Followers

Thursday, June 16, 2011

DNA Babi – Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi


KUALA LUMPUR 15 Jun – Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.


Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.


“Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.


“Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.


Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.


Sumber : Utusan Malaysia


Pada aku Untuk kes Sijil halal yang ditarik semula ni, aku syorkan syarikat tersebut tidak lagi diberikan status halal, kerana dari apa yang berlaku aku rasa mereka sebenarnya langsung tidak mengambil berat atas status Halal dan penjagaan status tersebut tersebut kalau tak, takan mereka gunakan bahan yang tidak diluluskan , dan tidak keterlaluan kalau aku katakan mungkin perkara ni akan dilakukan lagi bila mana kelulusan di berikan semula pada mereka. Kalau nak harap kan pantauwan berterusan dari Jakim memang aku rasa tak ter pantau….

Ps : Ini link ke senarai untuk produk Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd : Senarai Produk



Read more: http://dnobiz.com/info/dna-babi-jakim-sahkan-hp-sauce-tabasco-pepper-sauce-mengandungi-dna-babi/#ixzz1PRS8Ws5L

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...