Followers

Friday, June 10, 2011

Cukuplah wahai dR Kangkung…

Membuka tirai kisah percambahan dR Kangkung yang melata…

(Foto hiasan – hidangan kangkung belacan yang biasanya menyelerakan)

dR A

  • Bekerjaya sebagai artis
  • A Kemudiannya bergelar Dr apabila menyanding ijazah PhD
  • Kejayaannya semakin melonjak dengan memiliki IPTnya sendiri
  • Kilauan gemilang tidak berkekalan apabila A didapati memiliki PhD palsu

dR B

  • B pernah belajar di bidang perubatan
  • Entah tahun bila dia lulus tidak diketahui rakan-rakan sekuliahnya
  • B mengatakan dia menghafal al Qur’an & memiliki sarjana syariah sedangkan beliau tidak pernah belajar di bidang tersebut.
  • Semasa berforum dengannya, B mengatakan dia telah mencipta beberapa produk ajaibnya
  • Dengan makan pil B, anaknya fasih alif-ba-ta ketika 3 tahun, khatam Qur’an ketika 4 tahun & hafal al qur’an ketika 10 tahun
  • B yang berbadan gempal ditertawakan audien apabila mendakwa pil ajaibnya boleh menguruskan badan
  • Ingin sekali menasihatinya tetapi B mengelakkan diri setiap kali bertemu

dR C

  • Pernah belajar di bidang perubatan di luar negara tetapi ditendang kerana gagal
  • C kemudiannya belajar merawat pesakit di kelas pengajian hujung minggu
  • Tak lama kemudiannya C menggunakan gelaran Dr C
  • Walaupun tidak pernah dapat ijazah, apatah lagi menjadi pensyarah di universiti, dia muncul di TV dengan gelaran Prof Dr C

dR D

  • Seorang ahli politik
  • D sibuk berkempen sepanjang karier politiknya
  • Dia masih berjaya mengekalkan kerusi ADUN ketika ramai temannya tewas
  • Tup-tup, dia bergelar Dr D dengan PhD yang dimilikinya
  • Apa tidaknya, dengan RM 15k dan penulis tesis upahan
  • Puas diminta supaya membuktikan kedoktoran falsafahnya, namun Dr D terus membisu seribu bahasa.

dR E

  • Seorang motivator yang sempat ditemui beberapa kali
  • E mengakui bahawa dia terpaksa guna jalan pintas untuk mendapat PhD atas keperluan perniagaannya.
  • Hanya dengan mengikuti kuliah hujung minggu beberapa jam di ibu kota & beberapa bahan penulisan, E memiliki PhD dari Entahmano International University di dalam tempoh kurang daripada 2 tahun.
  • Saban hari ke sana sini, ratusan anak muda mengerumuni Pakar Motivasi Dr E….

dR F

  • Lulusan diploma sebuah institut senilukis
  • Cahaya F bergemerlapan di dunia MLM
  • F mendapat banyak ijazah satu demi
  • BA – Alternative Medicine, Entahapo University
  • MA – Sains Metafizik , Dentaktau University
  • PhD – Complementary Medicine, Takujud University, USA
  • 6 lagi ijazah termasuk Open International University Colombo
  • Terang-benderang menggunakan gelaran Prof Dr F dengan semua ijazahnya yang berjela-jela untuk melariskan jualan barangan produk kesihatannya yang memukau.

Wahai teman, cukuplah lakunan mu itu dan insaflah… Wahai warga tercinta, selidiklah dahulu sebelum percaya… Wahai pihak berwajib, bertindaklah agar warga Malaysiaku yang tercinta tidak terus tertipu…

Ya Allah ! Selamatkanlah negara tercintaku Malaysia dari jenayah murahan doktor & profesor Kangkung yang semakin kembang membiak

(Maafkan daku kangkung (kangkung ori) kerana menggunakan namamu & aku bersaksi bahawa kau sebenarnya tidak berdosa…)

Sumber : http://zainurrashid.com/?p=429


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...