5- Seimbang Antara Kemaslahatan Individu Dan Masyarakat
Antara rialiti dalam syariat Islam ialah wujudnya kesesuaian dan persepakatan antara kehidupan seseorang individu dengan masyrakat. Syariat Islam menjamin kewujudan peribadi seseorang dan menganggapnya mempunyai tanggungjawab di hadapan Allah, terhadap diri dan di hadapan khalayak masyarakat. Dalam al-Quran Allah menyebut:
Maksudnya: Maka Sesungguhnya Kami (Allah) akan menyoal umat-umat Yang telah diutuskan (Rasul-rasul) kepada mereka, dan Sesungguhnya Kami akan menyoal juga Rasul-rasul itu.[1]
Syariat Islam juga menekankan kepada manusia tanggungjawab berjamah, menghubungkan ikatan tugas-tugas kemasyarakatan antara manusia, menghormati pendapat ramai, memperkuatkan negara dan mengarahkan setiap anggota individu masyarakat memelihara kemaslahatan umum yang dikongsi bersama.[2] Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan tangungjawab seseorang individu terhadap masyarakat dengan kehidupan di dalam sebuah kapal. Setiap muslim wajib menjalankan tanggongjawab sosial terhadap orang yang menyalahi peraturan bagi menyelamatkan ’aqidah dan akhlak ummah. Kehadiran serta kemuliaan ummah akan terjelma dengan wujudnya semangat ini. Ummah akan sentiasa dalam keadaan aman dari perbuatan dan penganiayaan orang-orang zalim.[3]
Imam Bukhari dan Imam Tirmizi meriwayatkan dari Nu’man bin Basyir dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda:
Maksudnya:
”Perumpamaan orang yang melaksanakan hukum-hakam Allah bagaikan segolongan kaum yang menempati di dalam sebuah kapal. Sebahagian mereka duduk di bahagian atas kapal dan sebahagian lagi duduk di bahagian bawah. Jika orang yang duduk di bahagian bawah kapal hendaklah mengambil air, mereka terpaksa melintasi orang yang berada di bahagian atas. Akhirnya mereka men-cadangkan, jika kita tebuk sebuah lubang di bahagian kita, kita tidak lagi menyakiti orang yang berada di atas. Jika mereka membiarkan perbuatan dan segala rancangan mereka itu, nescaya semua yang berada di dalam kapal akan binasa. Jika mereka yang di atas menghalang kehendak mereka yang di bawah, nescaya semua yang berada di dalam kapal akan terselamat.”[4]
Pendek kata, syariat Islam yang sempurna menjamin hak-hak individu sebagaimana juga menjamin hak-hak jamaah. Terdapat peneyelarasan di antara dua hak di atas. Kedua-dua saling memerlukan di antara satu dengan yang lain. Namun jika wujud percanggahan antara hak individu dengan hak jamaah, Islam men-dahulukan kemaslahatan jamaah dari kemaslahatan individu kerana jamaah lebih penting daripada individu disebabkan jamaah merupakan kepentingan ramai. Berdasarkan kepada perkara ini, ulama’ usul mengatakan ”menanggung kemudha-ratan individu untuk menghilangkan kemudharatan awam”.[5]
Hak Kehidupan
Dalam al-Quran Allah menyebut:
Maksudnya: Dan di Dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, Wahai orang-orang Yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.[6]
Hak Kebebasan
Allah berfirman:
Maksudnya: Tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.[7]
Hak Pelajaran
Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu pengetahuan. Semua ilmu yang membawa kepada kemaslahatan ummah adalah dituntut oleh syarak supaya dipelajari lelaki mahupun perempuan. Orang bukan Islam juga tidak dihalang untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam disekolah-sekolah Islam.[8]
Maksudnya: "(Engkaukah Yang lebih baik) atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam Dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna.
Hak Beragama
Agama Islam turut mengakui hak kebebasan ini dan ia memberikan kepada setiap individu, kebebasan sepenuhnya untuk menganut sebarang aqidah berdasarkan pencapaian akal dan pandangan yang benar menurut tanggapannya. Hal ini disebabkan Islam sendiri menjadikan pengkajian dan penelitian itu sebagai asas tauhid dan keimanan bukannya melalui tekanan dan paksaan, ataupun ikut-ikutan dan taqlid.[9] Di dalam al-Quran, Allah mengalihkan manusia supaya melihat kekuasaan langit dan bumi serta segala ciptaan Ilahi. Supaya melalui tinjauan inilah mereka (orang kafir) akan menemui keimanan yang betul dan agama yang sebenar. Allah Ta’ala berfirman:
Maksudnya: Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan Segala Yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) Bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? maka kepada perkataan Yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?[10]
Hak Persamaan
Persamaan adalah syiar Islam yang paling nyata sekali. Segala nash-nash dan hukum-hukumnya telah mengukuhkan hal ini dalam bentuk paling sempurna. Demikian itu Islam tidak membezakan di antara sesiapa pun di kalangan umat Islam yang lebih tinggi walau setinggi manapun kedudukannya. Amirul Mu’minin, pemimpin dan rakyat adalah sama dalam status sivil dan jenayah di mana tidak seseorang pun yang memiliki keistimewaan dengan suatu hukuman khas atau kaedah perbicaraan tertentu. Malah mereka adalah sama di hadapan undang-undang.[11] Terdapat banyak sekali dalil yang menunjukkan hak persamaan, antaranya:
لا فضل لعربي على عجمي الا بالتقوى
Maksudnya: Tiada kelebihan bagi orang Arab ke atas orang ‘Ajam kecuali dengan ketaqwaan.[12]
Maksudnya: Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.[13]
Hak Memiliki
Jaminan terhadap aspek ini dalam ajaran Islam boleh dilihat dalam beberapa hukum seperti berikut:
a. Segala tindakan yang disyari’atkan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang memberi perpindahan hak milik sesuatu aset atau manfaatnya melalui urusniaga, sewa, hutang dan lain-lain lagi. Kesemua itu sebenarnya telah meletakkan asas keshahihan dan kuatkuasanya tertakluk kepada kebebasan orang yang terbabit. Asas ini terdapat dalam firman Allah yang menerang-kan:[14]
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.[15]
b. Terdapat larangan di dalam al-Quran dan As-Sunnah daripada melakukan penganiayaan terhadap harta orang lain dan merampasnya tanpa sebarang hak.[16] Firman Allah dalam al-Quran:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang Yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke Dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke Dalam api neraka Yang menyala-nyala.[17]
Hak Kemuliaan
Dalam al-Quran Allah menyebut:
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk. (Larangan-larangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.[18]
6- Berasas Dan Berkekalan
Antara kelebihan syariat Islam ialah ia mempunyai asas sumber yang abadi, kekal tanpa terdedah kepada sebarang penyelewengan, perubahan atau pindaan.[19] Al-Quran merupakan sumber rujukan terulung selain sumber-sumber syariat yang lain. Allah menjamin akan memelihara serta mngekalkan al-Quran sehingga hari kiamat menerusi firmanNya:
Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.
Sesungguhnya, kitab al-Quran yang kekal abadi sepanjang zaman telah disahkan kebenarannya oleh tokoh-tokoh Barat yang dapat menerima kebenarannya. Mereka membicarakan sesuatu yang hak dengan sikap yang terbuka, jujur serta menerangkan kebenaran secara terperinci dan amanah.[20] Antara mereka itu ialah Prof. Renold Nickolson dalam bukunya “Sejarah Sastera Arab”. Beliau mencatatkan bahawa:
“Al-Quran yang mulia merupakan satu perjanjian kemanusiaan yang menjelaskan secara terperinci rahsia kehidupan perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w. terhadap semua peristiwa dalam kehi-dupannya sehinggalah (kita mendapati banyak) perkara-perkara yang tidak boleh diragukan atau diperdebatkan lagi. Melauinya, kita boleh menjejaki perjalanan Islam semenjak kemunculannya dalam sejarah awal. Anda tidak dapat membandingkan Islam dengan agama Buddha, Kristian mahupun mana-mana agama terdahulu.”[21]
Selain al-Quran sebagai sumber utama dalam perundangan Islam, Sunnah Nabi juga merupakan sumber utama dalam Islam selepas al-Quran. Hadis merupakan penerang dan pelengkap kepada sistem Islam. Allah telah melindungi para ulama’ yang berusaha memelihara sunnah dari angkara golongan yang suka mempermain-mainkannya, pendusta dan komplot jahat mana-mana golongan yang mempunyai matlamat tertentu. Allah juga memberi tanggungjawab ini kepada mereka untuk memartabatkan kedudukan sunnah, perawi yang thiqah dan tokoh hadis yang unggul. Sejarah manusia tidak pernah menyaksikan perkara yang lebih menitik-beratkan tentang tokoh tersebut dan memperincikan ketika menerangkan darjat sesuatu hadis, asal-usul riwayat serta ulum hadits sehinggalah sampai kepada kita dalam keadaan suci, bersih dan tidak dikotori dari sebarang perkara syubhat.[22]
Ketika seseorang itu membuka lembaran kertas sunnah dan merujuk hadis-hadis yang asasi, mereka suka mengetahui mana-mana hadis yang hendak dipastikan kedudukannya sama ada sahih atau lemah, perawi adil atau tidak. Perkara itu terhasil dari kesungguhan ulama’ hadis yang tiada tandingnya di sepanjang zaman.[23] Dite-gaskan sekali lagi bahawa sunnah Nabi s.a.w. merupakan asas keterangan dan sumber rujukan syariat yang kekal sepanjang zaman, di samping menjadi panduan ummah terutama zaman mutakhir ini.
[1] Surah al-A’rah 7:6
[2] Abdullah Nasih Ulwan (2001), Syariah Islam, Ciri-Ciri Dan Keunggulan, Selangor: Intel Multimedia And Pulication. Hal. 30
[3] Ibid
[4] Hadis riwayat Bukhari dan Tirmizi dari Nu’man bin Basyir
[5] Abdullah Nasih Ulwan (2001), Syariah Islam, Ciri-Ciri Dan Keunggulan, Selangor: Intel Multimedia And Pulication. Hal. 33
[6] Surah al-Baqarah 2:179
[7] Surah al-Baqarah 2:256
[8] Annuar Salleh: Siasah Syar’iyyah. http://www,siasahharokiah.wordpress.com, Oktober 1999 / Jamadil Akhir 1420. Kuala Lumpur.
[9] Abdul Wahab Khallaf (2003), Siasah Syar’iyyah Dalam Pemerintahan Islam, Kuala Lumpur: Al-Hidayah. Hal. 65
[10] Surah al-A’raf 7:185
[11] Abdul Wahab Khallaf (2003), Siasah Syar’iyyah Dalam Pemerintahan Islam, Kuala Lumpur: Al-Hidayah. Hal. 76-77
[11] Surah al-A’raf 7:185
[12] Al-Hadis
[13] Surah al-Hujurat 49:10
[14] Abdul Wahab Khallaf (2003), Siasah Syar’iyyah Dalam Pemerintahan Islam, Kuala Lumpur: Al-Hidayah. Hal. 61-62
[15] Surah al-Nisa’ 4:29
[16] Abdul Wahab Khallaf (2003), Siasah Syar’iyyah Dalam Pemerintahan Islam, Kuala Lumpur: Al-Hidayah. Hal. 62
[17] Surah al-Nisa’, 4:10
[18] Surah al-Hujurat, 49:11
[19] Abdullah Nasih Ulwan (2001), Syariah Islam, Ciri-Ciri Dan Keunggulan, Selangor: Intel Multimedia And Pulication. Hal. 46
[20] Abdullah Nasih Ulwan (2001), Syariah Islam, Ciri-Ciri Dan Keunggulan, Selangor: Intel Multimedia And Pulication.
[21] Abdullah Nasih Ulwan (2001), Syariah Islam, Ciri-Ciri Dan Keunggulan, Selangor: Intel Multimedia And Pulication.
[22] Abdullah Nasih Ulwan (2001), Syariah Islam, Ciri-Ciri Dan Keunggulan, Selangor: Intel Multimedia And Pulication.
[23] Abdullah Nasih Ulwan (2001), Syariah Islam, Ciri-Ciri Dan Keunggulan, Selangor: Intel Multimedia And Pulication.
No comments:
Post a Comment