Ibadah solat merupakan nadi kepada kekuatan orang mukmin dan kecemerlangan ummah. Orang yang beriman kepada Allah tidak akan merasai solat itu sebagai suatu bebanan malah ia adalah suatu kewajipan yang tidak susah untuk dilaksanakan dan dilaksanakan dengan senang hati serta tawaduk kepada Allah. Namun, bagi orang munafik, solat itu sangat menyusahkan. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran.
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.” Surah Al-Baqarah, ayat 45-46
Diantara ciri-ciri orang munafik adalah:-
- Merasa malas dan berat untuk mengerjakan solat.
- Melambat-lambatkan solat dengan sengaja.
- Berat untuk melakukan sebarang kebajikan.
- Menunjuk-nunjuk apabila melakukan suatu ibadah.
Pelbagai alasan yang kita tinggalkan seperti seluar kotor, lewat bangun, tidak sempat dan sebagainya. Cuba kita berikan alasan itu kepada Allah? adakah Allah akan menerima alasan seperti ini?
Seorang intelek yahudi pernah mengatakan bahawa umat Islam akan berjaya menawan Aqsa sekiranya solat Subuhnya sama seperti solat Jumaatnya. Semoga gambar- gambar dibawah ini memberi semangat dan kesedaran kepada kita semua
Sumber: Tidak Sempat Solat? No Way!! | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/tidak-sempat-solat-no-way/#ixzz1MJT9t2VB
No comments:
Post a Comment