Followers

Tuesday, June 28, 2011

AMARAN!!!JANGAN DOK BELI TABASCO SAUCE & HP SAUCE SEBAB ADA DNA BABI

Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan. Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya. Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu. - Utusan

Ulasan
Tak bolehkah produk yang didapati "haram" oleh JAKIM walaupun diberi pengakuan "halal" oleh syarikat terbabit dihentikan terus dari berada di pasaran atau diberi tempoh yang munasabah, sebelum boleh memasarkan semula produk tersebut.Jangan Dok main-main dengan babi ni....sensitif ooooooo...

1 comment:

Yuuki Taiyou said...

pergh..sos fave kat pizza hut kot...haisy..tobat2..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...