Followers

Tuesday, May 17, 2011

Senarai 10 Negara Harga Petrol Termurah di Dunia

fuel Senarai 10 Negara Harga Petrol Termurah di Dunia

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita semua tidak sesekali meminta kerajaan Malaysia, menurunkan harga petrol serendah yang ditawarkan Venezuela kepada rakyatnya. Cukup sekadar harga petrol yang dikenakan tidak menekan dan menyusahkan rakyat bawah. CUKUP!! Sebabnya implikasi dan kesan rantaian yang cukup besar kepada ekonomi Malaysia apabila harga petrol dinaikkan tanpa ada kajian yang terperinci.

Berlainan pula dengan keadaan di luar sana, terutamanya negara-negara pengesport minyak dunia yang tidak sedikit pun terjejas untuk kegunaan domestik apabila berlakunya kenaikan mahupun penurunan harga minyak dunia. Sebab apa? Mereka adalah pengesport minyak dunia dan mempunyai rezab simpanan minyak yang cukup besar. Yang pastinya negara-negara Arab mengungguli kedudukan senarai 10 negara memberikan harga petrol termurah di dunia untuk tahun 2010.

fuel2 Senarai 10 Negara Harga Petrol Termurah di Dunia

10. United Arab Emirates – $ 0.37/liter atau RM1.22sen seliter

Siapa yang tidak tahu kebangkitan United Arab Emirates sebagai satu “hentian” bagi pengunjung luar kerana berjaya menyediakan tempat tinggal yang menarik dek kerana limpahan minyak yang mereka miliki. Selain memiliki salah satu negara yang menawarkan harga petroltermurah di dunia mereka merupakan negara keempat terkaya di dunia.

9. Bahrain – $ 0.27/liter atau RM0.89 sen seliter

Negara pulau kecil ini hanya memiliki keluasan wilayah hanya 266 mil² (665 km²). Kalau anda mempunyai kenderaan di sana, jarak yang hanya boleh dilalui di Bahrain hanya sejauh 100 mil atau bersamaan 161 kilometer sahaja. Tetapi mengapa kerajaan Bahrain memberikan harga petrol pada kadar harga yang cukup murah? Berapa banyak petrol yang mereka perlu?

8. Qatar - $ 0.22/liter atau RM0.72 sen seliter

Negara Qatar merupakan negera kedua terkaya di dunia dan dalam pada masa yang sama memberikan harga petrol yang murah kepada rakyatnya.

7. Kuwait - $ 0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter

Ini hampir sama seperti di Qatar! Kuwait adalah negara kelima terkaya di dunia, jadi sangat sesuai limpahan yang dimiliki oleh Kuwait “dikongsi” bersama dnegan rakyatnya dnegan menawarkan harga petrol yang berpatutan.

6. Libya - $ 0.14 liter atau RM0.46sen seliter

Libya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia.

5. Arab Saudi – $ 0.12 liter atau RM0.39 sen seliter

Sememangnya diakui dek kerana limpahan minyak yang dimiliki oleh Arab Saudi telah meletakkan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah sebagai kalangan raja yang terkaya di dunia. Kebiasaannya ketika Raja Arab Saudi, Raja Abdullah melakukan kunjungan ke luar negera biasanya dia akan pergi bersama-sama dengan 6 pesawat yang mana 1 untuk dirinya dan anak-anaknya dan 5 untuk teman-teman terdekatnya. Mungkin juga, seandainya mereka menurunkan sedikit lagi harga petrol, mereka akan mampu untuk membawa pesawat peribadi ke-7 iaitu Boeing 747.

4. Iran – $ 0.11/liter atau RM0.36 sen seliter

Dengan rezab simpanan minyak yang dimilki negara Iran sekarang, dijangka mereka akan kehabisan minyak dalam tempoh 74 tahun daripada sekarang.

3. Nigeria - $ 0.10/liter atau RM0.33sen seliter

Nigeria dikatakan antara 10 negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia. Yang pentingnya pemerintah di sana tidak ingin membuat rakyat mereka marah dengan mengenakan harga petrol yang tinggi

2. Turkmenistan – $ 0.08/liter atau RM 0.26sen seliter

Saya sendiri tidak menyangka yang Turkmenistan tergolong di antara negara yang memberikan harga petrol kedua termurah di dunia. Negara ini boleh dikatakan dingin daripada sebarang isu dan berita kepada negara luar. Tetapi itulah hakikatnya.

1. Venezuela - $ 0,05 / liter atau RM0.16 sen seliter

Venezuela dipimpin oleh Presiden Hugo Chávez – cukup terkenal dikalangan pemimpin politik seluruh dunia kerana beliau seorang yang sosialis kerana beliau diakui ramai sering memikir cara bagaimana untuk membantu rakyatnya untuk memiliki taraf kehidupan yang lebih baik. Tentunya dengan harga petrol yang murah, akan lebih mudah rakyat memilih beliau untuk kembali pada pilihanraya akan datang.

Dan ini pula senarai negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia

# 1 Saudi Arabia: 262,700,000,000 barrels (tong)
# 2 Canada: 178,900,000,000 barrels
# 3 Iran: 133,300,000,000 barrels
# 4 Iraq: 112,500,000,000 barrels
# 5 United Arab Emirates: 97,800,000,000 barrels
# 6 Kuwait: 96,500,000,000 barrels
# 7 Venezuela: 75,590,000,000 barrels
# 8 Russia: 69,000,000,000 barrels
# 9 Libya: 40,000,000,000 barrels
# 10 Nigeria: 36,000,000,000 barrels
# 11 Mexico: 33,310,000,000 barrels
# 12 Kazakhstan: 26,000,000,000 barrels
# 13 Angola: 25,000,000,000 barrels
# 14 United States: 22,450,000,000 barrels
# 15 China: 18,260,000,000 barrels
# 16 Qatar: 16,000,000,000 barrels
# 17 Brazil: 15,120,000,000 barrels
# 18 Algeria: 12,460,000,000 barrels
# 19 Norway: 9,859,000,000 barrels
# 20 Oman: 6,100,000,000 barrels
# 21 India: 5,700,000,000 barrels
# 22 Indonesia: 4,600,000,000 barrels
# 23 Ecuador: 4,512,000,000 barrels
# 24 United Kingdom: 4,500,000,000 barrels
# 25 Yemen: 4,370,000,000 barrels
# 26 Australia: 3,664,000,000 barrels
# 27 Malaysia: 3,100,000,000 barrels
# 28 Argentina: 2,950,000,000 barrels
# 29 Egypt: 2,700,000,000 barrels
# 30 Syria: 2,500,000,000 barrels
# 31 Gabon: 1,921,000,000 barrels
# 32 Tunisia: 1,700,000,000 barrels
# 33 Sudan: 1,600,000,000 barrels
# 34 Congo, Democratic Republic of the: 1,538,000,000 barrels
# 35 Colombia: 1,492,000,000 barrels
# 36 Brunei: 1,255,000,000 barrels
# 37 Denmark: 1,230,000,000 barrels
# 38 Romania: 1,055,000,000 barrels
= 39 Mauritania: 1,000,000,000 barrels
= 39 Burma: 1,000,000,000 barrels
# 41 Trinidad and Tobago: 990,000,000 barrels
= 42 Vietnam: 600,000,000 barrels
= 42 Uzbekistan: 600,000,000 barrels
# 44 Azerbaijan: 589,000,000 barrels
# 45 Italy: 586,600,000 barrels
# 46 Thailand: 583,000,000 barrels
# 47 Equatorial Guinea: 563,500,000 barrels
# 48 Cuba: 532,000,000 barrels
# 49 Bolivia: 458,800,000 barrels
# 50 Germany: 395,800,000 barrels

P/S : Saya mencari juga di mana kedudukan sebenar bagi harga petrol Malaysia untuk dibandingkan dnegan negara pengesport minyak yang lain. Tetapi tidak mengapa, kerana saya masih bersyukur kerana harga petrol di Malaysia masih lagi termurah di dunia termasuk juga lebih murah daripada Thailand dan juga Singapura.

Dipetik dari : http://beritasemasa.com/senarai-10-negara-dengan-harga-petrol-termurah-di-dunia


Impaknya kesan dr harga minyak naik, untung atau rugikan negara.


Pakar Metematik Gunaan dedah fakta sama ada impaknya kesan dr harga minyak naik, untung atau rugikan negara.

Penyelarasan subsidi keatas beberapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberi kesan kenaikan harga keperluan lain,malah pelbagai pihak dr sektor perkidmatan juga menaikan cas atas alasan tersebut.Dlm keadaan yg semakin tertekan ini kakitangan kerajaan yg bergaji RM3000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin,apatah lagi yg tidak bekerja.

Ironinya,setiap kali kenaikan harga barang,golongan ini disaran berjimat cermat.Bagaimana lg caranya hendak berjimat cermat?Adakah sehingga makan sekali sehari itu yg dikatakan berjimat cermat?Semua saranan itu tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yg menyeksakan.

Pakar Matematik Gunaan,Prof Madya Hamid Yeop Zainuddin menjelaskan dan merungkai permasaalahan kenaikan harga pertrol..Dipasaran dunia harga bahan api turun dan naik,tetapi dimalaysia boleh dikatakan tak pernah turun asyik naik sahaja.sesiapa pun faham,ini membuktikan harga minyak di malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia,ketika kita RM2.70 seliter ada negara lain jual dgn hanya 16sen seliter.Untuk memudahkan org awam faham,ambil contoh kelapa sawit,kita adalah negara pengeluar.Klau dulu harga sawit RM1000 satu tan,sekarang dah naik RM3000 satu tan,kita untung atau rugi?sudah tentu untung 3x ganda,Begitu juga minyak mentah,Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan mengagotai OPEC.Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut harga pasaran diluar negara.Ini adalah hasil negara yg sepatutnya dinikmati oleh rakyat..


Benarkah kenaikan harga minyak mentah dunia merugikan negara?

Bukan sahaja tidak merugikan negara tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda .Klau dirujuk pada data 2008 dengan angaran jualan 700,000 tong sehari,Harga minyak pada Januari 2007 adalah AS$50 iaitu RM175 setong,Justeru perolehan setahun bg tahun 2007 adalah melebihi rm44Bilion.Jun 2008 harga minyak telah naik kepada AS$138 iaitu RM483,Justeru perolehan setahun hingga Jun 2009 adalah RM123 Bilion.Ini memberi tambahan lebihan untung sebanyak rm78Bilion.Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti Gas dan diesel,Oleh itu keuntungan sebenar hasil kenaikan sebenar harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.


Dengan keuntungan yg banyak ,lebih banyak lah subsidi di beri?

Klau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan.apatah lagi jika ada subsidi.Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yg konon nya di sebabkan kenaikan harga minyak dunia.Ramai yg ingin tahu manakah perginya lebihan keuntungan RM78Bilion ini.Lagi lah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi.Kita bukan seperti singapura kerana ia negara pembeli bukan negara pengeluar.Harga dikilang tak sama dgn harga di kedai.

Ketika harga minyak mentah AS$130 setong,kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol adalah RM3.00 dan diberi subsidi 30sen menjadikan nya RM2.70.seliter.


Jika benar ada subsidi,adakah subsidi diberi kepada semua syarikat minyak ?

sekiranya syarikat minyak asing tidak mendapat sejumlah subsidi ,sudah tentu mereka menjual mengikut harga yg memberikan keuntungan masing2 sebagaimana yg dijual di negara lain.sebab itu harga petrol di singapura lebih mahal.tinjauan saya mendapati penguasa stesen minyak membayar tunai dgn harga RM2.70 drp pembekal syarikat asing,drp pada itu mereka hanya memperolehi komisen RM0.90. Ini bermakna,pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi,Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing.Lebih 80 peratus drp RM33bilion subsidi dibayar kpd syarikat asing.berdasarkan dr RM33belion ,kita boleh mengetahui pengunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira2 110 Bilion liter,Lebih kurang 301juta liter sehari.

Mengikut laporan pd tahun 2007,terdpt 3,098 stesen minyak diseluruh negara dgn 40 peratus drpnya,terutama yg dibandar dan lebuhraya beroperasi 24jam,Ini memberi gambaran purata jualan bg setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari,atau hampir 3 juta liter sebulan.suatu angka yg sukar diterima utk sebuah stesen minyak kerana,secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter minyak diseluruh negara.

Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mestilah benar dan selari dengan pengiraan matematik tadi,tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena,maka keputusan ini menidakkan dan menolak dakwaan kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 seliter. atau RM33belion setahun.Ada atau tidak subsidi minyak utk rakyat? andalah yg menentukan jawapanya.


Jika tiada subsidi,Adakah rakyat terpaksa membeli dgn harga yg mahal?

Sepatutnya tidak,salah satu cara utk menurunkan harga minyak adalah dgn menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dlm hasil minyak (petrol dan diesel) yg dijual didlm negara.Penyerapan ini akan membolehkan petronas menjual dengan harga lebih rendah secara langsung dan menaikkan lg keuntungan petronas dgn peningkatan jualan minyak,tindakan inilah yg sebenarnya menangkis persoalan kemanakh perginya keuntungan petronas.lagipun bukan semua pengusaha minyak syarikat asing membeli minyak mentah drp petronas,itupun petronas tetap mengaut keuntungan berbilion ringgit,sedangkan dgn harga AS$50 setong kerajaan mampu menangung subsidi berbilion ringgit,inikah AS$138 setong. Bila untung dua kali ganda sepatutnya turun separuh harga.

5 comments:

Anonymous said...

pergh kite kene tipu ngan kerajaan

Unknown said...

skadar memberi pndgan.. http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/05/eksklusif-adakah-harga-petrol-di.html
bersyukur la dengan pe yg kte ada..
mang benar harga myk ngara kte slalu naik tp skurang2 nya negara kte kedua trrndah di asia tenggara...

AHPakru Ruzi said...

negara kedua trendah pn...kita negara pgeluar mnyak. negara lain bukan..

Unknown said...

kte negara pgeluar myk..
kte eksport minyak mentah n import minyak petrol dari ngara luar..
alhamdulillah 2016 dijangka petronas akn mmbuka kilang di johor untuk proses minyak.
salah satu langkah mgurangkn harga minyak..
jika kita sibuk melihat keburukan negara kita sndiri, apa salah kita lihat perancangan negara..mana tahu ada kebaikan dlm pracangan tu.
hujan emas di negara orang, hujan batu di negara kita..
baik buruk negara kita, insyaallah akan nampak hasil dia, Insyaallah :)

kufikirfikirlabutahu said...

Malaysia bukan negara OPEC, bila pembohongan diltekkan dengan kebenaran, apakah yang terjadi?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...