Jika anda pernah datang ke pantai Belize, tidak lengkap sekiranya anda tidak mengambil kesempatan tersebut untuk melawat Great Blue Hole. Great Blue Hole merupakan salah satu keajaiban alam semulajadi. The Great Blue Hole terletak di Belize Barrier Reef Reserve System, jaraknya kira-kira 60 batu dari Belize City. Ia merupakan lubang di dalam lautan yang paling besar di dunia! Kedalamannya sekitar 125 meter dan lebarnya sekitar 300 meter. Lubang ini dibuat disebabkan peningkatan paras air laut 65,000 tahun yang lalu.
Great Blue Hole menjadi tarikan pelancong yang meminati aktiviti scuba. Terdapat beberapa buah gua di bawah lubang ini. Para penyelam juga tertarik dengan haiwan-haiwan dan juga hidupan-hidupan yang tidak terdapat di tempat lain. Hanya terdapat di tempat ini sahaja.
No comments:
Post a Comment