Followers

There was an error in this gadget

Tuesday, June 21, 2011

Kalau nak bidadari, tunggu di syurga nanti

Ummi – Mat…,(berhenti sekejap). Kau dah besar Mat. Ummi rasa dah sampai masanya untuk kau berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri.
Ahmad – Betul ke Ummi? Mat ok aje kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai…. (senyum malu)

Ummi – Haah ni gambar dan biodata A, Ummi yakin dia sangat baik orangnya
Ahmad – Nampak ok orangnya Ummi tapiiii….. dia ni gempal sikitlah Ummi

Ummi – Dah 3 bulan Ummi cari calon yang ni, B macam yang Mat sebut tu
Ahmad – Masya Allah Ummi….tapi B ni rendah orangnya lah….

Ummi – Nah ! Cuba tengok gmbar C ni, tentunya memenuhi citarasa kau Mat Ahmad – Subhanallah….., cantik dan manis betu dia ni tapi dia gelap sikitlah Ummi..

Ummi – Kau minat tak D anak Pak Cik Min tu, cantik, putih dan badan pun slim
Ahmad – Mat nak yang macam tu lah Ummi tapi….yang lemah lembut sikit wataknya

Ummi – Tengok gambar E ni pulak, dah 4 bulan kawan Ummi tolong carikan untuk anak Ummi sayang ni Ahmad – Mat suka macam dia lah ni Ummi tapi Mat nak yang kelulusan professional lah

Ummi - Cuba kau tengok gambar F ni, baru lulus jurutera dari Australia pulak
Ahmad – Allah Allah hebat dia ni…tapi kalau dia ada ciri berkepimpinan, Mat memang setuju

Ummi – ni pulak G, doktor muda balik Mesir & ada ciri-ciri ketua, lama dah Ummi cari
Ahmad – Masya Allah hebat, tapi dia tak hafal 30 juzuk Qur’an lah Ummi

Ummi - Maafkan Ummi Mat, Ummi tak ada masa yang banyak untuk cari calon yang sempurna macam yang kau nak
Ahmad – Kalau macam tu boleh Ummi minta tolong abah carikan pulak…

Ummi – Abang 2x, cubalah carikan calon untuk Mat, anak kita yang memilih sungguh tu.
Abah – Calon yang macam mana dia nak?

Ummi – Dia nak seorang yang putih melepak, cantik, tidak rendah, tidak tinggi, tidak gempal, watak yang lemah lembut, lulusan bidang professional, berkarismatik dan ciri terakhir, hafal 30 juzuk Qur’an.

Abah – Ok lah. Sayang pun tau, abang ni kurang sabar kan? Ayang pesan je pada Mat tu… minta dia tengok cermin puas-puas. Kalau dia betul-betul nak kahwin dengan bidadari, dia kena masuk syurga dulu….

http://zainurrashid.com/?p=489

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...