, Alhamdulillah tapi bagi yang lambat kita harus bersabar...
Terimalah suami dan isteri kita yang telah ditakdirkan buat kita seadanya! Itulah yang terbaik buat kita.
Kita dah pilih....dan perbaikilah pilihan itu supaya virusnya tidak membiak kepada anak-anak.
http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kepimpinan/1654-qudwah-seorang-rijal-yang-rabbani.html
No comments:
Post a Comment