Followers

Saturday, June 18, 2011

Kerana Nafsu atau Kepentingan Agama? : Fakta Yang Perlu Diketahui Tentang Pernikahan Rasulullah SAW



NAMA ISTERI
SEBAB PERNIKAHAN
HIKMAH PERNIKAHAN
KONFLIK RUMAH TANGGA
TAHUN DAN TEMPOH PERNIKAHAN
(Masihi/Hijrah)
1
Khadijah
Al-Khuwailid
Rasulullah menerima Khadijah kerana akhlak dan agama.

Akhlak Khadijah mulia.

Agamanya fitrah lantaran sebelum Islam, dia sudah bencikan berhala secara fitrah sihat, sebagaimana Rasulullah. Sepupunya Waraqah bin Naufal seorang ahli kitab yang jujur.
Rasulullah juga dapat melindungi janda yang kematian suami.
Rasulullah tidak pernah menduakan isteri pertama ketika hayatnya.

Malah tidak mengambil hamba ketika hidup bersama Khadijah.

Khadijah r.ha. seorang isteri yang telah menunaikan segala kewajipannya.

Beliau mampu memberikan baginda keturunan.

Bersama baginda saat susah mahupun senang, ketika baginda diancam dan dipinggirkan.

Bukankah baginda menunjukkan contoh tidak menduakan isteri yang memiliki semua kualiti ini?

Rasulullah SAW tidak berpoligami pada saat anak-anak Baginda masih memerlukan perhatian dan didikan seorang ayah.

Baginda berpoligami saat anak-anak Baginda sudah besar dan mampu berdikari[2].

Rasulullah bermonogami selama 25 tahun.

Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.

Keluarga Rasulullah tidak mengalami konflik yang berat ketika berada dalam suasana monogomi.

Anak-anak baginda membesar dalam suasana ini. Sebaliknya sering tercetus konflik rumah tangga dalam suasana poligami.

Rasulullah SAW tidak pernah marahkan isteri ketika hanya mempunyai seorang isteri.

Sebaliknya sering teruji dengan tindakan-tindakan isteri yang lahir kerana cemburu dalam alam poligami hinggakan baginda pernah marahkan mereka dalam tempoh masa yang agak lama.
Hampir tiada
595M
25tahun
2
Saudah binti Zam’ah
Menafkahi dan melindungi janda yang kematian suami.

Suaminya mati akibat banyak disiksa di Makkah kerana agamanya.
Saudah dinikahi bersama Aisyah pada waktu yang sama iaitu pada tahun 620M selepas wafatnya Khadijah.

Saudah bukanlah wanita yang menarik bahkan gemuk dan uzur.

Pernikahan ini membuktikan keikhlasan Nabi membela wanita bukan kerana nafsunya.

Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun.

Rasulullah berpoligami hanya selama 10 tahun.

Rasulullah SAW sangat insaf pada keterbatasan manusia untuk berlaku adil sehinggakan apabila Baginda sudah berpoligami, Baginda tidak jemu-jemu merayu taubat dan mengadu pada Allah tentang keterbatasan itu.

Aisyah r.ha. berkata, “Rasulullah selalu membahagi giliran sesama isterinya dengan adil. Dan baginda pernah berdoa, ‘Ya Allah! Ini bahagianku yang dapat kukerjakan. Kerana itu, janganlah Engkau mencelaku tentang apa yang Engkau kuasai sedang aku tidak menguasainya.[3]

Lelaki bertakwa nyata takut mengambil mudah dalam poligami.
Baginda pernah berniat ingin menceraikan Saudah r.ha kerana berlaku adil bukanlah satu hal yang senang.

Baginda takut pada persoalan Allah yang amat berat di akhirat.

Sehinggalah Saudah sanggup memberikan haknya kepada Aisyah r.ha. bagi memujuk Nabi membatalkan niatnya.

Maka turunlah ayat al-Quran tentang isteri yang takut suaminya berlaku nusyuz.[4]

620M
13 tahun
3
Aisyah bt. Abu Bakr
Perintah langsung daripada Allah SWT selepas kewafatan Khadijah dengan menghadirkan Aisyah dalam mimpi baginda dalam beberapa malam.
Banyak meriwayatkan hadis dan menjadi saksi dalam hidup seharian baginda yang menjadi sumber hukum selepas al-Quran.

Rasulullah menikahi Saudah dan Aisyah pada masa yang sama. Cuma faktor umur Aisyah menyebabkan baginda menjemput Saudah terlebih dahulu untuk hidup bersama baginda.

Di sinilah bermulanya hidup berpoligami Rasulullah.

Hikmahnya, isteri-isteri baginda redha mereka akan hidup berpoligami sejak awal kerana Rasulullah ingin membela janda-janda yang suaminya syahid dalam perang, kerana agama.

Rasulullah tidak pernah merahsiakan perkahwinannya daripada mana-mana isteri.

Pernikahan dengan Aisyah membawa hikmah yang besar apabila Aisyah muncul sebagai guru yang agung bagi umat manusia kesan mendapat didikan langsung daripada madrasah kenabian sejak kecil.
Konflik dengan anak tiri. Aisyah r.ha bercerita, “Rasulullah SAW masuk ke rumahku dan baginda mendapatiku sedang menangis. Baginda bertanya, “Mengapa dinda menangis?” Aku menjawab, “Fatimah menghinaku.” Kemudiaan, Rasulullah mendamaikan mereka.

Anas menceritakan bahawa Aisyah dan Zainab bertengkar sehingga bersuara tinggi, padahal sudah terdengar azan solat. Abu Bakar melintasi dan terdengar suara pertengkaran mereka. Maka dia berkata, “Keluarlah wahai Rasulullah, dan taburkan tanah ke dalam mulut mereka”. Aisyah berkata, “Sekarang Nabi sedang solat.” Abu Bakar datang dan melakukan sesuatu terhadap Aisyah seraya mengecam dengan keras, “Kenapa kamu buat begini?” (HR. Muslim).

Pada suatu malam, Zainab datang ke rumah Aisyah. Pada masa itu, rumah-rumah belum diterangi lampu. Kemudian Nabi masuk lalu menghulurkan tangannya kepada Zainab tanpa sengaja. Aisyah terus berkata, “Itu Zainab!” Nabi segera menarik tangannya.

Aisyah sangat cemburukan madunya Zainab binti Jahsi, dia berkata, “Beliau (Rasulullah) berada di sana melebihi waktu saya maka saya cemburu.” Aisyah kemudiannya berunding dengan Hafshah merancang satu komplot. Siapa saja isteri Nabi yang didatangi baginda, beliau harus mengatakan, “Sesungguhnya aku mencium bau maghafir(makanan yang baunya tidak enak) padamu, adakah engkau baru habis minum maghafir?” Maka setiap isteri yang diziarahi baginda, mereka akan bertanyakan soalan yang sama. Nabi berkata, “Saya tadi minum madu di rumah Zainab dan saya tidak akan mengulanginya lagi.” Maka turunlah ayat Allah: (At-Tahrim: 1-4) menegur pakatan bohong ini.

Aisyah menceritakan, “Suatu ketika Rasulullah SAW berkata kepadaku, ‘Sesungguhnya kanda tahu bila dinda sedang senang kepada kanda dan bila dinda sedang marah.’ Aku bertanya, ‘Bagaimana kanda tahu?’ Baginda menjawab, ‘Jika dinda sedang senang kepada kanda, maka dinda akan mengatakan, demi Tuhan Muhammad! Tapi jika dinda sedang marah, dinda akan mengatakan, tidak, demi Tuhan Ibrahim! Aisyah berkata, ‘Itu benar. Demi Allah! Dinda hanya mampu menjauhi namamu.’” (Muttafaqun Alaih).

Aisyah menyelitkan kakinya antara daun-daun idzkir lalu berkata, “Ya Tuhanku, suruhlah kala jengking dan ular menggigitku. Rasul-Mu, entah apa yang dilakukannya, sedangkan aku tidak mampu berkata apa-apa.

Mengejek Hafsah di hadapan Rasulullah.

Mengejek Shafiyah di hadapan Rasulullah.

Aisyah mengikuti Rasulullah SAW dalam perang Musthaliq setelah undian. Sepulangnya beliau daripada perang ini, beliau telah mendapat ujian berat berupa fitnah tentang perlakuan sumbang namun akhirnya kesuciannya dibela oleh Allah SWT.
620M
13 tahun bernikah.
10 tahun hidup bersama bermula 2H.
4
Hafsah binti Umar
Menafkahi dan melindungi janda yang kematian suami. Suaminya mati akibat perang.Hafsah terpaksa menjanda dalam usia muda iaitu 18 tahun kerana suaminya yang cedera parah dalam perang Uhud meninggal di Madinah.
Meriwayatkan hadis dan menjadi saksi dalam hidup seharian baginda.

Diberi kepercayaan memelihara dan menyimpan al-Quran ketika pemerintahan khalifah Abu Bakar.

Perceraiannya dengan Rasulullah menunjukkan bahawa perceraian itu suatu yang halal dalam Islam. Namun ia tidaklah pula digalakkan.

Ketaatannya kepada Allah mendorong Jibril mengarahkan Nabi merujuknya kembali.

Jibril mengatakan bahawa Hafsah seorang wanita berpendirian teguh dan bakal menjadi bidadari untuk Rasulullah di syurga. Ia menunjukkan hikmah yang besar tentang keadilan Allah SWT.
Suka berpakat dan kadang kala bersaing dengan Aisyah dalam merebut cinta Nabi.
Hafsah pernah membuka rahsia Rasulullah SAW kepada Aisyah kerana cemburu melihat Rasulullah SAW sukakan seorang hamba bernama Mariah al-Qibtiyah dan kerap menggaulinya.

Detik yang paling gelap dalam hidup Hafsah ialah apabila diceraikan Nabi talak satu.
625M/
3 H
8 tahun
5
Zainab bt. Khuzaimah
Menafkahi dan melindungi janda yang kematian suami. Suaminya mati akibat perang.
Menunjukkan contoh banyak beralah.

Beliau tidak mahu menyaingi Aisyah dan Hafsah kerana beliau sedar kedudukan mereka tinggi di hati Nabi.

Lagipun, beliau sedar Nabi menikahinya untuk kemaslahatan dirinya, bukan untuk kepentingan diri Nabi.

Maka, beliau tidak mahu membebankan Nabi dengan cemburunya yang memang ada.
Hampir tiada lantaran singkatnya masa bersama Nabi.

Ujian cemburu tetap lumrah bagi isteri yang dimadukan.
4H
2 bulan
6
Ummu Salamah
Menafkahi dan melindungi janda yang kematian suami.

Suaminya mati akibat perang.Suaminya Abu Salamah cedera dalam peperangan Uhud kemudian meninggal dunia.
Banyak meriwayatkan hadis dan menjadi saksi dalam hidup baginda.

Kebijaksanaannya membawa berkat yang besar terutamanya dalam memberikan buah fikiran yang bernas kepada Nabi dalam peristiwa Hudaibiyah.

Ketika dipinang oleh Rasulullah, Ummu Salamah berkata, “Aku adalah wanita yang mudah cemburu. Aku takut rasa cemburu itu nanti akan menjadi sebab Allah murka padaku. Tambahan pula aku ini wanita yang sudah tua dan mempunyai ramai anak.” Rasulullah tetap memujuknya dan berjanji akan berdoa kepada Allah akan menghilangkan rasa cemburunya. Yakin dengan doa Rasulullah, Ummu Salamah lantas menerima baginda. Hikmahnya, dia melihat sendiri betapa makbulnya doa Nabi.
Seorang isteri yang cemburu dan suka memberi perhatian kepada anak-anaknya.

Hinggakan pada hari-hari awal pernikahan, Nabi berasa malu untuk tidur bersamanya kerana dibawanya sekali puterinya yang masih menyusu bersama ke tempat tidur.

Sering dicemburui oleh Aisyah.
4H
7 tahun

7
Zainab bt. Jahsy
Perintah Allah.
Zainab sejak awal amat bercita-cita menjadi isteri Rasulullah.

Zainab menunjukkan pengorbanan agung apabila terpaksa rela menikahi lelaki yang tidak disukainya semata-mata mahu memenuhi perintah Rasul dan rencana Ilahi yang merancang sesuatu.

Suami Zainab yang pertama iaitu Zaid bin Haritsah adalah anak angkat Nabi dan dikenal sebagai Zaid bin Muhammad.

Rasulullah sendiri meminang Zainab, si gadis bangsawan untuk Zaid, si pemuda miskin untuk menggugurkan perbezaan darjat di antara manusia.

Ketika rumah tangga mereka bergolak, Rasulullah menyuruh Zaid tetap bersabar dengan Zainab.

Hinggalah Allah menurunkan ketentuan-Nya agar Nabi menikahi Zainab selepas Zaid menceraikannya.

Hikmahnya, ia menghapuskan hukum anak angkat.

Beliau sangat pemurah hingga Nabi menjulukinya dengan gelaran ‘panjang tangan’ dan merupakan isteri yang paling cepat menyusuli kewafatan Nabi.
Anas meriwayatkan, Zainab sering berbangga-bangga atas para isteri Rasulullah yang lain kerana dinikahi oleh Allah dari tujuh lapis langit.
Dia sering dicemburui. Aisyah berkata, “Dia (Zainab) adalah isteri Nabi SAW yang nyaris setara denganku dibandingkan dengan isteri-isteri yang lain)” (HR Bukhari).

Mengejek Shafiyah binti Huyay sebagai anak Yahudi sehingga Rasulullah marah kepadanya dalam tempoh yang agak lama.
4H
7 tahun
8
Juwairiyah binti Al-Harits
Strategi politik untuk kepentingan agama.
Saat Rasulullah SAW mendapat tawanan wanita daripada Bani Mushthaliq, terdapat seorang janda bernama Juwairiyah binti al-Harith bin Abi Dhirar di tangan sepupunya. Lalu dia menemui Rasulullah SAW untuk meminta pertolongan.

Rasulullah SAW menawarkan diri untuk menikahi puteri pemimpin kaumnya itu. Juwairiyah bersetuju.

Hasilnya, semua tawanan bani Mushthaliq menjadi kerabat Baginda dan menyebelahi perjuangan Baginda. Mereka lalu dibebaskan. Dakwah makin tersebar. Hal ini amat menguntungkan Islam.

Aisyah berkata, “Demi Allah. Aku sangat membencinya saat aku melihatnya dari pintu rumah.” (Rujuk lebih lanjut dalam Sahih Muslim, hadis Urwah dari Aisyah). Lumrah isteri yang mencintai akan mencemburui.

Menyedari suaminya menikah lagi kerana kepentingan agama bukan kerana kepentingan nafsu, Aisyah r.ha. meredhai. Katanya, “Maka dibebaskan 100 orang keluarga Bani Mushthaliq kerana pernikahan Juwairiyah. Saya tidak pernah lihat ada wanita yang lebih besar berkatnya bagi kaumnya daripada dia.” (Diriwayatkan daripada Abu Daud dan Ahmad.)
5H
6 Tahun
9
Ummu Habibah, Ramlah binti Abu Sufyan
Menafkahi dan melindungi janda yang suaminya murtad.

Memberi tamparan hebat kepada ayahnya yang ketika itu sangat kuat menentang Islam.

Membuktikan bahawa anak tidak menanggung dosa ayahnya.

Walaupun ayahnya seseorang yang memusuhi Islam, namun anak yang beriman tidak dikeji sekali sebaliknya dimuliakan sebagai isteri Nabi.
Auf bin Harits mengatakan, Aisyah berkata, “Menjelang wafatnya, Ummu Habibah memanggilku sambil berkata, ‘Di antara kita pernah ada satu dua hal yang biasa terjadi antara sesama isteri yang dimadu. Aku memohon semoga Allah mengampuni segala kesalahanku dan kesalahanmu berkenaan hal itu.’

Ummu Habibah memanggil Ummu Salamah dan mengatakan hal yang sama.
6H
5 Tahun
10
Shafiyah binti Huyay
Strategi politik, demi kepentingan agama.
Beliau menjadi janda kerana suaminya dibunuh akibat berkhianat.
Beliau juga menjadi yatim kerana ayahnya dipancung akibat tetap ingin bermusuh dengan Nabi hingga akhir hayat.

Shafiyah menjadi tawanan dalam perang Khaibar, kemudian dimuliakan menjadi isteri Nabi.

Melalui pernikahan dengan cendikiawan Bani Nadhir ini, Rasulullah membuktikan bahawa permusuhan Islam dengan Yahudi bukan kerana sentimen perkauman tetapi kerana kedengkian Yahudi terhadap Islam.


Ketika Rasulullah membawa Shafiyah ke Madinah daripada perang Khaibar, unta Rasulullah terpeleset, sehingga mereka berdua terjatuh. Wanita-wanita Madinah menunjukkan rasa tidak suka kepada Shafiyah, mereka berkata, “Semoga Allah menjauhi wanita Yahudi ini.” (HR Muslim)

Shafiyah berkata kepada Ibnu Umar, ‘Hingga saat itu tidak ada orang yang lebih aku benci daripada Rasulullah. Bagaimana tidak, beliau telah membunuh suami dan ayahku. Rasulullah tidak henti-henti meminta maaf kepadaku dan mengemukakan alasannya, hingga rasa benciku hilang.”

Setibanya di Madinah, Rasulullah tidak membawa Shafiyyah ke rumah salah seorang daripada isterinya sebaliknya menumpangkannya di rumah Haritsah bin Nu’man kerana baginda menghormati kecemburuan isteri-isteri baginda.

Menangis teresak-esak kerana diejek Hafsah sebagai anak Yahudi. Nabi lalu memujuknya.

Ketika Nabi sakit, Shafiyah menunjukkan keprihatinannya dengan berkata ingin menanggung derita Nabi sehingga isteri-isteri Nabi menjuihkan bibir. (Diriwayat Ibnu Saad).
7H
4 Tahun
11
Mariyah Al-Qibtiyah
Menafkahi dan melindungi hamba daripada Mesir yang dihadiahkan oleh Muqauqis, Raja Mesir kepada Nabi.
Dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ibrahim. Mariyah lalu dimerdekakan. Namun, usia anak kecil itu tidak panjang, hanya 19 bulan.

Aisyah dan Hafsah sangat cemburu kepadanya sehingga sering menyindir.

Kehamilan Mariyah menyemarakkan lagi api cemburu para isteri.

Nabi pernah mengajak Mariyah ke katil Hafsah ketika Hafsah tiada. Malangnya Hafsah terserempak dengan mereka. Dia sangat marah hingga Nabi bersumpah tidak akan menggauli Mariyah lagi.
Namun, Allah membatalkan sumpah itu.

Aisyah berkata“Aku tidak pernah cemburu kepada wanita kecuali kepada Mariyah kerana dia berparas cantik dan Rasulullah sangat tertarik kepadanya. Ketika pertama kali datang, Rasulullah menitipkannya di rumah Haritsah bin Nu’man al-Anshari, lalu dia menjadi tetangga kami. Akan tetapi, beliau sering kali di sana siang dan malam. Aku merasa sedih. Oleh kerana itu, Rasulullah memindahkannya ke kamar atas, tetapi beliau tetap mendatangi tempat itu. Sungguh itu lebih menyakitkan bagi kami.”

Di dalam riwayat lain dikatakan bahwa Aisyah berkata, “Allah memberinya anak, sementara kami tidak dikurniai anak seorang pun.”

Beberapa orang munafik menuduh Mariyah telah melahirkan anak hasil perbuatan serong dengan Maburi, budak yang menemaninya dari Mesir dan kemudian menjadi pelayan bagi Mariyah. Akan tetapi, Allah membukakan kebenaran untuk diri Mariyah.
7H
4 tahun
12
Maimunah binti Al-Harits
Strategi politik demi kepentingan agama.

Melindungi dan menafkahi janda yang diceraikan suami kerana ke-Islamannya.
Tamparan kepada kaum musyrikin. Ke-Islaman Maimunah yang berani diisytiharkan secara terang-terangan mempengaruhi ramai penduduk Makkah yang lain.

Beliau menawarkan dirinya sendiri untuk dinikahi oleh Rasulullah ketika meletusnya perjanjian Hudaibiah. Ramai gadis yang menawarkan diri kepada Nabi namun semua ditolak baginda kecuali janda ini atas kepentingan agama.

Beliau adalah isteri Nabi yang terakhir. Selepas beliau, Allah melarang Nabi menambah lagi isteri.

Banyak meriwayatkan hadis.
Seperti biasa, cemburu dan dicemburui.
7H
4 tahun
13
Raihanah binti Zaid

Tawanan perang daripada bangsa Yahudi yang masuk Islam, dibebaskan dan dinikahi Nabi.

Terbelanya Surriyyah iaituhamba yang disediakan tempat kediaman untuknya seperti mana Mariyah al-Qibtiyah. (Rujuk Mukhtar Al-Sihah.
Seperti biasa, cemburu dan dicemburui.
Tidak direkodkan
14
Wanita daripada bangsa al-Ghifar.
Tidak dinyatakan
Perceraian itu suatu yang halal dalam Islam dan pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW namun ia tidak digalakkan.

Kadang kala perceraian menjadi ubat terbaik dalam masalah tertentu.


Ketika malam pertama, apabila wanita itu membuka baju, Rasulullah mendapatinya seorang yang berpenyakit kulit (seperti kusta).

Rasulullah lalu menyuruhnya menyarungkan kembali bajunya lalu Rasulullah menceraikannya. (RujukFiqh Sunnah, Sayyid Sabiq.)

1 malam



[1] Boleh rujuk buku Mahmud Al-Mishri, 35 Sirah Sahabiyah dan Kitab Rahiqul Makhtum. Untuk makluman, terdapat perbezaan pendapat dalam fakta tahun dan tempoh pernikahan.
[2] (Rujuk Nisaa ahlil bait, 533-534).

[3] Kata Abu Daud, “Yang dimaksudkan dengan ‘Engkau kuasai dan aku tidak menguasainya’ ialah hati. (HR Abu Daud, Tirmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...