Followers

Tuesday, June 14, 2011

Gerhana Bulan Penuh Khamis ini (16 Jun 2011)

MAKLUMAN GERHANA BULAN PENUH

14 REJAB 1432H / 16 JUN 2011


GERHANA BULAN PENUHBUKTI KEAGUNGAN ILAHI

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam

dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan dan kebijaksanaanNya)

bagi orang -orang yang berakal"

(Ali Imran : 190)

Kejadian gerhana bulan merupakan salah satu bukti kekuasaan dan keagungan Allah s.w.t. Fenomena yang menakjubkan ini berlaku apabila bumi berada sesatah dengan garisan bulan dan matahari ketika fasa purnama.

Menurut hitungan, gerhana bulan penuh kali pertama tahun 2011 akan berlaku pada 15 Jun 2011 bermula jam 5.24 petang Waktu Antarabangsa (UT). Ini bersamaan dengan 16 Jun 2011 jam 2.22 pagi Waktu Malaysia. Maklumat terperinci (Waktu Malaysia) adalah seperti berikut:-



lunar eclip

P1:Bulan mula memasuki kawasan bayang penumbra bumi pada jam 1.22 pagi.
U1:Ketika ini bulan berada di dalam kawasan bayang penumbra bumi dan mula menyentuh bayang


umbra pada jam 2.22 pagi.
U2 - U3:Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.22 pagi hingga 5.02 pagi.


Kemuncak gerhana ialah pada jam 4.12 pagi.
U4:Bulan mula bergerak keluar dari kawasan bayang umbra bumi pada jam 5.02 pagi.
P4:Pada peringkat ini, bulan mula bergerak keluar dari kawasan penumbra bumi pada jam 6.02 pagi.
Fenomena ini berakhir sepenuhnya pada jam 7.02 pagi.

Saksikanlah gerhana yang bakal berlaku ini, betapa taatnya makhluk Allah ini mematuhi ketetapan Allah (Sunnahtullah) hingga tidak mungkir walau satu saat pun.

Ketika terjadinya fenomena gerhana ini, umat islam adalah dituntut untuk melakukan perkara-perkara berikut:-

1. Mandi sunat gerhana, sepertimana mandi sunat hari Jumaat. Ianya dilakukan sebelum melaksanakan solat sunat gerhana.

2. Menunaikan solat sunat gerhana, iaitu solat sunat 2 rakaat sama ada secara berseorangan atau berjamaah. Kaifiat melaksanakannya ialah setiap rakaat mengandungi dua kali qiam (berdiri), dua kali membaca Al-Fatihah serta surah, dua kali rukuk dan dua kali iktidal. Hukumnya adalah sunat muakkad (sangat dituntut).

3. Membaca khutbah gerhana, setelah selesai menunaikan solat sunat gerhana.

4. Memperbanyakkan istighfar, zikir, doa dan amalan-amalan sunat yang lain.

Hadis Abdullah bin Umar r.a:

Rasullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedu-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang".


Solat Sunat Gerhana Bulan

Lafaz niat:


Maksudnya;

“Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Kaifiat:

Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan

sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti

berikut:

a. Rakaat Pertama

1. Takbiratul Ihram.

2. Membaca doa iftitah.

3. Membaca surah al-Fatihah.

4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.

5. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.

6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.

7. Membaca surah Ali-Imran atau mana-mana surah.

8. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.

9. Iktidal.

10.Sujud dan membaca tasbih.

11.Duduk antara 2 sujud.

12.Sujud kembali.

13.Berdiri ke rakaat kedua.

b. Rakaat Kedua

1. Membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.

3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.

4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.

5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.

6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.

7. Iktidal.

8. Sujud dan membaca tasbih.

9. Duduk antara 2 sujud.

10. Sujud kembali.

11.Membaca tasyahud akhir.

12.Memberi salam.

Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku’

sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak

dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku’ sebagaimana solat fardu Jumaat.

Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...