Followers

Saturday, June 25, 2011

BerJUBAH Telanjang ?

Wanita Melayu Seksa

Berhenti MeLUCAHkan Jubah Muslimah! BerhentiMeSEKSIkan Jubah Muslimah!

Ini satu teguran penulis kepada pengusaha-pengusaha butik dan wanita-wanita Melayu Islam sekalian.


[tajuk ni mmg nk highlight especially yang pakai jubah]


Mungkin di tanah arab, Jubah adalah satu pakaian budaya tetapi di Malaysia, Jubah adalah simbol pakaian mulia yang mencerminkan personaliti akhlak Islam. Jubah membawa imej Muslimah yang merendah diri, pemalu, sederhana dan mulia. Sudah pastinya, ciri utama Jubah yang dikehendaki Islam adalah menutup-memelihara Aurat danbukannya membalut-membonjol Aurat seperti yang diamalkan segelintir Muslimah moden zaman kini.


Kemajuan industri fesyen Muslimah tidak boleh dijadikan alasan. Imej kesederhanaan dan kemuliaan Jubah WAJIB dikekalkan dan TIDAK BOLEH dirosakkan dengan sebarang elemen-elemen tabarruj dan berhias untuk menunjuk cantik. Apatah lagi jika Jubah cuba digabung-padankan dengan rekaan yang sendat dan ketat, sudah pasti hukumnya HARAM dan berdosa besar di dalam Islam. Akan terhasillah nanti sepasang Jubah yang MAKSIAT.


Telah menjadi trend fesyen sejak kebelakangan ini, ramai wanita Islam di Malaysia gemar mengenakan Jubah untuk ke majlis-majlis dan ke tempat kerja, khususnya pada hari Jumaat.


Malang sekali, Jubah-jubah yang dipakai mereka sudah hilang faedah dan hikmahnya di sisi Islam. Memang Jubah mereka labuh dan tidak menampakkan warna kulit, tetapi rekaaannya sengaja mengikut potongan badan si pemakai khususnya di bahagian dada dan pinggang. Seolah-olah mereka cuba memasukkan unsur 'ketat' dari fesyen kebaya ke dalam fesyen Jubah.


Selain daripada itu, Jubah juga tidak sesuai diperbuat daripada fabrik yang terlalu lembut kerana ia akan melekat di badan. Diburukkan lagi dengan rekaan Jubah yang sendat di bahagian dada, maka akan kelihatanlah bentuk buah dada yang ketara dari luar Jubah. Sekiranya rekaan sesebuah Jubah Muslimah itu direka mengikut lenggok bahagian pinggang, maka di bahagian punggung juga turut akan menjadi sendat.Fabrik Jubah yang terlalu lembut berwarna plain akan menyebabkan bentuk seluar dalam kelihatan dari luar Jubah apabila wanita Islam itu duduk, berdiri dan berjalan. Istighfar !


Jubah yang direstui dan diberikan pahala di dalam Islam adalah Jubah Muslimah yang dipakai kerana kesungguhan mahu memelihara Auratbukannya kerana keseronokan mengikut perkembangan fesyen. Jubah Muslimah yang sebenar mestilah longgar dan lapang. Maka, rekaan Jubah Muslimah tidak boleh ditempah sendat dan mengikut alur bentuk tubuh wanita.

Wanita Melayu Seksa


3 comments:

Akim Iqbal said...

inibalut aurat. sekian..

umi.si.busuk said...

semoga mereka2 mendapat pgampunan dan hidayah dr ALLAH s.w.t..amin

hansuke said...

salam.

tajuk dan topik yang menarik. dan saya sangat setuju.

tempoh hari saya dan rakan-rakan mengiling kepala melihat fesyen show tema jubah kat dalam tv. dan memang tak kena langsung dengan motif jubah untuk tutup aurat. hilang 'fit for purpose' sama sekali.

bila lihat pereka fesyen tu, dan idologinya terhadap fesyen jubah, kita terus boleh tahu bahawa, mereka tidak faham agama yang sebenarnya. itu yang sedih.

saya sangat suka melihat perempuan memakai jubah, tapi sekarang, dipasaran, kebanyakkan jubah terlalu 'menonjol' atau ketat atau jarang sampai nampak bekasan seluar dalam atau seolah-olah mnsyorkan 'tabarruj'. dah jarang jubah yang 'meet requirement' surah an-nur sekarang.

sebenarnya, yang salah, peniaga reka fesyen untuk keuntungan, dan jubah menjadi mangsa.

semoga masayarakat kita lebih sedar dan perihatin kepada isu ni inshallah.

wallahua'lam.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...