Bagaimana Islam yang dikatakan agama sejahtera sedangkan sesetengah golongan atau individu menganggap Islam itu disebarkan melalui mata pedang?
Adalah suatu rungutan biasa di kalangan beberapa orang bukan islam bahawa Islam tidak akan mempunyai jutaan pengikut di seluruh dunia, sekiranya penyebarannya tidak dilakukan dengan kekerasan. Fakta berikut akan menjelaskan bahawa jauh sekali daripada menggunakan mata pedang untuk menyebarkan Islam; kewujudan kebenaran, sebab yang munasabah dan logik adalah yang bertanggungjawab terhadap penyebaran pesat Islam.
ISLAM ITU BERERTI KESEJAHTERAAN
Islam berasal dari kata akar ‘salam’ bermakna sejahtera. Ia juga bermaksud menyerahkan kehendak diri kepada Allah SWT. Oleh itu, Islam adalah agama kesejahteraan, diperolehi dengan menyerahkan kehendak diri kepada kehendak Yang Maha Pencipta, Allah SWT.
TUJUAN KEKERASAN
Kadang-kala kekerasan perlu untuk memelihara kesejahteraan. Bukan setiap dan semua manusia di dunia ini menyokong pemeliharaan kesejahteraan dan keharmonian. Terdapat ramai yang menganggu kesejahteraan untuk kepentingan diri sendiri. Hanya kerana sebab ini, kita mempunyai polis yang menggunakan kekerasan terhadap penjenayah dan unsur antisosial untuk mempertahankan kesejahteraan negara. Pada masa yang sama, Islam menggesa pengikutnya melawan sekiranya terdapat penindasan. Perjuangan menentang penindasan, kadang-kala, memerlukan kekerasan. Dalam Islam, kekerasan hanya boleh digunakan untuk menggalakkan kesejahteraan dan keadilan.
PANDANGAN SEJARAWAN De Lacy O’Leary
Jawapan terbaik kepada tanggapan salah bahawa Islam disebarkan melalui mata pedang diberikan oleh sejarawan terkemuka De Lacy O’Leary di dalam buku “Islam at the Cross Roads” (halaman 8) ” Sejarah menunjukkan dengan jelas bahawa legenda umat Islam fanatik yang bergerak serata dunia dan memaksa kaum yang ditawan untuk memeluk Islam dengan cara kekerasan adalah sebenarnya salah satu mitos karut terhebat yang pernah diulangi oleh sejarawan.”
UMAT ISLAM MEMERINTAH SEPANYOL SELAMA 800 TAHUN
Umat Islam di Sepanyol tidak pernah menggunakan mata pedang untuk memaksa sesiapa menukar agama. Hanya kemudian, pejuang-pejuang Salibi Kristian datang ke Sepanyol dan menghapuskan umat Islam. Tiada seorang pun umat Islam di Sepanyol yang dapat melaungkan azan, iaitu seruan untuk solat, secara terbuka.
14 JUTA ORANG ARAB ADALAH KRISTIAN KOPITIK
Orang Islam merupakan pemerintah negara Arab selama 1400 tahun. Orang British memerintah selama beberapa tahun dan orang Perancis juga memerintah beberapa tahun. Secara keseluruhan, orang Islam memerintah Arab selama 1400 tahun. Sunnguhpun demikian, pada hari ini, terdapat 14 juta orang Arab yang merupakan Kristian Koptik iaitu Kristian sejak turun temurun. Jika orang Islam telah menggunakan mata pedang, pasti tiada seorang pun orang Arab yang masih beragama Kristian.
TERDAPAT LEBIH DARIPADA 80% ORANG BUKAN ISLAM DI INDIA
Orang Islam memerintah India lebih kurang seribu tahun. Jika mereka malu, mereka mempunyai kuasa untuk mengislamkan setiap penduduk bukan Islam di India. Pada hari ini, lebih 80% penduduk India adalah bukan Islam. Kesemua penduduk India yang bukan beragama Islam pada hari ini adalah bukti Islam tidak dikembangkan menerusi mata pedang.
INDONESIA DAN MALAYSIA
Indonesia merupakan negara yang mempunyai jumlah umat Islam paling ramai di dunia. Majoriti penduduk Malaysia adalah Islam. Pasukan tentera Islam manakah yang telah ke Indonesia dan Malaysia??
PANTAI TIMUR AFRIKA
Begitu juga Islam tersebar luas di Pantai Timur Afrika. Mungkin ada yang bertanya lagi, sekiranya Islam disebarkan melalui mata pedang, pasukan tentera Islam manakah yang telah ke Pantai Timur Afrika??
Thomas Carlyle
Sejarawan terkemuka Thomas Carlyle, dalam bukunya “Heroes and Hero Worship” merujuk kepada tanggapan salah mengenai Islam. “Sememangnya mata pedang, tetapi di manakah mata pedang itu diperolehi? Setiap pandangan baru, pada permulaanya, secara tepat adalah minoriti yang mana satu. Di dalam pemikiran seorang manusia sahaja. Dan ia kekal di situ. Satu insan sahaja daripada seluruh dunia mempercayai, hanya seorang manusia menentang seluruh manusia. Bahawa dia mengambil mata pedang dan cuba menyebarkannya, tidak banyak yang dapat dilakukan. Kamu mesti mendapatkan mata pedang kamu! Satu kesemuanya, sesuatu itu akan tersebar dengan sendirinya.”
TIADA PAKSAAN DALAM BERAGAMA
Dengan mata pedang manakah Islam disebarkan? Sungguhpun jika orang Islam boleh memilikinya, mereka tidak boleh menggunakanya untuk menyebarkan Islam kerana di dalam Al-Quran disebut ayat berikut:
“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sungguhpun telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat…” (Al-Baqarah 2:256)”
PEDANG KEBIJAKSANAAN ATAU KEBENARAN
Ia adalah mata pedang kebijaksanaan. Mata pedang yang menawan hati dan pemikiran manusia. Al-Quran menyebut dalam Surah 16, An-Nahl, ayat 125:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik…”
PERTAMBAHAN AGAMA DI DUNIA DARIPADA 1934 SEHINGGA 1984
Satu rencana di dalam Reader’s Digest ‘Almanac’, buku tahunan 1986, memberikan statistik pertambahan peratusan agama utama di dunia dalam tempoh setengah abad daripada tahun 1934 sehingga 1984. Rencana ini juga disiarkan di dalam majalah ‘The Plain Truth’. Tempat teratas adalah Islam, dengan peningkatan sebanyak 235% dan agama Kristian hanya meningkat kadar 4%. Mungkin ada yang bertanya, perang apakah yang berlaku pada abad ini yang berjaya mengislamkan jutaan manusia?
AGAMA ISLAM ADALAH AGAMA PALING CEPAT BERKEMBANG DI AMERIKA DAN EROPAH
Pada hari ini, agama yang paling cepat berkembang di Amerika adalah Islam. Agama yang paling cepat berkembang di Eropah adalah Islam. Mata pedang manakah yang memaksa orang-orang barat menerima Islam dalam sejumlah yang sebegitu tinggi?
Dr. Joseph Adam Pearson
Dr Joseph Adam Pearson pernah berkata, “Mereka yang bimbang kuasa nuklear akan jatuh ke tangan orang Arab satu hari nanti, gagal menyedari bahawa “Bomb Islam” telahpun tersebar dan ia berlaku pada hari MUHAMMAD (s.a.w) dilahirkan.
Waallahualam, semoga petikan ini dapat membantu kita dalam berdakwah kepada non-muslim… Insyallah.. Semoga mereka diberi hidayah oleh Allah S.W.T..
Sumber: Buku “20 Soalan Paling Lazim Tentang ISLAM” oleh Dr. Zakir Abdul-Karim Naik
Join us for more video and info
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ►https://www.facebook.com/l
No comments:
Post a Comment