Followers

Sunday, June 26, 2011

Britain Bakal Menjadi Negara Islam?

Jumlah bilangan penduduk Britain yang memilih untuk memeluk Islam telah berganda sejak sedekad lalu, menurut hasil salah satu kajian yang diambil untuk menganggarkan jumlah sebenar masyarakat negara itu yang telah memilih Islam sebagai agama mereka.

Walaupun terdapat banyak spekulasi yang sering memperkatakan tentang keganasan Islam, beribu-ribu masyarakat Britain membuat keputusan untuk memeluk agama Tawhid itu.

Menganggar jumlah mereka yang memeluk Islam di Britain adalah sesuatu yang agak sukar sebenarnya kerana mereka memeluk Islam atau mereka sememangnya Islam sejak lahir.

Anggaran yang pernah dilakukan sebelum ini mendapati bahawa jumlah mereka yang memeluk Islam di UK adalah antara 14,000 hingga 25,000 orang.

Namun, kajian baru yang dilakukan oleh inter-faith think-tank Faith Mattersmendapati bahawa kemungkinan bilangan itu telah meningkat kepada 100,000 kerana terdapat lebih 5,000 mereka yang memeluk Islam di seluruh negara setiap tahun.

Berdasarkan data yang diambil dari Scottish 2001 Census – kaji selidik yang bertanyakan responden tentang apa agama mereka ketika mereka lahir dan juga agama mereka ketika kaji selidik itu dijalankan – para pengkaji mendapati bahawa kebanyakan mereka yang memeluk Islam adalah berdasarkan etnik dan kemudiannya perkara tersebut mempengaruhi jumlah bagi seluruh masyarakat Britain.

Kesimpulan yang mereka dapati adalah, terdapat 60,699 penduduk Britain yang memeluk Islam pada tahun 2001, para pengkaji kemudiannya membuat kaji selidik di masjid-masjid sekitar London bagi mengenal pasti berapa jumlah mereka yang memeluk Islam setiap tahun, dan keputusan yang diperoleh adalah 1,4000 dan kemudiannya apabila dikira bagi jumlah untuk seluruh negara, anggaran yang dibuat adalah lebih kurang 5,200 individu yang memeluk Islam setiap tahun.

Keputusan yang diperoleh adalah hampir sama dengan keputusan yang diperoleh di Jerman dan Perancis di mana terdapat 4,000 orang memeluk Islam setiap tahun.

Fiyaz Mughal, Pengarah bagi Faith Matters, mengakui bahawa proses penganggaran ini merupakan sesuatu yang amat sukar namun kajian yang dilakukan adalah kaedah terbaik yang boleh mereka lakukan.

Bagaimanapun katanya, ramai yang tidak mempercayai bahawa terdapat ramai antara mereka yang telah memeluk agama Islam sejak sepuluh tahun lalu.

Apabila ditanya tentang mengapa jumlah ini tinggi, Mughal berkata, “Jumlah ini bertambah mungkin kerana pengaruh Islam dalam mata masyarakat semakin meningkat. Mereka ingin belajar segalanya tentang Islam dan apabila mereka dapat tahu akan tentang Islam, barulah mereka membuat keputusan untuk bertukar agama.

“Kebanyakannya hanya belajar sekadar untuk tahu tetapi ramai yang akhirnya membuat keputusan untuk memeluk agama itu.

http://www.independent.co.uk/news/uk/home-news/the-islamification-of-britain-record-numbers-embrace-muslim-faith-2175178.html

2 comments:

Miss Lady Iena Nazir said...

Alhamdulillah...

Anonymous said...

bgslah.alhmdulillah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...